Hari Anugerah Cemerlang Kafa 2022

 Assalamualaikum..

Majlis diadakan pada pertengahan Februari yang lalu untuk meraikan pelajar2 cemerlang.. Tahun 2 ni ada rezeki dak kenit.. masa Tahun 1 hanya exam pertengahan jerk dapat top 3.. pastu tergelincir.. hahahaha.. main lagi banyak2.. tapi at least terubat juga ngan hadiah2 sekolah kebangsaan.. masa Tahun 2 tak dapat apa2 untuk sekolah kebangsaan.. akademik banyak di monopoli dek sorang dak pelajar perempuan ni... hebat betul.. program2 lain pun byk tak join dah.. so tak merasalah apa2 hadiah.. 

Walau apa pun.. dak kenit dah buat yg terbaik.. ada rezeki dia adalah.. so, alhamdulillah dapat rezeki kat kafa.. aku pun tak larat nak push anak2 aku.. harap mulut aku jerk bising nasihat macam2.. tapi diorang masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. grrrrr.. 

Tahun 3 ni.. ntahlah.. aku tak larat nak monitor diorang.. faktor umur kot.. asyik letih jerk lepas balik keje.. bila nak periksa nanti barulah terhegeh2 tengok buku.. kwang3... sekolah kebangsaan pulak tahap 1 ni takde exam betul2.. setakat ujian biasa2 jerk.. so, result pun berdasarkan band.. lagilah haru aku nak tahu sejauh mana prestasi dak kenit ni.. risau tau.. 

So, layan gambar jerlah ya.. 


alhamdulillah dapat no. 2.. demam2 pun gagah juga buat ulangkaji dan gi kafa ambik exam.. mama kenalah korbankan cuti utk ajar dan jaga dak kenit..

ngan kawan2 Tahun 2..

ngan guru kelas Ustaz Nasrul.. terima kasih ustaz didik anak saya..

muka happy.. congrate mucuk Ma!!


kenangan terindah buat dak kenit di sekolah rendah..

sempat lagi.. huhu..

Ya Allah.. Ya Mujib.. Ya Hafiz.. Ya Muhaimin.. 

Lindungilah dan peliharalah anak2 ku di mana sahaja mereka berada.. jagakan mereka buatku.. 

Semoga anak2 ku berjaya di dunia dan di akhirat.. dilapangkan dada diterangkan minda dalam menerima ilmu.. permudahkan urusan anak2 ku dalam setiap sudut kehidupan.. aaminn.. aaminn.. ya rabbal alaminn.. 

See ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah