Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Puisi ~ Syurga Derita

Assalamualaikum..

Sihat semua? aku duk opis ni sejuk banget!! seminggu ni hujan turun dengan lebat..  tak tau nak update apa hari ni.. esok pulaks nak cuti weiiii... bestnya tidurrrrrrrr... ni aku karangkan puisi terbaru tahun 2013.. tapi puisi syahdu syahdan laaa.. nak kasi puisi ceria dan lomantik2.. nanti aku fikir2kan.. hehehhehe.. tiap2 tahun mesti ada puisi baru kannn.. yerlah.. nanti bakat aku yg tenggelam timbul ni akan terus tenggelam... huhuhuhuhu..

Syurga Derita

Telah lama..
Kuabadikan cinta
Telah lama..
Kukorbankan jiwa
Telah lama..
Kupertaruhkan nyawa
Telah lama..
Kubentangkan bahagia
Telah lama..
Kusalutkan permata

Telah lama..

Mudahnya..
Kau melupakan..
Mudahnya..
Kau mendustakan..
Mudahnya..
Kau menyakitkan..
Mudahnya..
Kau menilaikan..

Mudahnya..

Benarlah..
Mungkin ini suratannya..

Cinta berkubur di lubuk derita
Jiwa menangis di taman syurga
Nyawa hanya sandaran semata
Bahagia kupinta duka kuterima
Permata kini tiada nilainya

Aku rela sendiri..


Salam Seindah Puisi
~ Arina Melissa Idayu ~
26 April 2013

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah