Posts

Showing posts from August, 2022

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hari Pendaftaran Kolej Matrikulasi Selangor 2022/2023

Image
 Assalamualaikum.. Tiba hari yang dinantikan... 25 Julai 2022.. hari yang akan kami lepaskan si kakak untuk berdikari di matrikulasi.. selama 18 tahun tak pernah berenggang dengan kami untuk tempoh yang lama.. tapi nasib baik kakak dapat Matrikulasi yg tak jauh sangat dengan rumah.. bolehlah jenguk hujung2 minggu.. gambar di ambil selepas tamat minggu orientasi.. masa hari pendaftaran tak sempat nak bergambar sebab hujan.. Jam 8.30 kami gerak ke Banting.. perjalanan hampir sejam.. sebab first time nak pergi.. hanya berpandukan google map.. jauh ke dalam jugak nak ke matrik ni.. dah nak sampai tu hujan turun dengan lebatnya... hujan rahmat.. merahmati anak2 kami untuk meneruskan perjuangan hidup sebagai pelajar matrik..  Kesian petugas2 sepanjang tempoh pendaftaran.. terpaksa berpayung.. dan ada juga berpakaian ala2 petugas covid bagi memudahkan urusan.. anda semua terbaik!! KMS ada 2 asrama lelaki dan 3 asrama perempuan.. pic credit to KMS.. Berpandukan gambarajah KMS, kami cari parkin

Prosedur Pra-Pendaftaran di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)

Image
 Assalamualaikum.. Hari yang dinantikan.. segala persiapan telah dibuat.. oh ya.. sebelum aku buat n3 semasa hari pendaftaran.. meh aku cerita sket persiapan dokumen dan keperluan untuk masuk ke Kolej Matrikulasi Selangor.. untuk lain2 kolej aku tak pasti bagaimana prosedur dan dokumen yang perlu disediakan. Selain bertanya kepada anak sedara dan senior Mira yang pernah masuk ke Kolej Matrikulasi, kami juga mencari maklumat di google dan group telegram berkaitan pendaftaran Matrik. Penafian : Post ini hanya berkaitan dengan persediaan dokumen sebelum mendaftar masuk ke Kolej Matrikulasi Selangor sahaja untuk sesi 2022/2023 . Aku tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan sekiranya ada. Pelajar dan ibu bapa hendaklah membaca panduan yang disediakan oleh pihak Kolej. Post ini sekadar untuk berkongsi pengetahuan persediaan dokumen sebelum pendaftaran anak aku ke Kolej Matrikulasi Selangor. Gambar-gambar di post ini adalah screen shot dari borang/dokumen yang telah dimuatnaik. Kredit

Pengajian Lepasan SPM ~ UPU, Matrikulasi, MARA, STPM, Uni Swasta?

Image
 Assalamualaikum.. Sejurus pelajar2 menerima keputusan SPM.. masing-masing sibuk mengemaskini permohonan UPU, Matrikulasi, MARA mahupun Universiti Swasta mengikut bidang yang diminati.. untuk STPM hanya certain2 sekolah jerk kena apply.. selain tu permohonan adalah secara automatik..  Tak terkecuali aku as seorang ibu yang agak sibuk mengkaji pro dan cons untuk masuk ke pusat pengajian tinggi ni berdasarkan minat dan kecenderungan si kakak.. dan of course result amat memainkan peranan penting untuk masuk ke pusat pengajian tersebut.. selain tu markah merit juga diambil kira yang mana 90% adalah dari pengiraan akademik dan 10% adalah dari markah koku.. boleh refer Kalkulator Merit ni.. Untuk Amiera aku cuba apply 3 tempat iaitu UPU, Matrikulasi dan MARA.. universiti swasta aku tak mohon sebab aku utamakan dahulu uni awam.. lagipun kos pengajian agak tinggi di uni swasta ni.. Bukan mudah ya untuk memilih jurusan dan membuat keputusan.. jenuh jugak bertekak ngan makcik tu untuk terangkan

Majlis Anugerah Kecemerlangan SPM 2021 Parlimen Putrajaya

Image
 Assalamualaikum.. Sehari sebelum Amiera melapor diri di pusat pengajian tinggi.. kami dapat jemputan ke Majlis Anugerah SPM 2021 yang dianjurkan oleh Parlimen Putrajaya.. alhamdulillah..  Amiera dapat mana? nanti aku story mory next n3 ya..  Pukul 8 lebih dah gerak ke Dewan Sri Siantan.. kelihatan kereta dah beratur nak masuk parking.. ramai jugak yg hadir dan ramai juga yang masih lewat... huuhuhu.. jemputan untuk pelajar2 SPM 2021 yang mendapat 5A ke atas dan yang bersekolah di Putrajaya.. manakala bagi pelajar SAS dan SMKA pelajar hendaklah menetap di Putrajaya.. Lepas pendaftaran, pelajar2 hendaklah duduk di tempat mengikut nombor yang telah ditetapkan.. mak pak pandai2lah cari tempat kosong... melilau cari.. kebetulan ada kosong tak jauh dari tempat Mira.. lega.. see.. mama kamu ni blogger.. bergambar tu wajib ok! ahaks.. Majlis bermula jam 9 lebih.. sebelum ucapan dari Ketua Kampung merangkap ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor.. sesi bergambar bersama pelajar2 ce

Majlis Penyampaian Slip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021

Image
 Assalamualaikum.. Secebis kenangan untuk dititipkan di sini..  Tanggal 16 Jun 2022 yang lalu.. menjadi sejarah dalam diari persekolahan puteri sulungku..  Hari yang dinanti2kan oleh setiap pelajar yang menduduki exam SPM.. tak terkecuali aku as parent.. duk dak duk dak mengalahkan si anak debarnya.. Aku mohon cuti untuk beri sokongan atas apa sahaja keputusan yang bakal diperolehi..  Majlis sepatutnya berlangsung pukul 10 pagi.. tapi biasalah mesti ada kelewatan.. byk benda guru2 nak uruskan.. sementara menanti majlis.. hp aku dah standby page nak check result.. hahahaha.. lagi seminit pukul 10 aku refresh page.. tup2 page semakan dah keluar.. gigil beb.. cepat2 aku masukkan angka giliran.. keluar jerk slip online tu.. caya ngan tak jerk.. aku terus screen shot dan send kat en suami.. menggigil2 tangan aku time tu.. dengan nak soroknya.. aduiiii... bayangkanlah keadaan aku time tu.. gelabahnya... satu badan seram sejuk aku rasa... hahahahahah... tak sempat aku nak tengok detail sebab