Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Pengajian Lepasan SPM ~ UPU, Matrikulasi, MARA, STPM, Uni Swasta?

 Assalamualaikum..

Sejurus pelajar2 menerima keputusan SPM.. masing-masing sibuk mengemaskini permohonan UPU, Matrikulasi, MARA mahupun Universiti Swasta mengikut bidang yang diminati.. untuk STPM hanya certain2 sekolah jerk kena apply.. selain tu permohonan adalah secara automatik.. 

Tak terkecuali aku as seorang ibu yang agak sibuk mengkaji pro dan cons untuk masuk ke pusat pengajian tinggi ni berdasarkan minat dan kecenderungan si kakak.. dan of course result amat memainkan peranan penting untuk masuk ke pusat pengajian tersebut.. selain tu markah merit juga diambil kira yang mana 90% adalah dari pengiraan akademik dan 10% adalah dari markah koku.. boleh refer Kalkulator Merit ni..

Untuk Amiera aku cuba apply 3 tempat iaitu UPU, Matrikulasi dan MARA.. universiti swasta aku tak mohon sebab aku utamakan dahulu uni awam.. lagipun kos pengajian agak tinggi di uni swasta ni..

Bukan mudah ya untuk memilih jurusan dan membuat keputusan.. jenuh jugak bertekak ngan makcik tu untuk terangkan pro dan cons.. acapkali juga kami mengemaskini permohonan tersebut sebelum tutup tarikh permohonan..

Meh aku story mory sket pasal borang permohonan untuk sesi 2022/2023 ni..

pic credit to upu.com


UPU 

Biasanya permohonan UPU dibuka sekitar dalam bulan Feb/Mac/April.. aku tak sure.. sentiasalah follow rapat info2 di media sosial.. masa tu korang bolehlah update maklumat pelajar dan ibu bapa.. bila result SPM dah keluar.. permohonan akan dibuka semula.. bolehlah kemaskini maklumat bidang pengajian yang ingin dimohon.. ada 12 pilihan.. UPU akan tapis siap2 bidang  pengajian yang tak layak based on result anak2.. kalau takde dalam senarai pilihan tu faham2lah ya.. dalam UPU ni ada Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan lain-lain.. boleh semak kat laman web UPU ya.. jgn malas membaca okay! peringkat pengajian dlm borang UPU bagi lepasan SPM  ni macam2 pilihan ada.. antaranya Asasi, Diploma, Pra Diploma.. so, buatlah pilihan yang bijak yg bersesuaian dengan minat dan result anak2.. bagi kes anak aku Mira.. berdasarkan result, ada beberapa program Asasi yg dia layak tetapi lepas fikir pro dan cons.. minat dan kerjaya in future.. so letaklah program Asasi di pilihan yang akhir2.. hahahahaha... nampak sangat macam tak nak.. so pilihlah Diploma Perakaunan as pilihan pertama sebagai backup kalau tak dapat Matrikulasi..

Matrikulasi 

Permohonan matrikulasi asing ya dari UPU.. matrikulasi ni adalah di bawah KPM.. ada 4 program di bawah Matrikulasi iaitu Sains, Kejuruteraan, Perakaunan dan JPPro.. kat sini uols boleh mohon 2 pilihan program jerk.. 

Apa tu JPPro? JPPro ni Jurusan Perakaunan Professional.. nak mohon jurusan ni akan ada exam dan interview ya.. selepas tamat setahun pengajian JPPro.. sekiranya layak hendaklah meneruskan pengajian ACCA di Uitm.. 



pic credit to matrikulasi.moe.gov.my

Nak tahu syarat2 kemasukan untuk program2 ni boleh baca di laman web Matrikulasi ya.. Matrikulasi ni menawarkan program 2 semester (1 tahun) dan 4 semester (2 tahun).. program JPPro dan Perakaunan hanya 2 semester ya.. manakala program Sains dan Kejuruteraan ada yang 2 semester dan 4 semester bergantung kepada result anak2.. terdapat banyak cawangan Matrikulasi di Malaysia ni.. tetapi JPPro hanya ada di Kolej Matrikulasi Selangor.. so, anak2 yang bercita-cita nak jadi akauntan bertauliah.. bolehlah mohon masuk JPPro ni.. untuk program Sains pulak, ada 3 aliran iaitu Aliran Sains Hayat, Sains Fizikal dan Sains Komputer.. untuk Kejuruteraan pulak.. eh3.. baca sendiri ya kat web tu.. kwang3.. malesnya lah membaca ya anak2... untuk info.. program di Matrikulasi ni yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.. uols cuma bayar yuran pendaftaran sahaja mengikut program, buku2 dan makan minum anak2.. InsyaAllah anak2 boleh dapat elaun RM250 sebulan untuk mereka yang layak..

MARA 

MARA ni banyak pilihan sebenarnya.. tapi aku cerita bab Kolej Professional Mara sahaja ya.. sebab tu yang aku apply utk Mira.. dalam borang ni as usual kena isi maklumat peribadi dan parents.. kemudian utk program ada 6 pilihan program yang dibenarkan.. dan utk Mira, KPM Mara juga adalah sebagai backup.. kami pilih Diploma Perakaunan as pilihan pertama.. program Diploma kat sini hanya 2 tahun sahaja.. yuran pengajian dikecualikan.. cuma perlu bayar yuran pendaftaran sahaja..  murah sket dari Matriks.. elaun pun dapat ok.. 

pic credit to MARA

Bulan Julai 2022.. adalah bulan yang menentukan hala tuju anak2 lepasan SPM 2021.. bermula dengan keputusan program MARA yang diumumkan pada 8 Julai.. kemudian program Matrikulasi pada 16 Julai dan UPU pada 22 Julai..

Actually aku risau sangat2 masa keputusan MARA diumumkan.. Mira tak berjaya.. mungkin persaingan yang sangat sengit.. bagaimanakah pemilihan dibuat wallahualam.. macam2 teori yg aku dengar.. so, backup yang pertama tak berjaya.. 

Debaran demi debaran menunggu keputusan Matrikulasi.. besar harapan aku untuk masukkan Mira ke Matrik.. jalan pintas utk ke Ijazah selain Asasi.. masih segar di ingatan waktu keputusan Matrikulasi.. sepatutnya pukul 5 diumumkan.. tunggu punya tunggu.. bulan tak muncul2.. hahahahahaha.. anak2 yang menunggu dah frust.. sistem ada masalah.. dalam pukul 6 lebih kurang baru sistem ok.. cepat2 aku semak keputusan sebelum sistem hang pulak.. maklumlah ramai yg menunggu kan.. Alhamdulillah... Allahuakbar.. sebak gembira semua ada.. Mira diterima masuk ke Kolej Matrikulasi Selangor (KMS).. tanpa berfikir banyak.. kami terus menerima permohonan tersebut sebab permohonan UPU adalah sebagai backup sahaja..


Beberapa hari sebelum Mira mendaftar masuk sebagai pelajar Matrik.. keputusan UPU pun keluar.. Mira mendapat tawaran program pertama yang dipilih iaitu UiTM...  

Lepas menerima tawaran program Matrikulasi.. kami ada masa seminggu jerk untuk menyiapkan semua dokumen dan barang2 persediaan masuk asrama.. nanti aku story mory pasal dokumen dan keperluan nak masuk KMS next n3 ya..

Persoalan.. kenapa aku pilih Matrikulasi untuk Mira?

Pada pendapat aku.. aku kenal Mira macam mana.. aku tau sejauh mana kebolehan dia.. dia bukannya budak yg dilahirkan genius.. dia sederhana jerk.. kenapa tak pilih Asasi? ya aku maklum Asasi juga satu cara pantas utk ke degree dan jaminan ke Universiti Awam dah ada.. tapi di Asasi anak kita kena betul2 struggle.. independent.. bijak dan smart.. tapi Mira tiada pengalaman tinggal di asrama.. berjauhan dengan family.. masih memerlukan bantuan dalam pembelajaran.. so, matriks pilihan yang tepat untuk dia.. walaupun agak struggle juga tapi tidak sesusah Asasi.. dan lagi satu.. Asasi yg layak dengan result Mira pun takde dalam senarai kerjaya yang diminati.. seperti yg aku jelaskan awal tadi.. setelah difikirkan pro and cons..

Kenapa tak pilih Diploma? ya aku tahu compare Dip ngan Matrikulasi.. kelulusan Diploma lebih diiktiraf untuk diterima bekerja di mana2.. tetapi berdasarkan pengalaman aku sendiri yang ada Diploma ni.. aku lebih prefer Matrik utk Mira.. pada aku kalau anak2 kita betul2 nak belajar.. dia kena buat yang terbaik di Matriks untuk menempatkan diri ke program Ijazah.. belajar kat mana2 pun tetap perlukan commitment.. assignment.. tekanan.. etc.. tetap ada di mana2.. lagipun tempoh pengajian Diploma Perakaunan di Uitm 5 semester.. pastu nak sambung degree course yang berbeza dari Dip.. sah2 4 tahun.. dah berapa tahun kat situ.. so, pilihan yang tepat adalah Matrik.. setahun jerk.. pastu sambung degree course yg dia nak tu total baru 5 tahun pengajian.. itu kalau dapatlah course yg dia nak tu.. kalau tak dapat, masuk jerlah mana2 course yg sesuai.. hiks.. apa pun kita serahkan segalanya kepada yg maha Esa.. as mom.. aku sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak aku.. semoga Mira berjaya menggapai cita2 yg diimpikan.. selebihnya kita bertawakal kepadaNya..

Oklah.. setakat tu celoteh aku pasal pemilihan pusat pengajian.. so tepuk dada tanya hati anak2.. apa yang diorang minat.. kita as parent cuma boleh guide dan bantu apa yg boleh.. dan selebihnya kita berserah kepada Allah.. chill ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah