Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

First and Last...

For the first time.. jari Amiera tersepit pada pintu kereta.. terkejutnya hanya Allah yang tahu.. menggigil satu badan dibuatnya.. marah pun ada... adehh...

Puncanya tadi, hujan pulaks tu.. dalam keadaan kepala yang sakit... selepas kami membeli makanan berbuka puasa di kedai mamak Presint 8, kami pulang seperti biasa.

Selalunya Amiera takkan sentuh kereta apabila telah keluar dari kereta.. dan aku sendiri telah mengarahkan dia supaya ke tepi.. ntah macam mana.. dia masih tak nak bergerak.. dan aku dalam tergesa-gesa nak ambil barang di sit belakang sebab hujan.. dan terus menutup pintu kereta.. tiba-tiba Amiera menjerit.. Ya Allah.. terkejutnya.. aku terus nak bukak pintu tapi malangnya pintu pulak sudah dikunci oleh hubby.. dengan cepat aku mengarahkan hubby buka pintu kereta.. memang peristiwa tu tidak dijangka akan berlaku..

Selepas letak minyak gamat.. jari Amiera dah membengkak.. risau jugak kalau ada apa2 yang tak elok berlaku.. alhamdulillah.. tak lama kemudian.. tangannya kurang membengkak dan hanya ada kesan merah2... risau sesangat..

So, pengajarannya.. bagi kanak-kanak yang aktif macam Amiera ni patut diberi lebih perhatian walau dalam keadaan apa sekalipun kerana mereka ni susah untuk dikawal..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah