”Aduh.. sakitnya... penat sangat kot
ni.“ rintih Arisya. Arisya tersandar dikerusinya.
”Hello!. Miss Arisya?“ tiba-tiba Arisya didatangi penghantar
bunga. Arisya terkejut. “Yeah..it’s me”. Arisya membalas. “Ada jambangan bunga
untuk cik. Tolong sign dulu” sambung
penghantar bunga tersebut.
Hilang kesakitan yang
dialami setelah mencium bau bunga tersebut. ”Kad... Sudikah dikau menjadi
permaisuri hidupku. Haidir..“ Arisya membaca kad itu dengan perlahan. Adakah
bunga-bunga cinta akan berputik. Terbukakah hati Arisya menerimanya?.
Arisya
mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Haidir. ”Hello. Assalamualaikum.
Haidir ke?“ Arisya bersuara. ”Waalaikumsalam. Arisya
sihat?“ balas Haidir. ”Thanks for the bouque.“ Arisya memutuskan talian. Haidir
tergamam. “Salahkah aku?” rintih hati kecilnya. Haidir cuba menghubungi semula Arisya
tetapi tiada jawapan. Hampa.
Keesokan
harinya, Haidir nekad untuk bertentang mata dengan Arisya untuk meluahkan isi
hatinya. “Aku mesti berhadapan dengannya. Apa nak jadi..jadilah” tegas hatinya.
“Assalamualaikum.”
pintu bilik diketuk. Haidir masuk tanpa diundang. Arisya tergamam. Tidak dapat melarikan
diri di saat-saat yang mendebarkan jantungnya. Arisya berpura-pura menyusun
fail-fail kononnya untuk dihantar ke pegawai atasan. Haidir menghalang. ”Arisya, please..“ rayu Haidir. ”Apa
salah i? Tak ada ke ruang di hati you untuk i. Hina sangatkah permintaan i ni?“
Arisya terdiam mendengar pengakuan Haidir.
”Arisya…
tengok mata i.. katakan you tak suka pada i” Haidir mengangkat muka Arisya.
Airmata telah memenuhi mata Arisya. Tunggu untuk dilepaskan sahaja supaya
berguguran di pipi. Meminta untuk difahami. Haidir panik. Kenapa Arisya
menangis?. “Maafkan i, Haidir” akhirnya Arisya bersuara. Tangisannya mula
kedengaran.
Haidir cuba
mententeramkan Arisya. “Sayang… kenapa you
menangis. Apa yang telah i buat sampai you jadi macam ni?” soal Haidir. “I
sayangkan you Arisya.” Haidir berbisik ke telinga Arisya. Arisya masih merintih
kesedihan. Dia masih tidak tahu apa yang tersirat dihatinya sendiri.
“Haidir…
hati ini pernah dilukai… i tak mahu ia berulang kembali. Siksa i menanggungnya
seorang diri. You datang.. tapi i tak tahu apa perasaan i sebenarnya pada you.
Please try to understand me.”
terketar-ketar suara Arisya menjelaskannya. Haidir faham. “I’m sorry sayang..”
ucapan terakhir Haidir sebelum dia keluar meninggalkan Arisya seorang diri.
Tinggallah
Arisya menangis sendirian. Pandangannya sayu memandang Haidir beredar
seolah-olah mengharapkan sesuatu.
Sepanjang
malam Arisya memikirkan peristiwa pagi tadi. ”Kejamnya aku. Kenapa aku
pentingkan diri sendiri. Kenapa masih menyalahkan semua lelaki” pelbagai soalan
bermain-main difikirannya. Arisya nekad.
Sebulan Arisya tidak
berhubung dengan Haidir. Haidir terus menyepi. Masihkah ada cinta dihati
mereka?
Semilir angin beralun lembut sedingin salju
Seraut wajah menatap sayu
Desiran ombak menyapa pantai
Menongkah jiwa..
Mentafsir alam
menghurai kehidupan
Sulaman persahabatan di tasik kemesraan
Setulus jiwa mengukir senyuman
Ikhlas bicara sesuci niat tersimpan
Segulung harapan mendambakan kepastian
Sepi dirimu mengaburi suasana
Secalit tinta rinduku berseloka
Tarian jiwa melirik seri
Menghurai makna di kamar hati
Alunan irama gemersik kedengaran
Memecah hening di senja suram
Terusik jiwaku dari lenaan
Terdetik hati mentafsir hubungan
Sejalur kasih seraut impian.
Mungkinkah tertunai harapan yang
diimpikan?
Bersambung..
Comments