Villa Raudhah Bermasalah lagi..

Aku bengang sungguh ngan BBN ni ler.. buat kerja main cincai jerk.. uols yang beri rumah under BBN ni.. baik check betul2 rumah korang sebelum tamat tempoh service pembaikan..

Dulu kami pernah report pasal kebocoran dari bilik air atas... diorang just tampal area yang berlubang dengan simen.. lanni bocor lagi.. tak tahu mana pulaks bocornya.. air dah start menitik dari wet kitchen.. walaupun aku dah tutup punca air dari bilik air atas.. tapi air still menitik.. ni yang wat aku risau ni..

Nak masak malam2 pun aku tak berani nak ON lampu.. sebab air tu menitik dari lampu.. bahaya.. karang tak pasal2 kejang aku sorang2 kat dapur.. hiks..


dah buruks aku punya siling... menci tau!!

Selain tu.. dalam surat aduan kami tu.. kami masukkan juga masalah lain macam kesan retakan pada setiap bilik.. dan retakan besar di longkang luar..

Nampak sangat pemaju ni wat keje sambil lewa.. susah sungguh laa nak cari pemaju yang betul2 wat keje.. semuanya nak untung lebih.. ntah bahan murah daripada mana ntah diorang beli..

Pagi tadi.. pekerja BBN datang nak baiki.. mula2 diorang pecahkan longkang yang retak tu.. diorang tampal balik ngan simen.. ingatkan nak sambung betulkan kebocoran.. tup2.. diorang pi makan dulu.. pastu bila datang balik.. diorang kata Sabtu depan diorang sambung keje... huk aloh.. keje sikit.. sabor jelah.. kalau nak wat waktu bekerja.. siapa nak jaga rumah?? kami malas nak ambik cuti semata2 nak tengok diorang wat keje.. membazir jerk.. kalau sehari leh siap takpelah jugak.. takde lah rugi kami ambik cuti... eiiii.. geramnya aku ngan diorang ni..
uols nampak tak kesan retakan tu.. panjang beb!!


5 omelan:

kirana said...

kak faina,
atas dapur tu toilet ek?
kalo toilet rasanya mmg akan ada prob kot lama2..abg ipar sy bgtau..elok pecah tile tu pastu letak apa ntah sbg protection layer tak bg bocor tu..sy pon tak phm..dia tny saye, dev buat tak kat toilet gitu..sy kata mana la tau..tgu ada bocor la kot baru tau


pss kuar tajuk sket..dulu wat kduri masak sidri ker catering?

Faina Arisya said...

ana..

kat atas dapur tu memang toilet.. tu aaa ingat nak suh diorang pecahkan balik tiles.. wat apa yg patut.. kita sebagai pembeli manalah kita tahu kan bab2 ni.. lainlah kalau kita kerja kontraktor.. ada sorang jiran kat sini dia keje kontraktor.. dia dah siap maki manager BBN tu.. wat keje tak betul..

aritu wat housewarming, kak ina ambik catering jerk.. malas la nak masak..

N.M.Ibrahim said...

lina...memang tension kalau umah baru dah start retak sana sini..rasanye skrg ni susah dah nak dpt rumah yg benar2 kualiti mcm umah2 tahun 80 an dulu..harga aje yg tak pernah turun

PuteriSatu said...

BBN wat keje cincai ek...??? hish..haru ni na...haru... umah akak nanti ntah apa la plak masalahnye...adoiyaii...

Faina Arisya said...

n.marina..

tu aaa.. rasanya baik kita ada tanah.. pastu kita sendiri yang uruskan dari segi pembelian barang2 dan kita monitor setiap progress pembangunan.. conpom rumah kita takde masalah.. tapi tu aaa.. nak wat sendiri memang susah.. kena lantik consultant kot.. hiks..

kak puteri..

cincai kak oii.. diorang ni wat keje.. byk gak dengar rumah jiran2 yg bermasalah.. ingatkan umah saya jer.. bulan 6 ni dah due.. pasni kalau ada masalah lagi.. sendiri tanggunglah..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty