Lakaran Kehidupan : Part 2

Salam..

Bosan2 ni meh aku nak sambung sket jurnal kehidupan aku yg ntah apa2 ni kan..

Rasanya dah lama tertunggak ni.. dah 3 tahun ok! huhuhu.. malasnya aku nak mengarang.. so, yg tak sempat nak baca Part 1.. bolehlah kalau nak baca.. tapi aku tengok byk gambar2 dah hilang.. huhuhuhuu.. kes copy paste url image ler ni..

Sebelum aku nak meneruskan cerita zaman persekolahan menengah aku.. aku nak share sket.. masa umur aku bawah 12 tahun.. aku pernah bekerja sambilan bersama makcik bongsu aku.. tiap2 malam kami akan ke rumah jiran yg jauhnya lebih kurang 10 minit perjalanan.. keje kami memang senang.. kami akan masukkan barang2 makanan spt gula2.. untuk dipacking semula dalam kuantiti yang kecil.. macam keje kilang lah kannnn.. buat menda yg sama setiap hari.. mini-kilang.. hehehhehe... dapatlah sehari tu kurang dari rm3..

Dan kenangan yang memang susah aku nak lupakan.. bila musim cuti sekolah.. adakalanya aku ngan abang aku pergi rumah mak aku.. bukannya pergi jalan2 ok.. dalam pukul 9 pagi ke atas.. kami berbasikal pi tolong abah aku memungut susu getah.. cer korang bayangkan.. dahlah aku keding.. pendek.. nak kena bawak baldi.. pi round setiap pokok getah nak pungut susu getah.. huhuhuuhu.. bau toksah cakaplah.. tapi aku dah biasa.. dan pernah sekali tu aku berbasikal sorang2.. huhuhuhuhu.. sesat ok!! nanges aku dibuatnya... sib baik ada orang tolong... pastu pernah kena kejar dek anjing... uwaaaaaaaaa.... larikssssssssss... kenangan beb!! ko ada?? hehhehehhe..

biji getah dan sarung dia yang memang berlambak kat kebun getah Cina (ntah sapa nama apek tu.. ingat lagi dia bawak bekal makanan dalam bekas yg unik tu.. apek tu baik sangat..) sebelah rumah arwah nenek aku dulu.. ngan biji getah ni lah kami main congkak.. gali lubang kat tanah sajork.. pic credit to kamsiah-yusoff.blogspot.com

  
hat tengah tu lah bekas makanan apek tu bawak.. pic credit to galeriantikyusma.blogspot.com

Dan satu lagi kenangan yg menarik dan masih segar dalam ingatan.. antara aku dan abang aku.. aku lah yg selalu jadi orang suruhan.. huhuhuhuu.. takdelah.. dah namanya budak.. nak tak nak kena suruh pi beli barang2 kat kedai laaa.. jauh gaks tau nak pi kedai.. dalam setengah jam jugaks nak mengayuh basikal ok! sebab tu lah ramai orang kampung kenal aku.. contoh ek.. makcik A tanya pada makcik B.. anak sapo tu? makcik B menjawab.. cucu Joyah... huhuhuhuhu.. haaa... tulah nama nenek aku.. Joyah! memang famous kat kampung.. dan begitulah seterusnya bila orang nampak aku berbasikal dengan barang2...pasti akan ada yg tertanya2..

Lagi kenangan semasa aku di sekolah rendah.. pergh.. memang bangga sekejap.. aku telah dinobatkan sebagai Olahragawati sekolah dan Qariah sekolah.. aku dapat menjunjung 2 piala pusingan besar gedabak semasa sukan sekolah dianjurkan.. dan pasukan sukan aku.. rumah Kuning telah menjuarai sukan tahunan.. aku sangat gembira sebab nenek dan mak aku hadir semasa acara gilang gemilang tu.. hadiah aku untuk mereka.. musti diorang banggakan..

Kenangan pahit semasa sekolah rendah.. masa tu aku darjah 3.. 1986.. atuk aku meninggal dunia pada pagi hari raya Aidilfitri.. sedih siot.. aku sayang atuk aku.. aku anggap atuk aku tu dah macam ayah aku sendiri.. aku panggil dia pun 'abah' ok.. bukannya atuk.. masa tu aku tengah bersiap2 nak pakai baju raya.. tiba2 kecoh atuk aku tak boleh bangun masa kat dapur.. walhal Subuh tu dia bangun sihat jerk.. dibuka nya semua tingkap dan disapunya laman rumah.. bila anak2 dah angkat dan baringkan dia katil.. atuk nazak.. aku cuma mengintai dari atas.. aku takut akan kehilangan orang yang aku sayang.. dan tak lama kemudian.. atuk pergi.. sob3.. sedih sangat.. atuklah tempat aku bermanja.. dialah yang mengajar kami mengaji.. al-Fatihah..

Tulah serba sedikit kenangan yang masih segar dalam ingatan.. dan kenangan aku di kampung adalah satu kenangan yang sangat istimewa berbanding kehidupan seterusnya..

Ok.. meh nak sambung balik.. kehidupan di era sekolah menengah.. SMDMS.. Sekolah Menengah Dato' Mohd Said, Nilai.. masih terngiang2 bait2 lagu sekolah..



lencana sekolah..


SMDMS Sekolah Kami
Di Nilai Megah Berdiri
Kami Pelajar Putra Putri
Mara Jaya Cogankata Kami

Lalalallalalallalalalala.. dah tak ingat lirik.. kui3.. tapi sekarang ni mungkin dah berubah kot lagu sekolah..

Zaman aku dulu.. ada dua sesi persekolahan.. Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 pada sesi petang dan Tingkatan 3 - Tingkatan 6 pada sesi pagi..

Dari sekolah rendah hanya kami bertiga sahaja pelajar perempuan Melayu.. 2 orang kawan aku orang asli tak sambung belajar.. 2 lagi kawan baik aku masuk dalam kelas yang sama.. tapi aku terkontang kanting sorang2 kat kelas kedua.. kelas Hijau.. chedihnya... mati kutu aku sorang2.. kebanyakan budak2 Melayu lain dari sekolah Labu, Nilai dan Sepang.. tu tak termasuk budak2 Cina dan India dari kelas Peralihan yang tua setahun dari kami.. Masa zaman aku dulu.. kat Nilai hanya ada satu sekolah menengah biasa dan satu lagi sekolah agama.. tapi sekarang dah banyak sekolah didirikan ekoran jumlah penempatan dan sektor perindustrian yang semakin pesat membangun.... alhamdulillah..

Dari segi penampilan.. aku memang ketinggalan.. bila aku tengok pelajar2 lain.. masing2 bergaya.. masing2 havoc sebab ramai kawan.. aku sorang jerk membatu.. nak buka mulut takutttttttttttt... tapi lama kelamaan.. dapat juga sorang kawan yg memang low-profile.. dia sangat baik.. aku masih ingat lagi wajah dia.. tutur dia yang penuh sopan santun.. dan aku sangat bertuah kerana dapat kawan yang begitu.. mungkin Allah dah takdirkan kawan yang bagaimana yang terbaik buat aku.. alhamdulillah..

Alhamdulillah.. walaupun aku datang dari sekolah corok kampung.. tapi aku dapat buktikan kat cikgu2 dan kawan2 sekelas.. yg aku boleh buat.. alhamdulillah.. walaupun aku bukannya jenis out-spoken.. tapi aku tetap boleh berjaya dalam pelajaran.. setiap penggal peperiksaan aku dapat no.1.. subjek yang aku minat semestinya Math.. terima kasih cikgu Azizul kerana banyak membantu.. subjek yg paling aku bosan.. Geografi dan Sejarah.. hehehhe... aku pun tak tau kenapa aku suka ngan Math..

Masa Form 1 ni jugaks aku dapat sorang kakak angkat.. kakak tu sendiri yang tegur aku.. dan nak jadikan aku adik angkat.. waaa... seronok lah weiii.. aku kan takde kakak.. blehlah feeling2 ada kakak.. akak tu suweet sangat2.. Zuraidah namanya.. orang Labu.. hmmm.. apalah citer dia sekarang ek.. masa aku berangkat2 ni.. adalah jugaks kisah disebaliknya.. tapi tak mau lah cerita kes berebut2 ni.. huhuuhuhu..

Semasa di Tingkatan 2.. guru kelas Cikgu Ooi namanya.. telah melantik aku sebagai ketua kelas.. huhuhu.. bukan senang ok nak jadi ketua kelas.. sebab ianya mengingatkan aku zaman di sekolah rendah..  menjadi ketua kelas dan Pen. Ketua Pengawas.. banyak pahit manis yg aku lalui bila kita memegang sesuatu jawatan ni.. pasti ada insan2 yang tak suka dengan cara kita.. cikgu Shahril kalau tak silap namanya.. juga guru Math banyak bantu aku dalam pelajaran.. dia pernah belikan aku buku aktiviti ko.. suweet sangat.. huhuuhu..

Semasa di Form 2 juga kalau tak silap.. kisah sedih menyelubungi kami sekeluarga.. kami diarahkan pindah kerana tanah kampung tempat aku dilahirkan telah jatuh ke tangan orang lain.. hasil tanaman.. pokok2 durian kesayangan.. semuanya akan jatuh ke tangan orang lain.. mentang2lah kami orang susah.. kerana harta mereka sanggup menganiaya saudara sendiri.. kami dinyah sesukahati.. terpaksalah arwah nenek dan makcik aku mencari rumah sewa.. alhamdulillah.. ada saudara yang sudi menyewakan rumahnya yang baru dibeli.. apa yang aku dimaklumkan.. rumah peninggalan arwah atuk telah dirobohkan.. sob3.. memang sedih sangat.. aku dah tak ada kampung!! aku windu saat2 masa aku kecil.. kalaulah masih ada rumah kampung tu.. alangkah indahnya.. bolehlah aku bawak anak2 aku bermain di tepian parit.. mandi sungai (tapi sungai dah tercemar dek kemajuan kilang2).. merasa pengalaman aku semasa kecil.. mesti anak2 aku seronok.. setiap kali bila aku lalu kawasan kampung aku.. sayup jerk aku melihat dari kejauhan laluan masuk ke rumah arwah nenek aku.. dah tak nampak apa daaa.. lalang jerk yg banyak..

So, kawan2 semua.. buatlah wasiat demi masa depan anak2 dan cucu cicit atas tanah pusaka dan harta peninggalan.. bila tiadanya wasiat paling tak pun hibah.. orang akan buat sesuka hati atas harta kita.. tetiba.. ehhh. .serius ok!

haa.. dah buat wasiat jangan lupa sign pulaks.. 

Bila naik ke Tingkatan 3.. berlaku perubahan pelajar2 dalam semua kelas.. nasib baik aku maintain dalam kelas yang sama.. kawan baik masa Form 2 aku tak ingat dia masuk kelas mana.. memang kami berpisah.. tak lama kemudian.. datang pelajar baru.. mungkin ada keserasian antara kami dan kebetulan pula dia sekampung ngan aku.. tak tau camna boleh rapat.. walaupun kawan baru ni agak talkative tapi aku boleh ngam ngan dia.. bila tiba musim peperiksaan yang menentukan samada kami boleh sambung masuk ke Form 4 atau tidak.. Sijil Rendah Pelajaran (SRP).. peperiksaan yang amat digeruni selain SPM.. uols yang ambik PMR untonglahhhhhh.. lulus ke tak lulus ke.. boleh jerk sambung Form 4.. keputusannya.. walaupun aku lulus Pangkat 1 tapi agregat aku tak cemerlang.. sadisss ok!! tak tau tang mana silapnya.. subjek yg bagi result aku teruk semestinya Geog dan Sejarah.. huhuuhuu.. yg bestnya.. result aku sama ok ngan kawan baik aku tu.. hehehhehe..

cer cari mana aku..


Apa?? boyprend punca result aku teruk?? no way!! aku tak de special boyprend eh.. setakat rakan sekelas tu ramailah.. beranilah aku nak buat.. tak pasal2 kena pelangkung ngan abang aku.. lagipun.. orang cekeding dan pendek cam aku ni sapalah yg nak.. budak ulu kampung laks tu.. ngan comotnya.. aduhhhhh.. tak sior teman.. kata orang Perak...

Bila masuk ke Form 4.. aku tak berani nak masuk Aliran Sains mahupun Akaun.. takut tak boleh nak bawa.. yerlah kan.. ngan result SRP aku yang hancus.. tak berani ok!! tak pasal2 kelaut aku.. jadi nelayan.. kwang3.. atas cadangan abang aku.. so, aku pilih perdagangan.. walaupun hakikatnya.. aku tak MINAT!! selain tu aku kena pilih samada aku nak ambik Ekonomi atau Sastera.. Ekonomi??? no.. no.. no.. aku tak MINAT.. terpaksalah ambik Sastera.. cam sonang yo kan.. hanya ada 4 kelas Form 4.. Kelas Sains (Aliran Sains), Kelas Akaun (Akaun+Perdagangan / Sastera+Perdagangan), Kelas Perdagangan (Perdagangan+Ekonomi) dan Kelas Sastera (Sastera+Ekonomi).. so, mana satu kelas aku ya??.. dan bermulalah episod.. Aku Budak Sastera.. ceh3.. seronok gak wei belajar Sastera ni.. macam2.. melankolik la.. metafora lah.. istilah2 dalam berpuisi ni.. aku pun dah lupa.. pening weii bila nak kaji puisi2 orang ni.. hat cerpen dan novel lagi lah.. kalau yg malas nak membaca tu memang sakitlah..

majalah sekolah yg masih aku simpan sebagai kenangan..

Dan bila masuk ke Form 5.. SPM.. memang gerun ok! macam2 perasaan.. gagal?? lulus?? masa trial SPM.. walaupun lulus Pangkat 1.. tapi agregat masih tak memuaskan hati aku... dan tiba exam yg sebenar.. masuk jer subjek Sejarah.. aku dah mula kecut perut.. aku takut tak boleh nak jawab.. huhuhuuhu.. sebelum masuk dewan peperiksaan.. aku fokus dok baca kisah mengenai getah.. dan.. berkat baca last-minute (sila jangan ikut cara akak ni yer adik2..).. soalan mengenai getah keluar ok!! apa lagi.. lajus jerk aku menjawab.. tapi takdelah aku menaruh harapan tinggi nak dapat excellent.. setakat boleh jawab satu soalan apa hal.. huhuuuhu..

cari hat paling pendek.. itulah aku..


Bila result keluar.. abang aku temankan aku pergi ambik result.. nak support adik dia kan.. adik kesayanganlah katakan.. debar sangat2 weii.. bila aku dapat jerk result tu.. benda yang aku mula2 tengok apa tau?? Bahasa Inggeris.. hwa3.. sebab aku takut gagal.. tapi alhamdulillah.. lulus cukup2 makan jerk.. pastu baru aku dok sibuk tengok agregat keseluruhan.. memang tak percaya ok!! memang di luar jangkaan aku.. subjek Sastera, Agama, Sejarah (dpt agg. 1 ok.. terkezut i), Tasawur, Sains dan Math yang banyak membantu mengurangkan agregat aku.. oh ya.. utk pengetahuan uols.. masa zaman aku tu.. diorang kira by agregat.. agregat mengikut turutan menaik (1 - 9) bagi setiap subjek.. yg paling rendah adalah yg terbaik..  ada 6 subjek teras dan 3 subjek elektif.. so, diorang ambilkira agregat dari 4 subjek teras yg terbaik di campur dengan 2 subjek elektif yg terbaik.. so, itulah keputusannya.. mana yg gagal tak mencukupi syarat minimum hanya akan dapat SAP (Sijil Am Pelajaran).. memang kena repeatlah jawabnya.. itupun kalau nak ambik semula.. susah ok masa zaman aku tu.. kesian kat kawan2 yg dapat SAP.. diorang tak boleh nak sambung belajar ke mana2 Universiti selagi tak lulus SPM.. nak masuk Lower 6 pun tak boleh tau!

Oh ya.. kawan baik aku pun dapat agregat yg sama tau.. huhuhhuh.. cam niru laks kan.. tapi kami duk jauh.. takde makna nak meniru ok! aku duk terperuk dalam bilik tiap2 hari tau nak menghafal.. jangan tak caya.. siap buat peta minda lagi..

bih kurang cengginilah aku buat.. pastu aku tampal kat dalam bilik.. senang keje aku nak menghafal.. pic credit to salsabila91.edublogs.org

Walaupun result aku ok tapi taklah sehebat pelajar2 Sains.. walaupun agregat diorang jauh lebih banyak dari aku.. kalau kira agregat mungkin aku lebih handal.. konon! tapi hakikatnya.. U tak pandang I ok! pihak U tetap memilih calon2 dari aliran Sains.. tak kisahlah agregat diorang tu tak bagus.. yang penting dapat Pangkat 1.. huhuhuhu.. sian kami kan hat aliran Sastera ni..

Abang aku yang banyak membantu aku untuk mengisi borang UPU.. tapi sayangnya.. seperti mana aku katakan tadi.. memang susah nak masuk U kalau ko dari aliran Sastera.. ini pengalaman aku sendiri.. kalau ikut syarat course yg aku mintak tu rasanya boleh jerk dapat.. ntahlah.. takde rezeki kot.. then makcik aku suruh juga aku isi borang ITM..

Lama jugaks aku menunggu bulan tak jatuh2.. huhuhuuuhu.. aku sambungkan pengajian aku ke Lower 6.. cam tak cayo yo kan..oh tidak!! aku dah berazam kalau aku tak dapat sambung belajar kat mana2 U.. mungkin aku akan kerja jerlah.. jadik minah kilang ler kot.. sebab aku macam tak sanggup jer nak ambik exam STPM.. huuhuhu..

Dan 3 bulan kemudian.. aku terima surat tawaran melanjutkan pengajian ke ITM.. alhamdulillah.. berbelah bagi aku nak tinggalkan kawan2 Lower 6.. tapi ini saja peluang yang aku ada supaya aku tak ambik STPM..

Semasa aku di ITM.. satu majlis bagi meraikan pelajar2 cemerlang semasa SPM diadakan.. tapi aku tak dapat hadir.. huhuhuhu.. aku dapat 2 anugerah bagi pelajar terbaik subjek Sastera dan Agama.. tapi takdelah sehebat pelajar2 yg dapat subjek terbaik bagi subjek Bio, Kimia, Fizik dan Add Maths.. itu memang power terror.. huhuhuh..  tapi yerlah.. sekurang2nya dapat gaks dari tak dapat apa2.. huhuhuu.. subjek Sastera tu memang senang sangat2.. cuma subjek Agama tu yang buat aku terkezut.. huhuhuu.. kan Agama subjek teras.. susah ke ek?? pada aku kena rajin menghafal jerlah.. tapi bukan sewenang2nya nak menghafal.. kena faham jugaks.. dan yang penting jangan lupa peta minda! hehehhe..

Oklah.. nantikan lakaran kehidupan di ITM di Part 3 ok.. bila tu?? wallahualambissawab... kwang3...


Sekian.. selamat membaca..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (111) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (10) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty