Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Puisi ~ Bidadari Jalanan

Salam..

Minggu ni i kebizian sket.. kursus for the whole week.. 2 hari kat OSCC.. lagi 3 hari kat KL laks..

Memandangkan tak tau nak update apa dalam blog ni.. meh aku share my new poem..

Bidadari Jalanan

Bisakah..
Bidadari menanti di pintu syurga..
Bisakah..
Bidadari mengukir haruman kasturi..
Bisakah..
Bidadari memayungi sang pelangi..
Bisakah..
Bidadari mengutip sinar di dasar lautan..
Bisakah..
Bidadari memetik bintang di kala kegelapan..
Bisakah..

Andai kesucian dalam kehausan..
Andai keikhlasan dalam kebencian..
Andai keluhuran dalam peperangan..
Andai cinta dalam kepalsuan..
Andai kekasih dalam kepuraan..
Andai kemanisan dalam kepahitan..
Andai ketulusan dalam kesengsaraan..
Andai rintihan dalam keperitan..
Andai kesakitan dilempari hinaan..
Andai kewujudan dinoktahkan..

Inilah harga sebuah pengorbanan..
Inilah nilai bidadari jalanan..

Salam Seindah Puisi
~ Arina Melissa Idayu ~
25 September 2012

Comments

syalinda johari said…
kak iena, dirimu sungguuh berbakat..kekekekeke
Faina Arisya said…
syalida..

biasa2 jerk tu..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah