Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

HL Dragon Fruit Eco Farm

Assalamualaikum..

Kisah ni masa gi outing ngan si kakak... tak tau nak gi mana.. member opis pernah pergi tempat ni yg tak jauh dari Kolej si kakak... so, ke sanalah kami alang2 nak ke rumah Nilai.. ikut jalan dalam.. dapatlah juga sesekali menikmati pemandangan kampung di pinggir laut.. ceh3..

Tempat ni di Sepang..  khabarnya kat area Sepang ni memang famous ngan buah naga.. sepanjang jalan nak ke sana.. ramai peniaga2 tepi jalan jual buah naga.. Selain jual buah naga.. tempat ni juga ada kafe yang jual makanan dan minuman berasaskan buah naga.. ia juga salah satu daya tarikan pelancong asing.

Oh ya, nak masuk ambik gambar pemandangan di sekitar replika buah naga ada bayaran ya.. RM10 dewasa, kanak2 bawah 12 tahun percuma..


Baru lepas hujan.. cuaca masih mendung..

ambik gambar dulu sudut menarik..

us..

suka dak kecik masuk sini..

us again..


dekat dah ngan KLIA.. kejap2 nampak kapal terbang berlepas..

ada jerk 2 beradik ni.. kawan main dan kawan gaduh..

ada jerk peel si hero ni..

love all of u..

anak dara yg susah nak senyum... 

pantang lalu jerk kapal terbang cepat2 ambik gambor...

kalau panas terik ni mesti lagi cantik.. kebetulan ada kapal terbang lalu..

time ni tunggu bagai nak rak.. harem nak muncul kapal terbangnya.. hahahaha...

kawasan ni takdelah luas mana.. nak bergambar tu bolehlah.. cuma bayaran masuk agak tak berbaloi.. kena bagi half price patutnya utk warganegara.. bukan boleh petik pun buah naga tu... hehehehe...

Oklah.. ni saja sesi jalan2 kami.. saja nak isi masa lapang dan release tension si kakak... see ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah