Exam Pertama Amiera

Actually... semua parents kat tadika Gemilang ni dah jumpa cikgu cikgi 18 hb lepas... memandangkan aku terlalu sibuk sampai takde masa nak update blog...

So.. dalam suasana sejuk membeku kat opis ni dengan deraian hujan kat luar... pergh.. mata aku pun dah hampir kuyu ni... ngantuk sesangat.. nak pulaks pekena sambal udang petai dan gulai lemak pisang lunch tadi... pergh... memang kenyang nak mampos... kalau di hulur bantal ni kompom tidur... nikmat donia tu!! huhu.. kebetulan pulaks bos2 kat sini ada meeting kat PICC... so, aku pun leh ler update blog sikit.. mana2 yg tak terstory sebelum ni...

kay lah... berbalik kisah perjumpaan dengan cikgu tadika Gemilang tu... aku respect ler ngan teacher yang explain pasal perkembangan anak2 kita ni... berabuk speaking.. aku nak membalas balik cakap dia pun dah terkelu nak berkata2... hampeh tul!

so, far as rumusan pada keterangan teacher Amiera yang panjang lebar tu... Amiera ni katanya shy but naughty... suka2 hati dia jerk nak kata Amiera ni naughty... tapi memang pun... hehehhehe... bab2 malu ni memang... Amiera agak pemalu sikit.. tapi kalau sapa rapat sikit ngan dia... naiklah tocang dia tu... ada ler sikit2 ikut perangai mama dia... aku jugakkkkkkkkkkkk!!!!

Amiera ni agak sukar sikit nak menulis.. apa ke tidaknya... dah ler Amiera ni kidal... jari jemari ni masih halus.. so, agak sukar sikitlah nak menulis.. itu memang diakui oleh teacher dia.. teacher Amiera akan buat pendekatan baru untuk melatih Amiera supaya boleh menulis dengan lancar... pendekatan apa tak tahulah.. hopefully Amiera boleh buat lebih baik yer sayang...

tapi kalau bab2 nyanyi ni memang dia soka sangat! tak tahu ler dia ikut sapa... papa ke??? ahahhahahhahahahah.... selamat aku!!! siap teacher dia suggest Amiera masuk kelas muzik... tak kosa aku nak hantar Amiera ke kelas muzik.. baik aku hantar ke kelas agama.. selamat donia akhirat..

so... ni result yang Amiera dapat masa exam lepas...

1. Sains : 100% (ni yang bangga ni..)

2. Matematik : 97% (bangga gaks..)

3. Bahasa Inggeris : lebih 90% (bangga lagi..)

4. Bahasa Melayu : lebih 90% (mmm... bagus anak mama ni)

5. Pendidikan Islam : lebih 80% (bolehlah.. kalau boleh nak lebih 90% yer sayang)

6. Bahasa Arab : 56% (adoiiii... ini yang malu nak habaq ni... ikut mama dia kot.. tak reti bahasa Arab.. InsyaAllah next exam Amiera buat betul2 yer sayang...)

alhamdulillah... aku sebagai seorang ibu... bersyukur gaks coz ada perubahan jugaks walaupun kalau ikutkan Amiera belum cukup umur 4 tahun... at least ilmu yang dipelajari dapat mendidik dia menjadi seorang anak yang solehah dan berguna kepada agama, bangsa dan negara... itu antara doa2 ku everyday... aminnnnnnnnn...


4 omelan:

that`s girl :)) said...

salam kenal :) hi sis, tahniah buat amiera ye... sokaaa tgk adik2 dpt keputusan best2..... uwaaa, da msuk sekolah menengah nie, makin lemah lak result sy.... adeiii

Faina Arisya said...

that's girl...
salam kenal juga dari kakak... takpe.. dugaan sekolah menengah ni memang besar.. moga dapat ditempuh dengan penuh kesabaran yer.. moga adik success dalam bidang yang bakal adik ceburi.. aminnnn...

zareina said...

alahamdulilah... bijak amiera like papa n mama nyer..
doa aunty semuga amiera menjadi anak yg tahu mencari kebahagian dunia akhirat..
Amin...

Faina Arisya said...

zareina..

insyaAllah.. moga Amiera jadi anak yg solehah.. aminnnn..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty