Posts

Showing posts from May, 2020

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Salam Aidilfitri 1441H ~ Raya Kedua

Image
Assalamualaikum... Hari ni dah 6 Syawal.. hari ni giliran aku ke pejabat.. hari yang ke-4 bekerja di opis selepas penggiliran kerja 70% kehadiran dikuatkuasakan di pejabat aku.. hari2 yang lain kena bekerja dari rumah... Berbalik kepada topik.. alkisah raya.. masa raya ke-2.. bawa anak2 jalan2 sekitar Putrajaya.. di tempat yang tak ramai orang.. kesian diorang.. dah lebih 2 bulan asyik terperap dalam rumah.. kalau keluar pun setakat corridor dan balkoni jerk.. plannya nak ke Taman Wetland jerk.. sebab kat situ nyaman sikit dan tak ramai orang.. muka happyyyy... Sebelum ke taman.. kami ke IOI Mall dulu.. aku nak tapau makanan... aku biarkan anak2 tunggu dalam kereta.. tak sanggup nak pertaruhkan kesihatan anak2 aku untuk ke tempat awam dan crowded.. biarlah diorang menangis dari aku yang menangis melihat diorang kena angkut naik ambulans.. oh tidakkkk... nak masuk mana2 kedai dalam mall kena check suhu dan scan QR Code utk register.. bagus.. adanya SOP social distancin

Salam Aidilfitri 1441H : 2020M ~ Raya Pertama

Image
Assalamualaikum... Takabballahu minna waminkum... Syukur kehadrat Ilahi masih dipanjangkan umur dikurniakan kesihatan untuk meraikan hari lebaran yang mulia setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan... walaupun lebaran kali ini sangat berbeza namun raya tetap raya ok! sambutan secara sederhana sahaja dalam tempoh PKPB ni.. kami pun tak pergi mana2 beraya even ada saudara mara husband sekitar Lembah Klang.. terasa cam permaisuri laks.. diiringi dayang2 dan panglima2.. hehehehe... So as usual.. pagi2 memang sibuk memasak dan mengemas.. dah siap semua barulah nak menyiapkan diri dan memulakan sesi bermaaf2an dan bergambar... Sebelum raya sempatlah aku buat kudap2 dan kek marble.. tak lengkap raya kalau takde kek kannn... ceh3... salted egg cornflakes.. kudap2 di hari raya.. marble cake.. yummy... Antara juadah di pagi raya.. rendang ayam.. lemang jagung..   masak lodeh.. pekena ngan nasi impit dan sambal sotong.. mmm.. konyang.. sambal so

Salam Ramadhan ~ Musim PKP ~ Biskut Raya

Image
Assalamualaikum... Lamanya tak bersiaran.. malas nak update kalau dah duduk rumah... tak menang tangan dibuatnya masa PKP ni.. dgn nak buat keje2 coding.. maklumlah musim PKP kena work from home.. dengan nak layan homework anak2.. aduhaiiii... kita pulak kena ambik tugas2 cikgu.. cikgu cuma hantar  nota dan tugasan yg anak murid kena buat.. setakat baca dan tengok video.. aku rasa ramai anak2 yang tak berapa faham.. so nak siapkan tugasan kenalah kita mengajarnya.. nak ajar anak sendiri ni tau2 jerlah.. banyak sangat songeh nya.. Bila masuk bulan Ramadhan... lagilah liat anak2 nak buat homework.. mencabar keimanan sungguh.. Walaupun negara sedang berusaha sedaya upaya memerangi pandemik covid-19.. raya tetap raya ok! hehehhe.. raya kat rumah sendiri jerlah.. asal ado.. kesian anak2.. dahlah terkurung lama... tak leh keluar mana2.. at least kita raikan lah kemenangan berpuasa dengan menyambut hari raya secara sederhana.. Salah satu cara nak meriahkan perayaan dan semangat anak2.