Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Movie Review : Ada Hantu 2

 Assalamualaikum..

Masa cuti Hari Malaysia yg lalu.. si kakak balik bermalam di rumah.. tapi tak pergi ke mana2 sangat.. sebab en suami tak berapa nak sihat.. kaki bengkak bahana semangat buat keje2 mencantas.. huhuhuhu... 

Kesian pulak ngan si kakak... ahad dah nak kena hantar balik.. kebetulan lalu kat wall fb satu movie ni.. so, aku pun usha apps gsc dan tgv.. terus aku booking tiket movie Ada Hantu 2.. aku berminat nak tengok cerita ni sebab dah pernah layan Ada Hantu siri yang pertama tapi bukan kat panggung wayang.. masa tu aku bosan2 kat rumah.. layan movie yg en suami langgan.. keluar citer ni.. saje jerlah layan.. not bad jugak cerita ni sampai aku promote anak2 aku tengok cerita ni..


pic credit to google..

So, memandangkan ada yang ke-2.. nak tahu jugak apa yang nak dihidangkan kepada penonton.. lagi best kalau layan kat panggung.. kan3.. support filem Melayu.. lagipun filem ni aku dah boleh agak jln cerita dia.. so sangat sesuai utk di tonton oleh si kakak utk hilangkan stress...


Seperti biasa.. mula2 penonton akan dihidangkan dengan genre seram.. so far aku masih boleh buka mata lagilah tengok cerita seram ni.. cuma kalau ada scene terkejut tu mmg berpaling gaklah muka aku.. hahahaha.. 

Filem ni semakin menarik bila flashback.. tak kering gusi ko! suka aku tengok anak2 aku mengekek ketawa.. rasa2nya dalam panggung tu kami jerk yg banyak ketawa.. lucu sangat kot.. hahahaha...

Komen aku... cerita ni mudah sangat difahami.. takkan buat korang stress utk berfikir.. takde action ganas2.. seram pun takdelah giler2 seram.. just santai.. sesuai utk tatapan umum.. 

Semua pelakon sangat menjiwai watak masing2.. gud job! 

Dan tahniah juga buat pengarah selaku penerbit filem ni.. berjaya menghasilkan karya yg berjaya mencuit hati kami.. 

So uols kalau nak release tension ke apa ke.. blehlah layan movie ni.. tapi korang jangan high expectation sangat.. yang penting kita support filem Melayu okay.. 

See Ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah