Don Hu Jurassic Garden Muar Johor

Image
 Assalamualaikum.. Dah sebulan x update blog.. malas ya amat nak menulis.. bz pun adalah sket.. coding untuk online payment sistem yg aku develop pun dah siap.. belum launch lagi.. risaunya kalau haru biru.. hahahaha.. bilalah nak stop wat coding ni.. dah tepu kepala otak.. apatah lagi dengan teknologi baru dalam pengkodan.. lomah den nak hadap! copeklah wei pencen.. uwaaaaaaaa.... Meh nak sambung cerita tahun lepas yg tak habis2 lagi.. kenangan untuk aku simpan di sini utk tatapan anak2 aku.. Percutian ke Melaka sebelum ni kami teruskan di sempadan Melaka iaitu Muar.. teringin nak makan Mee Bandung Muar.. tapi tulah bila peringkat umur dah meningkat ni.. makan pun tak lalu sangat.. tekak pun tak leh nak makan pedas2.. so, sedikit sebanyak Allah dah tarik nikmat tu.. huhuhuhuu... Tapi sebelum pekena mee bandung kami singgah kat Donhu Jurassic Garden ni.. bawa dak kenit mai sini.. maklumlah dolu2 dia kecik lagi.. langsung x ingat katanya.. banyak dah perubahan kat sini.. selain patung

Masbro Village Melaka

Assalamualaikum...

Bersambung kisah cuti2 hujung tahun tempohari.. selepas bagi anak2 mandi manda di Melaka Wonderland.. kami check-in kat Masbro Village.. perjalanan bih kurang setengah jam.. actually sebelum decide nak stay kat mana banyak gaklah tempat aku survey.. tapi kalau katakan memang semua tempat dah sold out memang kami pergi Melaka balik hari jerk.. bukannya jauh mana pun.. tapi rezeki anak2 kebetulan ada kosong kat Masbro.. 

Jom layan gambar.. actually aku lebih suka masukkan gambar compare dari menulis panjang2.. sebab biar gambar berbicara.. ceh3.. dasar pemalas.. 

budak paling happy..

pemandangan di sekitar.. warna warni.. cantik2..

ambik mood dulu sebelum terjun..

jom tengok dalam rumah pulak..

ada sofa bed, meja makan, peti ais, microwave, set pinggan mangkuk.. pencuci pun ada..

jom naik atas..

ada 2 katil queen.. memang sesuai lah ngan family kecik aku..

mood sudah mari.. sambung mandi sampai lebam..

ini kolam aku punya.. hiks..

si hero seronok sebab dah tinggi.. so leh mandi kolam dewasa..

so utk kaki pengecut air sejuk macam aku ni kejenya ambik gambar.. hahahaha..

kakak takde mood nak mandi.. malu katanya orang ramai.. alah.. takdelah ramai mana pun.. ada rezeki kita cari yg ada private pool yerk.. 

kunun2nya pro.. kwang3..

ok dah puas mandi bagai.. jom kita check-out.. 

sempat lagi ambik gambar lepas check-out.. awat tak dapat rumah ni ek.. macam sunyi takde orang jerk.. mungkin tengah renovation kot.. tapi aku suka kaler ni.. merah mengancam..

bila dua hero berphoto.. hmmm...

Lepas check-out kami ke Selatan mencari sesuatu.. alang2 dah dekat kan.. see ya next n3.. daaa..

Comments

Popular posts from this blog

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Susu Rosak!!

Kisahnya.. Amber Court Genting