Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Lakaran Kehidupan : Part 4

Assalamulaikum..

2020.. tahun yang menyimpan pelbagai peristiwa bersejarah.. Malaysia dengan Covid-19.. dak2 sekolah tiada ujian bertulis utk UPKK, UPSR dan PT3.. kawan2 dapat baby 2020.. aku??? takkan nak join kot.. kalau join pun dah tak sesuai... haru.. lagipun tak sempat dah... 5 bulan jerk lagi dah 2021.. hahahahhaha...

aku pilih tahun 2020 tema gold.. tahun yang viral dengan gold... sampaikan aku pun terjebak sama.. 

Untuk tidak melepaskan peluang tahun 2020.. tahun yang rare nombornya.. 1919 aku tak wujud lagi.. nak tunggu 3030 tu rasanya selamat dah aku.. huhu... baiklah aku merajinkan diri untuk update sambungan perjalanan hidup aku yg tak seberapa ni setelah 4 tahun tidak ada sambungannya... bolehlah anak2 aku baca bila mama dia dah takde nanti...

Setelah aku tamat latihan praktikal dan kemudian bekerja sambilan selama 2 bulan... aku menyatakan hasrat kepada akak PA kat department tu yg sangat baik hati.. kononnya aku nak sambung belajar peringkat ijazah.. yerlah borang pun aku dah lama hantar.. cuma tunggu keputusan jerk..

So duduklah aku kat rumah sambil menunggu tawaran sambung belajar.. alhamdulillah aku dapat tawaran dan dikehendaki ke ITM untuk mendaftar.. masa tu aku tak ingat adakah diorang offer by call atau surat.. masa hari pendaftaran.. ceh semangat ni nak sambung belajar.. kononnya nak jadi mahasiswi semula.. sekali ko.. terkejut beruk sebab tawaran yang diberi bukan kursus yang aku mintak... Ijazah Teknologi Perabot ko.. lain benar melencongnya dari jurusan Dip aku.. basic pun takde kot.. minat?? jauh sekali.. aduhaiiii.. so, aku ngan abang aku yang sentiasa meneman adik dia ni.. jadi serba salah.. nak terima ke nak tolak.. yang jaga kaunter pendaftaran tu pun macam kerek jerk.. last2 tolak.. pulanglah kami dengan kehampaan..

Bermula hari itu jadilah aku seorang penganggur... gigihlah aku menaip surat mohon kerja dan resume.. nasib baik abang aku ada belikan komputer..

Aku tak ingat bila.. aku pernah attend interview kat BTN.. aku ingatkan tak dapat.. so, buat tak tau jerlah.. dalam bulan Ogos kalau tak silap.. aku dapat call dari BTN bagitau yang aku ditawarkan kerja berjawatan kontrak kat situ.. terus aku terima takde fikir panjang dah.. tepu weii duk umah lama2.. masa tu pejabat BTN kat Jalan Bellamy KL.. aku bagitau yang aku jauh dan ada masalah penginapan... alhamdulillah kakak tu bagitau yang kawan aku yg satu ITM pun keje kat situ.. aku boleh tinggal ngan dia.. lega mendengarnya..

Pada hari lapor diri.. gigih abang aku hantar aku naik motor dengan beg bajunya.. hahahahahha... kelakar pulak bila ingat balik.. macam dah nak lari rumah jerk.. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan... So, bermulalah episod aku seorang programmer..

Di BTN selain keje aku develop system.. aku juga kena tengok2 peralatan komputer yang bermasalah.. masalahnya aku bukannya reti pun.. kwang3.. main agak2 jerlah.. hahahahha... di BTN ni macam dah satu family.. semua orang kenal kita.. dari Pengarah sampai ke level bawah.. kalau sekarang ni... huhuhuhuu... pengalaman yang paling menarik di BTN bukannya kerja hakiki aku tu.. tapi pengalaman aku sebagai pembantu fasilitator untuk kursus2 di BTN.. seronok wei pergi sana sini berjumpa dengan adik2 sekolah yang mengikut kursus BTN.. yerlah kan.. masa time aku sekolah dulu kena jadi peserta... feel dia lain bila jadi fasi ni.. huhuhuhu.. mengenal adik2 ni.. masalah2 diorang.. kita kenal dunia luar.. oh ya.. seingat aku.. suara aku ni pernah digunakan sebagai salah satu suara operator telefon.. so, kalau uols call BTN masa tahun 1998-1999.. "Terima kasih kerana menghubungi Biro Tatanegara.. bla3.. '... aku tak ingat dah.. yg lembut2 tu suara aku lah tew.. hahahahahaha..

Dan keje ngan gomen ni lah dapat aku merasa naik kapal terbang... yerlah kan.. budak kampung datang KL nak keje.. sekali dapat terbang ngan bos.. waaaa gitu... best weiiii... kebetulan ada function apa ntah kat Kelantan.. so, bos ajak aku ikut sekali.. cuak weii first time naik kapal terbang.. sampai kat Kelantan dah macam PA pulak aku rasa.. ngekor jerk mana bos aku pergi.. huhuhuhu... bos aku ni baik orangnya.. alhamdulillah rezeki aku dapat bos yang baik.. dia nak staff baru dia explore peranan BTN dalam membantu kerajaan..

dulu2 ada MAS jerk.. pic credit to www.thestar.com.my

Pengalaman lain yang rasa teruja masa tu... antaranya.. dapat jumpa PM iaitu Tun Mahathir dalam satu majlis rasmi yg dianjurkan oleh BTN.. walaupun tengok dari jauh jerk.. oklah kan.. sedar diri sket.. ko sape nak duk semeja ngan PM.. huhuhuuuhu...

Aku ngan geng2 bujang duk kuarters yg tak jauh dari pejabat.. free jerk tau.. sebelah kanan kuarters kami kuarters dak2 bujang lelaki... sebelah kiri pulak rumah salah seorang Menteri yg sangat disegani.. malam2 bosan2 lepak kat luar borak2.. kwang2.. borak apa pun tak tau... hahahahha.. tapi dak2 opis lelaki ni baik2 orangnya.. seperti aku katakan tadi.. kami ni dah macam family.. di BTN ni lah buat aku jadi berani nak berhadapan dengan orang especially lelaki.. di sini juga mengajar aku serba sedikit tentang realiti kehidupan.. cabaran sebagai seorang wanita yang bekerjaya.. ceh3...

Semasa berkhidmat di BTN ni.. Ketua Pengarah bercadang untuk dapatkan aku dan kawan aku jawatan lantikan tetap. So, KP jumpa kami personally dan suruh kami isi borang SPA.. Alhamdulillah.. tak lama kemudian kami dipanggil interview.. dan setelah hampir 10 bulan aku berkhidmat di BTN.. aku diterima sebagai penjawat awam lantikan tetap tetapi al malangnya.. di BTN post tetap tersebut belum diwujudkan.. masih di dalam proses.. so, kami di arahkan untuk melaporkan diri dahulu ke lain2 kementerian yang ada post tetap.. so, kawan aku di tempatkan di KKM manakala aku ditempatkan di KPUn aka MeCD aka MED aka MEDAC fuhhh banyaknya nama bertukar2.. tu belum lagi tahun sebelum aku masuk.. aku sempat masa gelaran KPUn dan MeCD.. sempatlah dibawah naungan 3 orang Menteri.. Masa tu KPUn terletak di dalam bangunan Medan Mara.. aku pulak duk kat tingkat 22... duk pulak dalam bilik... giler best! tengah bandar kot.. dikelilingi shopping complex.. wuuuu.. dunia baru beb!

pic credit to www.thestar.com.my

So, disini bermulalah realiti kehidupan aku yang sebenar sebagai seorang programmer.. berada di bahagian IT sendiri.. masa tu staff IT bih kurang 30 kalau tak silap aku.. jadilah keluarga baru aku.. Di sinilah aku kenal dunia IT sepenuhnya.. macam2 cabang.. tapi kerja aku masa tu fokus pada pembangunan sistem dan laman web.. aku jadi teruja dengan dunia baru.. nak2 pulak dengan kemudahan internet yang dah agak canggih masa tu... bila pihak JPA call aku untuk menawarkan aku semula ke BTN.. aku tolak.. hahahahha.. jahat aku.. tak mengenang budi langsung.. kawan aku tu jerk yang balik semula ke BTN.. tempat aku digantikan dengan orang lain.. hehehehe.. kalau masa tu aku pulang semula ke BTN confirm aku dah jadi pakar network... hehehehe... sebab masa tu diorang dalam proses nak pindah ke Putrajaya.. so, akan sibuk utk setup network.. tulah kan.. dah memang ditakdirkan aku akan bekerja di tengah2 bandar KL.. kalau tak.. mungkin en abe aku ni bukan suami aku sekarang.. kwang3...

Dan disinilah juga... aku kenal dunia chatting.. dah macam obses ngan chit chat ni.. seronok ya amat.. maklumlah.. benda baru kan.. keje2 jugak.. tip top ok... aku ni keje jenis suka buat cepat.. tak suka tangguh2.. ada masa luang baru chit chat.. macam2 pengalaman.. kenal ramai orang dari dalam dan luar negara.. seronok borak pasal kehidupan.. bila title aku dah tukar kepada single barulah aku berani nak jumpa kawan2 siber ni.. yerlah konon kalau ada ikatan ngan sapa2 tak maulah aku buat perangai.. sblm jumpa tukar2 gambar dulu kot2 salah orang.. masa tukar2 gambar tu.. amboi kemain dak2 lelaki ni.. puji melangit bila tengok gambar aku.. dalam gambar bolehlah.. bersih jaa muka.. nyatanya.. bak bulan bila takde cahaya.. hahahhaha... tak sabar2 tu nak jumpa aku.. puiiii.. ayat.. kalah sasterawan negara.. hahahaha.. biasanya kalau nak jumpa aku kat sekitar Medan Mara tu jerk time lunch hour.. memang taklah aku nak gi jauh2.. giler.. sekali ngan saiko mana ko jumpa.. naya jerk.. heheheh.. after office hour aku sibuk kejar bas... kwang3.. sejak tu aku yg jenis pendiam dan penakut boleh jadi berani... yerlah kalau takut2 lagi baik toksah duk KL.. kena jual lah jawabnya.. hahahahha...

Ada gak calon2 yang nak jadikan aku pasangan... hehehehheheeh.. tapi aku tak ambik serius sebab pengalaman mengajar kita erti kedewasaan.. ecececeh.. tak nak pisang berbuah dua kali.. biarlah kita menjadi seorang pemilih dalam mencari pasangan.. berkawan dulu adalah yang terbaik untuk membuat penilaian.. yes.. nobody perfect! tapi kita berhak untuk memilih yg terbaik utk diri sendiri.. apapun.. kita hanya mampu merancang.. kan.. kan.. kan..

Macam2 aplikasi chat.. ada Alamak.. IRC.. ICQ.. Yahoo Messenger.. MSN Messenger.. nickname aku panjang weiiii... saja suka2... Arina Melissa Idayu.. susah jugak nak cipta nama ni... Arina tu mmg ilham aku sendiri.. Melissa dan Idayu ni aku dpt dari bacaan kat internet... tak ingat sapa tapi dari individu yg berbeza.. so bila digabungkan cam sedap pulak bunyinya.. hahahahha... sampaikan diorang ingat ada 3 orang yg tengah chatting.. biasalah.. ayat dak lelaki nak mulakan perbualan... cantik nama.. huhuhuhu...
kat sini banyak sangat room.. pening.. so, aku tak layan sangat.. 

Setiap aplikasi tu ada kenangannya tersendiri.. macam2 manusia.. macam2 ragam.. macam2 rupa.. hahahhaa... its a wonderful moment in my life..

Sampai satu tahap aku dah bosan dengan dunia chatting... sket2 asl pls... nyampah!! sampailah aku jumpa en abe aku kat ICQ Messenger.. tu pun acuh tak acuh jerk aku layan.. hehehehe.. tapi tulah kan.. jodoh aku kuat ngan dia..

tq ICQ.. muah3...

Nak tau cerita cintan cintun aku dalam dunia siber ni... tunggu sambungan seterusnya.. huhuhuu.. jgn mare aaaa...

See Ya!!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah