Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Salam Aidilfitri 1441H ~ Raya Kedua

Assalamualaikum...

Hari ni dah 6 Syawal.. hari ni giliran aku ke pejabat.. hari yang ke-4 bekerja di opis selepas penggiliran kerja 70% kehadiran dikuatkuasakan di pejabat aku.. hari2 yang lain kena bekerja dari rumah...

Berbalik kepada topik.. alkisah raya.. masa raya ke-2.. bawa anak2 jalan2 sekitar Putrajaya.. di tempat yang tak ramai orang.. kesian diorang.. dah lebih 2 bulan asyik terperap dalam rumah.. kalau keluar pun setakat corridor dan balkoni jerk.. plannya nak ke Taman Wetland jerk.. sebab kat situ nyaman sikit dan tak ramai orang..

muka happyyyy...

Sebelum ke taman.. kami ke IOI Mall dulu.. aku nak tapau makanan... aku biarkan anak2 tunggu dalam kereta.. tak sanggup nak pertaruhkan kesihatan anak2 aku untuk ke tempat awam dan crowded.. biarlah diorang menangis dari aku yang menangis melihat diorang kena angkut naik ambulans.. oh tidakkkk...

nak masuk mana2 kedai dalam mall kena check suhu dan scan QR Code utk register..
bagus.. adanya SOP social distancing..

Lepas tapau cepat2 kami keluar dari mall.. sampai di Wetland.. sunyi sepi.. hanya beberapa buah kereta jerk yg lalu lalang.. kami cari port yg takde orang.. 

isi perut dulu sebelum jalan2..


tempat lepak kami berdekatan dengan kolam Flamingo.. seronoklah budak2 ni..


flamingo nun jauh di sana.. kelihatan ada satu family sedang lepak di sebelah sana..

ngan anak dara yg tak berapa suka nak lepak kat luar.. nak2 kalau panas.. asyik2 ajak kami balik..

ngan pujaan hati adinda.. kwang3.. 

berpeluh2 dak dua orang ni.. berlari sana sini.. bayangkan kalau bawa ke mall.. memang uncontrol.. 

Lepas penat beriadah.. kami bawa anak2 sekitar Putrajaya.. kalau nampak ramai orang kami takkan keluar bawa anak2.. duklah dalam kereta.. itu lebih selamat...

Itu sahaja aktiviti raya kedua ni.. Syawal ke-3 dan seterusnya aktiviti berjalan seperti biasa.. 
normal baharu raya.. 

See Ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah