Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Last Minute Shopping..

Kata tak nak shopping dahh.. tapi tu lah kan.. naluri kewanitaan aku ni memang kuat bershopping..

Ada jugak last minute nya.. hehhehehe..

Selasa lepas.. hubby ajak pi Warta.. aku plan pergi hari Rabu sebab aku ada post natal check kat AnNur..

Dah alang2 hubby ajak.. aku ON jer.. hubby sampai rumah dalam kul 5.30.. so, bergegas ler kami ke Warta.. hehehhhe.. aku bukannya nak beli apa pun.. nak cari brooch jer.. brooch aku yang kecik2 banyak hilang.. hubby pulaks plan nak cari Jersi.. tapi malangnya kedai Cina tu tutup..

Bila bawak si Fateh ni.. salesgirl kat kedai brooch tu dari Indonesia.. dia tegur.. alahai keciknya.. berapa bulan ni.. aku cakaplah baru 3 minggu... hehehehe.. siap dia cakap yang kalau kat Indonesia memang tak boleh keluar kalau masih dalam pantang tapi kat Malaysia ni macam dah biasa.. itu katanya.. siap bisik2 kat aku.. yang aku tak pose.. cisss... aku senyum jelah..

Selain brooch.. aku jugak ada beli handbag secara online.. memang dah lama teringin nak beli... tak mahal sangat dan tak murah sangat.. sedang2 aja.. replica Bag Grade AAA.. oklah.. dari nak beli yang original.. ribu riban gaks.. mana nak cekau..


cantik tak?? kalau uols berminat leh pergi ke website tu.. macam2 jenis brand dia jual.. offer sale sampai esok jer..

Oh ya.. tudung ala Ariani untuk Amiera dah sampai.. boleh lah.. murah jer pun.. jom tengok Amiera pakai..


tudung ni aku suker.. murah jer.. leh dapat RM9.. awning lembut..


tudung ni mahal sikit.. bleh dapat RM15.. awning keras..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah