Kisah Berpantang..

Salam semua.. ada sihat?? cemana pose?? ada yang dah raya dulu ke??

Oklah.. sambung kisah sebelum ni..

Untuk makluman.. berpantang anak ke-2 ni agak mencabar.. kenapa?? sebabnya aku berpantang sendiri.. hanya ditemankan hubby dan Amiera jer.. saja aku nak belajar berpantang sendiri.. kebetulan pulaks.. mak aku memang tak sihat.. MIL pun tak sihat.. lagipun aku pernah berpantang semasa Amiera dulu dan serba sedikit pengalaman lalu mengajar aku..

Bila hubby aku kerja.. aku ngan Amiera je lah.. nasib baik Amiera dah besar dan pandai buat hal dia sendiri.. so, lagi menyenangkan aku.. keje dia pagi petang tengok kartun..

Rutin aku selama 2 minggu ni.. sarapan pagi.. just minum milo ngan roti.. mcm kat spital laks.. pastu si Fateh pun cam faham jer.. ready untuk mandikan dia.. ntahlah.. kalau masa mengandung dulu cam rasa tak confident nak pegang dan mandikan baby.. tapi bila anak dah ada depan mata..semuanya secara automatik kita jadi berani.. lepas mandi bagi dia susu.. kena bagi susu formula.. bagi dia betul2 kenyang.. kalau bagi susu ibu.. memang mengamuk lah dia sebab tak cukup.. hehhehhe.. lepas dapat 2 oz susu.. tidur lah dia selena2nya.. tengahari baru dia jaga..

So, masa dia tengah lena tu.. aku pun dgn aktiviti bertungku.. tak lama pun.. jenuh aku nak kukus tungku tu... kukus punyalah lama.. tapi tungku dia sekejap jer dah sejuk.. aku banyakkan bertungku kat perut sebab perut aku dah buncit daaaa... oh ya.. kali ni aku guna produk Leesa Formula yer..


baunya semerbak bila di kukus..

Lepas bertungku.. aku mandi ler.. mandi ngan air suam yer.. leceh jugak ler berpantang ni.. pas mandi aku kena sapu krim kat tmpt operate, sapu krim halia kat dahi dan bahu sebagai pengganti pilis.. untuk mengelakkan angin masuk..

krim ni sedap bau dia..

pastu aku sapu body contour gel kat perut jer.. untuk mengempiskan perut.. kalau ikutkan kena pakai bengkung tapi aku tak berani.. tak pasal2 terbukak jahitan operate..

gel ni memang panas.. itu baru aku pakai kain batik.. kalau pakai bengkung lagi berbahang perut dibuatnya..

last sekali baru aku sapu minyak panas kat seluruh kaki aku dan semestinya pakai stokin supaya kaki aku tak masuk dek angin..

Lepas siap semua.. kalau time aku rajin aku akan minum cotet emas ni.. faedah dia.. uols cari sendiri dalam laman web Leesa Formula yer..



sedap gaks walaupun tawar..


tablet haruan ni aku makan masa seminggu pertama.. bila kuning Fateh tak hilang2 aku stop kan pengambilan dia.. lepas 2 minggu ni aku sambung makan balik..


tablet perawan ni aku tak makan lagi.. ingat nak start makan jugaks.. rugi ooo beli.. mahal siot..

ok.. settle bab penjagaan diri..

sebelum memasak tu.. aku basuh dulu pakaian baby.. alah senang jer.. tekan2 jer machine tu.. maleh la aku nak basuh ngan tangan..

lepas siap2 semua.. aku pun masak lah untuk menu orang sakit.. just simple sangat.. yg penting cukup khasiat.. pada aku ler.. menu untuk 2 minggu ni aku makan tenggiri masak singgang dan sayur celur.. sayur aku cuma makan bayam dan sawi.. makan masa nasi tengah panas.. kadang2 aku buat bubur jer.. itupun kalau dah boring.. untuk Amiera aku just goreng ikan atau ayam.. kadang2 aku buatkan sup ayam.. kenapa aku tak makan ikan haruan?? haaa... aku ada terbaca mengenai kisah makan ikan haruan dan kesannya ke atas tempat operate.. so, aku rasa was2.. takut effect di kemudian hari.. sebab tu aku cuma telan pil haruan..

petangnya pulaks.. aku just berehat sambil layan internet.. aku sanggup suruh hubby turunkan PC kat tingkat bawah daripada TV... aku sanggup duk berjam2 depan PC dari TV.. hehhehhee.. kalau mengantuk aku tidurlah.. cover tidur malam yang tak cukup.. sepanjang 2 minggu ni aku berumah di tingkat bawah.. tak pernah pun aku naik ke tingkat atas.. takut oooo.. nanti terbuka jahitan kalau aktif sangat..

Urut?? aku tak buat lagi.. ingat nak buat minggu depan..

Dah 2 minggu berlalu.. sakit kat tmpt operate dah takde.. tapi bila tekan2 tu.. masih rasa sakit lagi.. berat aku last sekali masa pregnant dalam 51kg.. lanni dah turun ke 43kg.. cepatnya laaa turun.. agak2nya kalau habis pantang ni mahu jugak turun ke 40kg balik ni.. sodih eh lak aiii..
Aku pun dah berani naik ke tingkat atas.. dah siap pindahkan semua barang2 aku ke tingkat atas.. barang2 baby jer masih kat bawah.. senang sikit nak uruskan dia kat bawah..

Oh ya.. dalam 2 minggu ni sempat lagi aku shopping barang baby.. hehhehe.. yelah kan.. kadang2 bila ke spital nak check jaundis Fateh aku singgah sat kat Manjaku dan PKNS.. hehhehehe.. jgn mare aaaa..

Alhamdulillah.. dah 2 minggu berlalu.. Allah permudahkan segala2nya.. bersyukur yang amat..

Oh ya.. lupa aku nak wish kat member opis aku, Miza yang bersalin pun secara ceaser kat Hosp. Serdang dan dapat baby girl.. semoga selamat berpantang.. pun kena berpantang sendiri lepas MIL dia balik kampung beberapa hari selepas dia bersalin..


3 omelan:

PuteriSatu said...

waah seronoknye orang berpantang ye...ahaks... oh faina tak kasi susu badan ye....? sekarang ni kan trend ibu2 berlumba nak susukan anak dengan susu badan...

Faina Arisya said...

kak puteri..

bagi jugak susu badan.. cuma susu formula kena bagi gaks sebab susu badan tak cukup.. mengamuk anak saya tu..

syalinda said...

kak ina, tahniah, dah dapat sepasang dah.hehehee..comel baby

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty