Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hari yang memBOSANkan..

Nak ngomel sikit pasal kerja ngan kerajaan ni.. kalau time free tu free ler sesangat nyaa.... tapi once dah dapat satu projek.. bermacam2 kerja yang remeh temeh mengganggu.. ni yang nak hangen satu badan ni...


Al-kisahnya... sebelum cuti raya tempohari... dah dilantik jadi urusetia tender.. itu boleh diterimalah sebab buat ramai2... tapi lepas masuk keje balik... tengah dok sibuk2 nak menilai tender diorang ni suka2 hati mak bapak diorang nak melantik aku jadi urusetia teknikal bagi majlis persidangan pengurusan KKM... tak de ke orang lain lagi kat BTMK ni.. ingat aku ni hapa.. robot.. boleh buat semua kerja.. dahlah aku ni jenis high 'C'... aku kena siapkan kerja satu2.. fasilitator tu sendiri yang bagitahu... aku tak boleh buat kerja dengan banyaknya serentak.. boleh buat aku pressure... pergi kursus team building bagai nak rak.. tapi langsung tak dipraktikkan dalam kerja.. apa kes.. ingat kita orang bawah ni... suka2 hati diorang ler nak mengarah... banyak cantik...


bukan masalah tak nak terima apa2 tugasan... masalahnya... dalam cawangan aku ni ramai lagi programmer kanan yang seangkatan dengan aku... kalau tak silap akhir bulan 8 aritu aku baru aja habis jadi urusetia bengkel.. dah macam tak de orang lain... aku jugak yang kena buat sistem.. sampai lanni sistem tak siap2 lagi.. cemana nak siap?? banyak sangat kerja2 lain yang mengganggu... kalau aku tak buat sistem... jadi urusetia aja.. boleh aja aku bagi commitment.. ini tidak... tengok programmer kanan yang lain.. takdelah pulak sibuk buat sistem sorang2... jadi urusetia projek2 besar pun tak de jugak.... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..... bengangnya...


yang lebih menyakitkan hati... yang menilai aku bukannya orang yang bagi kerja remeh2 kat aku ni... bukannya orang yang deal dengan aku pasal sistem yang tengah aku develop ni... orang lain pulak yang menilai aku.. dia bukannya monitor pun apa yang aku buat... last2 markah prestasi aku ntah hapa2... sapa yang tak hangen... tension woooooooooooooo....


macam mana aku nak boikot ni haaaaaaaaaaaa????????????????


cadangan kami sekumpulan programmer nak wujudkan satu kumpulan development di bangkang ler pulak oleh sekumpulan pegawai atasan yang tak reti bahasa!!! lantak koranglah... kalau kami tak siapkan sistem atau apa2 kerja dalam masa yang ditetapkan.. siaplah dengan alasan2 kami yang munasabah tu!!!


waktu tengah balik.. nunggu hubby tersayang... egeggegegegeg... sajer nak lepaskan tension...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah