Posts

Showing posts from July, 2020

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Lakaran Kehidupan : Part 4

Image
Assalamulaikum.. 2020.. tahun yang menyimpan pelbagai peristiwa bersejarah.. Malaysia dengan Covid-19.. dak2 sekolah tiada ujian bertulis utk UPKK, UPSR dan PT3.. kawan2 dapat baby 2020.. aku??? takkan nak join kot.. kalau join pun dah tak sesuai... haru.. lagipun tak sempat dah... 5 bulan jerk lagi dah 2021.. hahahahhaha... aku pilih tahun 2020 tema gold.. tahun yang viral dengan gold... sampaikan aku pun terjebak sama..  Untuk tidak melepaskan peluang tahun 2020.. tahun yang rare nombornya.. 1919 aku tak wujud lagi.. nak tunggu 3030 tu rasanya selamat dah aku.. huhu... baiklah aku merajinkan diri untuk update sambungan perjalanan hidup aku yg tak seberapa ni setelah 4 tahun tidak ada sambungannya... bolehlah anak2 aku baca bila mama dia dah takde nanti... Setelah aku tamat latihan praktikal dan kemudian bekerja sambilan selama 2 bulan... aku menyatakan hasrat kepada akak PA kat department tu yg sangat baik hati.. kononnya aku nak sambung belajar peringkat ijazah.. yerl

Sambut birthday musim PKP

Image
Assalamualaikum... Bulan April lalu.. ada 2 sambutan birthday dalam musim Covid-19... mula2 sambut besday en abe.. kemudian hujung bulan April sambut besday Arissa pulaks.. sambutan secara sederhana sahaja.. nak keluar dah tak boleh.. ko tengok aku.. aku tengok ko... jerlah.. hahhahahahhaha... tak dapat tgk wayang tengok jerlah movie2 free kat astro.. kwang3... sib baik ada kedai kek yg boleh buat delivery.. makan sampai muntah.. papa ngan dak kenit penghibur hati.. happy birthday my dear.. first time guna Grab Food.. tempah SR kat Alamanda.. bila rider sampai.. kedai tgh dalam proses pembersihan.. aduhaiii... awatlah tak update dalam sistem... sian rider tu.. cancel.. terpaksa tempah kat SR IOI.. sib baik sampai juga.. terbaiklah perkhidmatan rider musim PKP ni.. budak seronok sambut besday.. happy birthday sayang mama... abaikan banner kat belakang.. tu masa 1st birthday Arissa.. saja gantung balik.. alololo.. dah pandai posing sana sini ya..

Puisi ~ Bicara Pena Buat Kekasih

Image
Assalamualaikum... Hari ni selesema melanda.. penat dah bersin dari jam 5 pagi sampailah tengahari.. barulah rasa kurang sket.. dah menggigil kelaparan.. kenapa ek.. kalau bersin2 jerk mesti lapar... hehehehehe... selalu kena camtu... Citer hari ni nak up pasal puisi laks.. Ilham datang masa lepak2 kat rumah MIL masa balik kampung bulan lepas.. borak2 ngan Mira.. ntah macam mana timbul isu pasal puisi... so, konon nak ajar Mira buat puisi.. bersasteralah kononnya.. maklumlah budak2 sekarang kena belajar sastera sket dalam BM.. mmm... harem ada minat... tak habis2 layan citer Cina ngan Korea.. huh! last2 terciptalah puisi aku yang ke-30 tanpa dirancang... kalau dibukukan semua karya aku ni.. macam best jerkkan.. sapa nak tolong terbitkan komenlah yerk... hehehehhehe... Sapa yg faham... fahamlah ya.. sapa yg tak faham.. buat2 fahamlah ya... hahahhahaha... P/S : Doakan semoga my FIL sembuh seperti sediakala.. aamiin...

Juadah Musim Covid-19

Image
Assalamualaikum... Malaysia dah masuk zon pemulihan.. PKPP.. semoga Malaysia akan bebas dari pandemik Covid-19.. aamiin... Aku pun dah mula full bekerja kat opis sejak 2 hari yang lalu.. si Arissa dah start tadika hari ni.. bersemangat dia nak masuk tadika balik.. huhuhu.. rindu sangat lah tu nak jumpa kawan2... tadika Arissa memang beroperasi sepenuhnya buat semua student.. aku pun tak sure muat ke tidak semua murid dalam tu untuk amalkan SOP.. sebab memang aku dah kena bayar full payment.. nak tak nak Arissa kena juga pergi sekolah walaupun kakak ngan abang dia still kat rumah... elok juga dia gi sekolah.. kesian .. aku takde masa nak ajar dia even aku keje dari rumah sebelum ni.. Kerajaan pun dah umum sekolah rendah dan menengah akan mulakan sesi pembelajaran mulai pertengahan Julai.. hmmm.. satu petanda baik.. semoga kita semua akan back to normal life.. yahooooo.... Berbalik pada topik... masa musim PKP dan PKPB... ramai betul up status masak macam2.. seronok tengok keraji