Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

PRU-15

Assalamualaikum..

Pru-15 akhirnya melabuhkan tirai selepas 5 hari berteka teki untuk menubuhkan kerajaan seterusnya perlantikan PM yang ke 10..

Sekalung tahniah diucapkan buat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) kerana telah dilantik sebagai PM-10 oleh yang Dipertuan Agong..

pic credit to Astro Awani..

Jom kita imbas kembali serba sedikit kisah Pru-15.. 

Di Putrajaya khususnya.. belum penamaan calon dah naik bendera2 berwarna biru putih menghiasi sepanjang jalan raya.. rasa seronok tengok bendera2 di sepanjang jalan yang hanya 5 tahun sekali diadakan.. makin menambahkan lagi semangat untuk MEMILIH..


Hari penamaan calon.. kebetulan aku balik kampung en suami.. sangat banyak bendera2 berwarna merah pulak.. wahhhhh meriah beb.. dah macam Chinese New Year pulak.. hehehe..

Dan yang paling gah aku tengok.. billboard DSAI kat highway keluar/masuk Parlimen Tambun.. first time aku tengok kempen gah camni.. 

Di Putrajaya pulak semakin banyak bendera dan billboard naik menghiasi jalan raya..

Ketua Kampung aka Ku Nan

Dr. Radzi Mohd Jidin

Dr. Noraishah Mydin

Pada hari yang dinantikan... 19 November 2022.. khabarnya banyak tempat pada awal pagi kurang orang turun mengundi sebab hujan.. tapi semakin ramai bila menjelang pukul 10 ke atas.. 

Aku, en suami dan si kakak mengundi di Putrajaya.. kami ikut arahan SPR yang mencadangkan waktu petang untuk turun mengundi.. alhamdulillah.. di saluran aku dan en suami tak ramai orang.. so, proses membuang undi tak sampai pun 10 minit.. saluran si kakak pulak ramai giler katanya.. dahlah first time si kakak.. mengomel jerk kejenya.. kena beratur.. hehehehe.. sabar yer kak.. ambil pengalaman.. at least kamu turun mengundi jugak untuk menunaikan tanggungjawab.. hampir sejam jugaklah proses si kakak membuang undi..

us..

done!

Tamat kisah membuang undi.. anda sudah MEMILIH.. debaran demi debaran menantikan keputusan.. aku tengok result kat rumah mak aku.. kelakar beb.. kecoh.. hahahahaha.. si kakak blur2 gitu.. masih tak faham proses pilihanraya.. banyak membaca ya kak.. insyaAllah kamu akan faham.. pukul 12 tengah malam kami balik semula ke Putrajaya.. tak nak kacau mak ayah aku nak berehat.. sampai kat Putrajaya.. kami sambung lagi tengok keputusan kat Astro Awani.. sampai pukul 4 lebih.. tak larat dah.. akhirnya tergantung begitu jerk sebab tidak ada mana2 parti yang menang majoriti.. kwang3...

keputusan rasmi Parlimen Putrajaya.. tahniah Dr Radzi dari PN.. 
semoga dapat berbakti dengan penuh amanah dan jujur di Putrajaya.. 

ni keputusan terakhir bagi kerusi Parlimen sebelum aku melabuhkan layar tv..

Keesokannya.. masih tiada keputusan.. pelbagai rundingan dan sidang akhbar.. kesian wartawan dok menunggu hari2 di depan istana dan rumah ketua setiap perwakilan.. aku cuma rasa excited tgk berita sampai hari Isnin jerk pastu malas layan dah.. tgk kat whatsapp/fb kalau ada orang share.. hahahaha.. sampailah hari ke-5.. barulah diumumkan PM yang ke-10.. 

Tgk kat fb.. banyak pages yang wish tahniah kat DSAI.. kontroversi sungguh PM-10 ni ya.. itu yang rare kot.. semua berita nak buat liputan.. 

nice.. macam2 design..

Apa pun keputusan yang telah ditetapkan oleh YDPA, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah hormat dan berlapang dada menerimanya.. dalam politik ni kita tak perlulah taksub sangat dengan mana-mana parti.. kita ni negara demokrasi.. mempunyai pelbagai kaum dan agama.. perlu saling hormat menghormati demi kesejahteraan negara.. daripada kita berpecah belah sehingga negara2 luar akan mengambil kesempatan untuk menjajah dan mengawal negara kita.. 

bagi love cket.. dah mcm pakai inai jerk.. peace no war! see ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah