Proses Tampal Decal

Atas permintaan Kak Noris untuk belajar cara2 nak tampal decal.. so, aku wat n3 ni khusus untuk semua peminat english style... teknik2 ni aku tulis berdasarkan apa yang telah aku buat yer..

Uols tahu ke apa tu decal??? decal ni macam sticker laaa.. senang faham.. decal ni boleh di tampal pada seramik, porselin, kayu dan plastik.. kat tempat lain pun boleh kot.. tak pernah try lagi.. tapi make sure jangan terkena air.. kalau tak rosaklah decal tu... teknik saya ni hanya untuk barang2 perhiasan aja.. yg decal pada bekas minuman macam VANTAGE tu.. diorang dah bakar dan varnish siap2.. sebab tu decal melekat dengan cantiknya.. kena air pun tak de masalah.. teknik2 diorang tu saya tak tahu... huhuhu..

Decal pada item ni dah lama saya buat.. saya show proses aja yer.. item yang menjadi mangsa decal saya ialah lilin, utensils dan wall cabinet...



BAHAN-BAHAN


1. 3 lilin wangi...


2. Utensils.. beli kat KK Home Deco..


3. Wall cabinet yang dibeli dari KK Home Deco gak..


4. Beberapa keping decal bergantung kepada saiz item yang nak di decal kan..

5. Sepinggan air suam.. janganlah penuh sangat.. yg sedang2 aja... ahaks..

6. Seberapa banyak tisu... saya guna tisu jerk... sepatutnya ada spounge yang sesuai untuk tampal decal ni..



PROSES MEN 'DECAL'

1. Pastikan design yang macam mana untuk tampal decal pada item2 tersebut... memanjang ke.. menyerong ke.. terpulang kepada citarasa masing2.. nak tiru design saya pun boleh.. saya wat yang simple mimple jerk... uols lagi kreatip kan..

2. Masukkan decal ke dalam air suam tadi... pastikan air tu sentiasa suam yer.. jgn bagi sejuk.. nanti kertas pada decal tak boleh tanggal.. rendam dalam beberapa minit sampai kertas kat belakang decal tu keluar sendiri.. kalau tak keluar jugak.. kadang2 decal ni degil.. kita leh tanggalkan secara perlahan2..



3. Bila kertas tu dah tanggal, decal pun dah jadik transparent... tampalkan terus pada item tadi..

4. Lepas tampal tu... lapkan dengan tisu perlahan2.. kasi sentuhan manja gitu... ahaks.. kalau ganazzzz.. nanti decal koyak pulaks... rugi oooo.. lap sehingga betul2 kering dan tidak ada gelembung atau ruang udara pada decal tadi... kalau tak decal tu akan menggerutu bila dah kering..

5. Ulang proses No. 2 - No. 4 sampai decal habis..

AMARAN : Jangan tampal semua decal pada item serentak.. kononnya nak habis cepat.. tak bleh lorrr.. buat satu demi satu.. biar lambat.. asal cantik.. kena banyak bersabar yer..


HASIL ITEM YANG TELAH DI DECAL


lilin yang di decal dengan pelbagai jenis decal..


decal ditampal di belakang perkataan 'utensils'


pandangan dari depan wall cabinet yg di decal..


close up belah tepi..

rasanya setakat ni jelah kot.. untuk item2 lain yg saya dah decal kan.. leh klik kat Label "Shabby Cottage" atau "Villa Raudhah".

Sebarang pertanyaan leh tanya kat komen.. Insya-Allah saya cuba jawab setakat ilmu yang saya ada... huhuhu..


7 omelan:

N.M.Ibrahim said...

tengok N3 pasal rumah u ni..lagilah buat saya tak sabar nak masuk umah ni..esok nak pi ambik kunci n tempah grill...

Faina Arisya said...

marina dah dapat kunci eh.. bestnya.. nanti buatlah n3 pasal rumah baru yer.. seronok baca pasal rumah baru ni..

Noris said...

faina,

tq byk2..rasanya mcm faham..
kalau tak faham nanti saya tanya lagi..hehehe

azreen said...

cantikla faina...mcm senang je nk buat tp nak kene hati2 kan....biar lambat asal cantik....hehehe

Faina Arisya said...

kak noris..

insyaAllah.. akak boleh buat.. saya ni takde lah pakar sgt.. kalau bab2 seni ni tanya kat Ogy dan Vogue.. diorang lagi arif.. minat diaorang lebih... hehhehehe..

azreen..

cantikkan.. cuma remeh jer..

PuteriSatu said...

cantiknye Na...decal tu selalu faina beli kat ner ye...? lawanye...tingin nak buat....

Faina Arisya said...

kak puteri..

decal tu beli ngan LindaMetal kat WMC.. banyak gak dia jual.. macam2 design..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty