Posts

Showing posts from December, 2022

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Butik Roti Maria

Image
Assalamualaikum... Bulan Mac yang lalu.. dah nak habis cuti sekolah.. sebelum sesi persekolahan baru bermula.. sempatlah bawa anak2 gi mandi sungai yg tak jauh dari rumah persinggahan aku.. Hasrat nak ke sini lama dah.. mungkin sebab dekat tu yang makin malas nak jejakkan kaki.. huhu.. memandangkan anak2 tak gi jalan mana2 pun cuti sekolah ni sebab si kakak nak SPM dan dengan masing2nya baru sembuh dari Covid.. so, kami pergi yg dekat2 jerk.. kebetulan pulak dak kenit ni tak habis2 ngomel nak jadi budak kampung.. pengaruh citer Upin Ipin ler ni. Dapatkan info booking kat fb.. terus contact person in charge.. tak yah bayar apa2 utk booking.. just bayar makanan dan minuman semasa daftar di kaunter nanti.. Perjalanan tak sampai 10 minit dari rumah.. actually ni kampung kawan sekolah aku dulu.. pernah lah masuk sekali kampung ni dulu2.. tapi tak ingat bila.. masa tu aku ikut abang aku naik motor gi jeram.. buat apa aku tak ingat dah.. hahahahha.. byk memori hilang weiiii... aku bangga ngan

Karenah si kakak

Image
 Assalamualaikum.. Sejak si kakak berjauhan dengan kami.. dan melalui pengalaman baru di asrama dan tekanan dalam pembelajaran.. macam2 penyakit yang datang tak diundang.. manja ngat kot.. aku dulu pun stress juga belajar.. lagi jauh nun kat Pantai Timur.. takdelah pulak sakit macam2.. setakat demam selesema tu biasalah.. huhuhuu... Setiap kali matrik benarkan balik bermalam.. tak pernah kami tidak mengambilnya.. dan dia sendiri memang tak nak duk asrama.. alasannya bosan menghadap dinding.. hahahaha.. aku tengok pelajar2 matrik yg lain... macam seronok duk asrama.. bersukan bagai.. study sama2.. gelak sana sini.. tapi kakak.. kadang2 jerk dia join study group.. bersukan tak nak.. banyak masa dihabiskan dalam bilik.. yes.. she's introvert sama cam aku.. bezanya aku boleh menyesuaikan diri dengan suasana.. dan aku memang tak suka study group apatah lagi belajar kat library.. aku tak akan fokus.. so, aku lebih suka belajar sendiri dalam bilik dan selesa..  3 bulan di kolej.. mengeluh

Rumah Peranginan Persekutuan Morib

Image
 Assalamualaikum.. Kisahnya selepas tamat SPM 2021 pada hujung bulan Mac yang lalu.. aku memang dah tempah awal RPP Morib ni kononnya nak bagi kakak release tension lepas habis exam SPM.. cuti dekat2 jerk.. tapi al-malangnya.. bahana covid.. si kakak terpaksa tangguh 4 subjek dan akan menduduki pada bulan April..  aduhaiiiii... dugaan sungguh.. kawan2 lain semua dah merdeka.. huhuhu.. takpelah kak.. redha jerk atas ujian ni.. tapi tulah kan.. setiap satu tu.. ada hikmahnya.. kakak dapat sambung belajar tak jauh dari Morib ni... hiks.. alhamdulillah.. terima kasih Ya Rabb.. Layan gambar sambil story mory..  kali ke-2 datang sini.. dekat jerk dari rumah.. dalam sejam perjalanan.. budak yang paling seronok dapat jalan2.. sebelum ni menginap di Tioman 2.. sini ada 2 bilik.. sesuai untuk family kecik aku.. rumah2 yang lain..  makcik ni memang takut nak merentasi lautan anak ketam.. hahahaha.. dak berdua ni toksah cakap.. pantang nampak laut.. happy nya! hasil menjala.. huhuhu.. kasih si aba

Alam Persekolahan dan Pertandingan PDPR 2021

Image
 Assalamualaikum... Kisah ni setahun yang lalu.. keluar kat memories on facebook.. masa ni dak kenit baru Tahun 1.. so, aku nak simpan dalam blog ni utk kenangan aku pada masa hadapan..  Memandangkan negara kita di landa Covid-19.. so, Arissa tidak dapat merasa pengalaman hari pertama memasuki Tahun 1 seperti kakak dan abangnya.. sesi pendaftaran hanya di jalankan secara online sahaja.. dan pembelajaran juga secara PDPR.. pada bulan Mac 2021, barulah kerajaan umumkan sekolah akan beroperasi tetapi secara berperingkat.. bukan main seronok dak kenit dapat gi sekolah.. yerlah kan.. lama nau terperap dalam rumah.. mati kutu beb! walaupun hanya pendaftaran secara online.. tapi aku tetap pakaikan dia pakaian seragam untuk bagi dak kenit semangat dan memahami erti alam sekolah rendah.. baju pun tak gosok.. kedut seribu ko.. tahap dewa kemalasan mak ko ni.. hahahaha..  Sepanjang proses PDPR.. memang agak mencabar.. yerlah.. aku yang juga bekerja dari rumah.. terpaksa membahagikan masa antara p