Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Riadah @ Putrajaya Secret Garden

 Assalamualaikum.. Selamat hari raya!! 

Lamanya tak update.. malas sungguh nak hadap blog ni... huhuhuuu... tak up post nanti takde kenangan.. kalau simpan dalam fb.. alahai nak kena cari balik kalau jumpa.. kalau blog ni senang sket nak cari..

Ni catatan pertama untuk kisah2 tahun 2023.. kita mulakan dengan mempromosi Putrajaya.. hehehehe.. kalau duk Putrajaya tapi tak pergi tempat2 menarik terkilan gak.. bukannya besar mana pun Putrajaya ni... 

Kisah ni awal tahun lalu.. nak tengok juga avatar Putrajaya ni... cantik ke? 

Layan gambar yerk.. tapi takdelah byk sangat.. camera hp aku ni tak canggih.. lainlah makcik tu punya tapi ntah apa2 gambar yg dia ambik.. 

kami naik dari Tangga Putrajaya..

budak paling suka jln2..

lampu di sana sini..

cari kelip2 tak jumpa.. hiks...

kreatip..


tgh fikir nak ambik gambar apa lagi.. hahaha.. asyik kena komplen jerk ngan mak dia..

dekat jerk ngan hotel ni..

antara pemandangan yg cantik.. ni pakai hp makcik tu..

ni wajib feeling2 romantik.. dak kenit sibuk jerk.. tegur sket kang merajuk.. layan jerlah.. huhuhu..


Overall.. pemandangan cantik.. aku suka.. wajiblah korang bawak anak2 korang sini.. dan semestinya sapa2 yg suka ambik gambar tu.. cumanya yang tak cantik.. adalah couple2 yg menyakitkan mata.. tolonglah jaga adab sebagai muslim.. jgnlah over sangat.. depan khalayak kot.. taulah gelap.. tapi manusia masih ada mata kot.. agak2 aaa.. itu jerk nasihat aku.. 

Peace no war.. See ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah