Lakaran Kehidupan : Part 1

Kejap jer kan...

Macam tak percaya pun ada..

Tapi inilah roda-roda kehidupan.. dari siang ke malam.. hari berganti hari.. bulan berganti bulan.. tahun berganti tahun.. perjalanan hidup sejak dilahirkan.. banyak pengalaman pahit manis ditempuh..

Era 80-an.. Dari seorang budak kampung.. yg tak pernah tahu erti kehidupan di luar.. hanya di corok kampung.. tinggal menumpang di rumah nenek... aku panggil nenek aku 'Mak' dan atuk aku panggil 'Abah'.. atuk aku meninggal tahun 1986.. nenek aku meninggal thn 2006.. Al-Fatihah.. pakcik dan makcik aku aku just panggil gelaran aja.. cam Acik, Andak, Itam, kak Ita dan abg Tinggi.. naper panggil tinggi sebab dia tinggi laaa.. apa daaa.. seolah2 aku ngan abang aku adalah adik2 bongsu diorang sedangkan kami ni anak sedara diorang..

Rumah nenek dikelilingi hutan.. pokok getah.. nak keluar ke jalan utama makan masa 10-15 minit berjalan kaki.. jiran2 berjauhan.. ke sekolah makan masa hampir sejam perjalanan.. dulu2 jalan kaki sajork.. bila dah darjah 4 ke 5 aku dah tak ingat.. baru dapat naik basikal.. memang budak kampung sungguh lah aku ni.. dunia aku hanya ditemani pokok2.. unggas2.. burung2.. ayam itik.. lembu kambing.. dan mungkin faktor itulah yg menyebabkan aku jadi begini.. pendiam.. tak pandai nak menyesuaikan diri dengan orang ramai..

Masih segar lagi diingatan.. ketika musim hujan.. lebat selebat2nya.. masa tu aku ngan abang aku jer yg budak2.. pak sedara mak sedara dah besar panjang.. mesti mandi air hujan.. sejuk siot tapi memang best kenangan tu.. dan hujan juga akan menyebabkan kawasan rumah nenek banjir.. dalam.. memang tak boleh keluar rumah.. nasib baik serambi rumah dulu2 tinggi2.. yg kena banjir pun area dapur sebab rendah.. so, memang tak boleh nak pi sekolah.. nak main banjir tak berani sebab kadang2 ada belut.. mula2 aku ingat ular.. rupa2nya belut.. siot tul.. pernah sekali tu.. arwah atuk aku ajak aku pi Pekan Nilai.. masih ingat lagi.. walaupun banjir.. kami redah jugaks.. aku bonceng basikal tua atuk aku.. kemudian naik bas Foh Hup.. atuk aku belikan aku mainan Ding-Dang.. ingat lagi mainan dalam ding-dang tu cicak getah warna kuning..


belut.. cam ular pun ada .. cam cacing pun ye.. goli lak aiii.. eiiii... pics search kat google.. jumpa kat jariketot.blogspot.com


masa dulu harga dia tak sampai 50 sen.. sekarang ni.. hmm.. pics search kat google.. jumpa kat openthetoy.blogspot.com

Permainan zaman aku dulu tu.. cam biasa.. kalau ada anak2 jiran datang bertandang.. bolehlah kitaorang main nyorok2.. Polis N3.. ingat lagi nyanyian dia... "polis n3 one to jaga.. polis mati pencuri jaga.." Main getah.. batu seremban.. konda kondi.. pondok2.. then.. bila aku keseorangan.. aku suker ke kawasan kebun.. kadang2 aku main masak2 sorang2.. cam psiko laks aku ni..


batu 7.. dulu2 aku main batu 5 jer.. pics search kat google.. jumpa kat cicakgirls.blogspot.com


pics search kat google.. jumpa kat faizaladanan.blogspot.com


pics search kat google.. jumpa kat hawamemories87.blogspot.com

Sebut pasal kebun.. aku ingat lagi arwah nenek aku.. aku bangga dengan dia.. kerana dia seorang yang rajin berkebun.. macam2 dia tanam.. rumah nenek aku tu memang besar dan luas tanahnya.. lebih 10 batang kalau tak silap aku pokok durian.. haaa.. kalau musim durian.. aku ngan abang aku lah yang akan berlari2 anak kalau dengar bunyi durian jatuh.. kalau dapat yang besar memang kami bagi nenek lah.. tapi kalau dapat yang kecik2.. time2 jatuh tu jugaks aku bukak sendiri.. menikmati buah durian di bawah pokok durian tu sendiri.. best.. memang best.. sampaikan lanni aku dah takde nafsu sangat kalau nak makan durian.. mungkin dah puas kot masa zaman kanak2.. ingat lagi.. sebelah rumah nenek tu ada kebun orang lain.. kalau musim durian.. Wan Jah (kalau tak silap aku la..) dia akan datang ke kebun untuk menjaga durian.. so, bila aku balik dari sekolah mesti singgah pondok dia.. dia bagi bubur kacang + durian.. wallah.. sedappp.. sebut pasal durian ni.. arwah nenek aku bleh buat macam ngan durian ni.. kalau yg dah masak tu bleh buat pengat durian, bubur durian, bingka durian, cekodok durian.. kalau yg kurang elok.. nenek aku buat tempoyak.. dan yang muda.. nenek aku buat masak lemak cili api.. sedap gak tau.. tak bleh lupalah..


pics search kat google.. jumpa kat ladangjuang.blogspot.com


windu ngan bauan yg harum dari bunga durian..pics search kat google.. jumpa kathafizd.blogspot.com


windu aa ngan kumbang ni.. pics search kat google.. jumpa kat zonapencarian.blogspot.com


syedapnya.. nak cikit bleh.. pics search kat google.. jumpa kat lizahanum.blogspot.com

Selain tu ada pokok manggis, jambu air, jambu batu, durian belanda, belimbing, betik.. lain2 tanaman macam.. ubi kayu, kacang tanah, kacang panjang, cili merah, petola, cili padi, serai, daun pandan, pucuk manis, belimbing buluh dan lain2 sayuran kampung... so, kami hanya bergantung penuh dengan sayur2an yg ditanam sendiri.. ayam memang jarang sekali aku makan.. ikan pun jarang.. sebab tu aku kureng sikit ngan ikan2 ni walaupun pada hakikatnya ikan byk khasiatnya..



sejuk jer tekak masa makan buah durian belanda ni.. manis banget.. pics search kat google.. jumpa kat ceciliawoqhz.blogspot.com


seronok bila aku tolong nenek aku tarik pokok kacang tanah.. pokok dia renek jerk.. pics search kat google.. jumpa kat decochoco.blogspot.com


pics dari hanieliza fotopages..

Kalau nak makan pucuk paku ke aku ikutlah makcik or nenek aku pi kutip kat hutan.. pastu ikut nenek aku tebang buluh utk dapatkan rebung.. kutip cendawan kalau lepas hujan.. dapat cendawan kukur lagi best.. sedap ooo masak lemak cili api.. terung pipit.. masak sambal or goreng cilipadi.. sedap banget.. kenangan tu susah sangat nak dilupakan.. zaman anak2 di kota2 besar cam KL.. Putrajaya.. sekarang tak sempat nak rasa lah kenangan tu.. semuanya dah ada di pasar2.. hulur je duit..


buluh rebung.. pics search kat google.. jumpa kat jutawanagro-adamagrofarm.blogspot.com


cendawan kukur.. pics search kat google.. jumpa kat sentangbatuagro.blogspot.com


terung pipit.. pics search kat google.. jumpa kat mummynemo.com

Hiburan masa zaman aku hanya TV Hitam Putih.. masuk tahun 1986 kalau tak silap aku.. baru ada TV3.. kebetulan ada TV Warna.. jakun giler time tu.. masa tu aku ingat lagi.. penyanyi omputeh yang maknyah tu.. Boy George.. yg nyanyi lagu Karma Chameleon.. masa tu mana aku tau maknyah2 ni.. aku tau dia orang putih.. tu jer..


macam ni lah TV nenek aku dulu.. pics dari alkurawi.blogspot.com


pics dari hotmusicbeat.com

Citer kartun yang aku minat time tu.. He-Man, ThunderCats, Popeye.. yg lain2 tu aku tak ingat zaman sekolah rendah ke sekolah menengah.. dulu2 mana ada Barbie.. Princess.. kartun2 Disney ni..


thunder..thunder..thundercats...ooooo... pics from lensahidup.com



popeye the sailorman.. tut..tut.. pics from downloadgambarlucu.blogspot.com


he-man.. by the power of the universe.. pics from eddydystalk.blogspot.com

Masa aku sekolah dulu.. sekolah kawasan kampung kan.. itupun nasib baik nenek aku nak daftarkan aku kat sekolah.. kalau tak.. tak de makna aku tengah menaip kat sini.. mana ada tadika2 bagai.. yg aku tahu.. alam persekolahan aku bermula dengan Darjah 1.. di situlah aku mengenali huruf2.. alhamdulillah.. berkat izin dari-Nya.. aku mudah faham.. dari Darjah 1 - 6, aku belajar Math, Agama, BM, BI, Alam & Manusia.. aku dulu suker baca buku.. especially yang berkaitang dengan penyiasatan, misteri dan animasi.. sebab tu sampai sekarang aku suker tengok citer animasi, penyiasatan mcm CSI, misteri macam2 citer seram.. aku ingat lagi.. buku bersiri yang paling aku minat.. judulnya kalau tak silap aku 5 sekawan nukilan Erid Blyton.. aku ingat lagi.. tema color buku tu biru.. aku try cari gambar kat google tapi cover buku semuanya dah berubah..


pics dari abisabila.wordpress.com

Masa tu kalau tak aku.. abang aku.. tapi selalunya aku lah yang kena.. pi kedai beli barang.. ingat lagi.. masa tu aku belajar ngaji ngan Tuk Imam kat kampung aku tu.. so, byk ajaran2 dia aku suka amalkan.. dah meninggal dah Tuk Imam tu.. byk sungguh jasa dia kepada anak2 kampung aku tu.. Al-Fatihah.. orang2 kampung memang kenal sangat ngan aku.. sebab aku selalu berbasikal dan bertudung ke kedai.. kadang2 kalau aku pi sekolah jalan kaki.. mesti ada orang akan berhenti tumpangkan aku pi sekolah.. biasanya motor lah.. beza zaman dulu ngan sekarang.. dulu2 aku tak rasa takut nak tumpang motor orang kampung.. baik2 belaka takde langsung niat jahat.. tapi zaman sekarang.. pantang naik motor ke kereta ke.. tahu2 kuar berita.. budak sekolah hilang.. disyaki di culik..

Kalau beli minuman bergas.. ingat lagi.. air gas tu dalam botol kecik.. sedap siot time tu.. rasanya tulah minuman paling mahal time tu.. zaman tu mana ada fast-food bagai.. lanni.. nak makan apa?? KFC, McD, A&W, BurgerKings, Pizza, Nandos... semua ada.. duit jer.. sebab tu sekarang ramai berpenyakit..

Habis dunia sekolah rendah dan berjaya dalam UPSR walaupun tidaklah membanggakan dan sedikit mengecewakan aku sendiri.. trima kasih Cikgu Razak yang byk membantu aku dalam Math dan BM.. compare ngan zaman sekarang yg memang cerdik pandai.. aku ke dunia sekolah menengah yang nyata berbeza dengan dunia aku dulu.. 1 Malaysia.. China.. India.. Melayu.. Singh.. semua ada.. aku jadi takut..

Bersambung..

p/s : asalnya aku nak story mory pasal anak2 aku.. ntah macam mana tetiba tengah taip2.. kuar idea pasal kehidupan aku dulu.. so, sebelum tua mengejar aku.. sebelum mati menjemput aku.. baik aku abadikan kenangan ni dalam blog aku ni.. manalah tahu.. kalau2 aku dah takde nanti.. mungkin anak cucu cicit aku bleh baca.. itupun kalau blogspot masih wujud di alam maya ni..

oh ya.. lanni kepala aku tengah sakit.. so, aku tak boleh fikir banyak2.. nanti2 kalau ada pertambahan.. akan aku edit..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty