Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

RAYA-RAYA STORY..

Nak story pasal hari raya untuk tahun 2007.. tahun ni kami sekeluarga beraya di rumah mertuaku.. Ipoh, Perak...

Malam raya...

Amiera buat pertama kalinya memberanikan diri main bunga api.. bukan main seronok dia.. habis satu batang.. nak main lagi..



Amiera tengah main bunga api dengan sepupunya Kak Long dan Kak Chik..

Hari Raya Pertama..

Seperti tahun-tahun yang sudah.. tema baju raya kami pada tahun ini adalah warna orange.. kaum isteri akan menyiapkan anak2 dan suami bersiap2 untuk sembahyang raya.. selesai sembahyang raya dan menikmati jamuan raya.. kami pun bersalam-salaman.. bermaaf-maafan.. tak terkecuali anak2 ler yang seronok.. collect duit raya..


posing sikit ngan kerusi umah atuk..



ngan sepupu yang pipinya tembam.. Damia Nur Irdina


Gambar-gambar sekeluarga..


Dari kiri adik bongsu, abah, mak dan adik perempuan bongsu..



Keluarga abang sulong.. produktif sungguh..
dari kiri kak Ngah, Kak Chik, Abg Cha, Insyirah, Kak Qiara, Imran dan Kak Long..



keluarga kak Ty, Abg Nuar dan anak-anak.. Haqim yang semangat dan Mukhriz yang cute..


oppssss... silap tu..



me, my hubby and my little princess.. Amiera.. masam jerk muka..



keluarga Ana, Syam dan anak-anak tersayang.. ALONG dan Damia..



along sedang memerhatikan atuk keluarkan duit raya..



jom kita serang...



yeye...yeye.. dapat duit raya.. seronoknya along..


mintak ampun.. mintak maaf.. halalkan makan minum yer bang..



mama.. Amiera mintak ampun yer...



on the way nak ke rumah sanak sedara...

selesai sahaja bermaaf-maafan kami sekeluarga berhari raya di rumah sanak sedara di sekitar Ipoh...



Hari Raya Kedua..

Pada hari raya kedua ini.. kami sekeluarga telah dijemput oleh Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan dan Industri selaku Ahli Parlimen Tambun, Datuk Husni ke rumah terbukanya di Tambun..

seperti biasa sebelum berangkat kami sekeluarga snap2 picture untuk kenangan...



baju raya kedua kali ni.. my favourite color ler.. maroon..



Amiera dengan semua sepupunya..



bila nak pergi ni...


gambar2 sekitar majlis open house Datuk Husni








selesai menjamu selera, Amiera dan sepupunya bermain buaian di padang berdekatan..



Amiera takut-takut dan malu-malu..


seronok sungguh Hakim..

pada sebelah petangnya.. aku dan kakak ipar menolong ibu mertua menyiapkan mee kari... belum pun habis siap.. sedara mara dah datang.. kelam kabut jugaklah kami menyiapkan... hehehhehe...

pada sebelah malamnya pulaks... aku, hubby, Amiera, adik pompuan hubbyku dan keluarga ayah sedara hubbyku beraya di rumah besannya... Amiera yang sedang tidur terpaksa dikejutkan sebab permintaan keluarga ayah sedara hubbyku untuk beraya bersama mereka


masih mamai..




muka sedih lepas kena tegur ngan Mak Tihnya...


makan time... spaghetti bolognise versi asia... nyumph2.. pedasss... kesian hubby ku.. not his taste..



Hari Raya Ketiga

Aktiviti hari raya ketiga pulaks... kami sekeluarga berhari raya di rumah saudara mara di Trolak, Bidor dan Bikam... penat memang penat tapi seronok...


Amiera jeles papa dia dukung Mukhriz..



Mundar-mandir..


Amiera dengan one of baju raya... i loves this one..



oooo.. banyaknya barang2...


masing-masing sedang sibuk mengemas barang especially keperluan anak2 kecil...



Hari Raya Keempat (Back to Mantin)

Kami bertolak dari Ipoh dalam pukul 11 pagi... Nak dijadikan ceritanya... perjalanan yang serba indah.. jalan yang clear.. tiba-tiba.. sampai di Slim... kami terdengar bunyi yang kuat dari belakang kereta... bila diamati.. rupa2nya bunyi dari ekzos kereta... pesal pulaks ni...


papa yang serius...


macam-macam hal...

kami meneruskan jugak perjalanan dengan bunyi yang kuat tu.. setibanya di Perhentian El-Mina di Rawang Selatan... sah memang sah.. ekzos kereta kami dah tercabut.. ntah kat mana ditinggalkan... nak story sikit pasal Amiera... masa mamanya tengah ambil wuduk dia pun tak ketinggalan nak ambik jugak... masa mamanya nak solat ... dia pun nak solat sama.. tapi malangnya takde telekung yang sesuai untuk dia.. bila dalam surau tu dah takde orang dan mama dia pun dah habis solat... dia pun nak jugak solat.. diambilnya telekung yang sedia ada dan terus solat.. syahdu tengok dia... moga jadi anak yang solehah yer... antara aksi masa solat..


tengah baca doa..


tgh sujud... menakutkan ler pulaks..


bagi salam...pandainya anak mama ni..

selesai solat dan makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke kampung halaman ku tercinta...

Sampai di Nilai kami berhenti mencari kedai baiki ekzos kereta.. alhamdulillah... selamat semuanya.. kopak jugak duit ratus2..



Ada sajer aktiviti Amiera ni.. tak duduk diam..


tinggal kenangan... bekas ekzos yang tinggal..

sampai di Mantin... kami berehat ler dulu... keesokannya kami berhari raya di rumah sanak sedara di sekitar Mantin dan Nilai.. perancangan nak beraya di Banting dibatalkan.. calling.. calling si Saipul tak berangkat2... hish..hish...

lepas beraya.. malamnya kami pulang ke Putrajaya semula coz my hubby dah start keje keesokannya.. aku pulaks.. kenalah cuti sebab taska Amiera tutup...

my hubby terpaksa ambik EL sebab motor dia problem.. dah seminggu ditinggalkan... ada jugak orang minat ngan motor tu...adeih..adeih.. terpaksalah hubby call kawan opis mintak bantuan..

benda yang paling utama untuk raya ni.. hidangkan dulu kuih2 raya nya...



tugas utama.. bersihkan rumah.. basuh baju.. dan segala macam kerja kat rumah tu... dan Amiera cam biasa.. menyelongkar kotak yang berisi baju2 lama dia... hish2.. tak de keje lain...


aksi dengan bajunya yang pendek..


mama.. cepat kemas rumah..


malamnya pulak adalah sekumpulan budak datang rumah beraya.. tetamu pertama yang datang ke rumah kami... makan apa yang adalah yer dik.. lagipun kami baru aja pulang dari Carrefour Alamanda... tak sempat nak masak apa2... ala... budak2 ni bukannya makan sangat pun... dapat duit.. ok ler tu..






Hari Raya Kelapan..

Kami sekeluarga bersama mak dan abah beraya dirumah abangku di Sg. Buloh Selangor.. dan kemudian kami konvoi ke rumah pakcik dan makcik kami di Ampang, Selangor..


Amiera bersama sepupunya..


Amiera dan Tok Lai.. gelaran keluarga Johor... nenek dipanggil Tok...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah