Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

 Assalamualaikum..

Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah...

Oh ya berbalik pada topik...

Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada.. 

Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik2nya.. kajian demi kajian aku buat dan berbincang dengan si kakak utk menentukan hala tuju selepas Matrikulasi.. 

Dan.. alhamdulillah.. dapat pilihan pertama dalam UPU..  


30 September 2023

Hari yang paling bermakna buat kami sekeluarga terutama si kakak.. seramai 4286 pelajar yang berjaya mendapat tempat di UKM.. si kakak adalah antara pelajar bertuah yang terpilih dalam jurusan undang-undang.. alhamdulillah dekat sket ngan kami.. aku pun tak sangka impian dia utk masuk jurusan undang-undang tercapai.. semoga terus berjuang selama 4 tahun demi menggenggam segulung ijazah.. 

Jom layan gambar.. simpan di sini utk kenangan..


Pendaftaran Kolej bermula jam 9.30 pagi..

warna merah itu berani.. 

sebelah petangnya dalam pukul 4.30 bermulalah hari orientasi selama 5 hari.. parents lain ramai dah balik.. kami dengan beberapa orang parents masih setia menunggu sebelum melepaskan anak2.. hahahaha.. 

sib baik ada gambar si kakak.. adalah kenangan untuk diabadikan.. pic credit to fb Kolej Pendeta Zaaba

Day 2 - Sesi Taklimat dan Perkongsian Ilmu di DECTAR

Terselit gambar dan video si kakak dari ribuan pelajar dalam dewan.. jenuh cari gambar dia dalam fb UKM.. alhamdulillah ada kenangan.. pic credit to fb UKM..





Day 3 - Sesi Taklimat di Fakulti Undang-Undang

Hari ke-3 si kakak dah start demam.. kesan dari rehat dan tidur yang tidak cukup.. semoga si kakak diberikan kesembuhan.. risaunya lah anak2 tak sihat ni.. terselit si kakak dalam gambar dan video hari pendaftaran FUU.. dikhabarkan hanya 100 pelajar dipilih daripada 1400 permohonan.. pic kredit to fb Perundang UKM





Hari ke-4 dan ke-5 macam2 program yg diorang anjurkan.. sangat happening.. seronok aku tengok.. kenangan terindah utk anak2 yg masuk ke UKM.. terbaiklah UKM.. korang nak tau apa program diorang buat bolehlah gi kat fb/instagram/youtube UKM..

Last but not least.. utk anakku.. belajarlah bersungguh demi mencapai cita2mu.. semoga dipermudahkan setiap urusan dalam menuntut ilmu.. aaminnn..

See ya! 

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah