Majlis Konvokesyen My Hubby

Hari ni... tercatat sejarah dalam kehidupan hubby aku.. impian dia telah menjadi kenyataan.. setelah 4 tahun berhempas pulas.. pelbagai dugaan.. rintangan.. masa.. kerja.. pengorbanan.. segala2nya.. akhirnya Allah makbulkan doanya.. segulung ijazah..

Bertempat di PWTC.. gah di tengah2 bandaraya KL.. acara penganugerahan diadakan..

Turn hubby aku belah petang.. so takdelah kami terkejar2 nak ke PWTC..

Ayah dan mak hubby aku masuk ke Dewan Merdeka untuk menyaksikan anak mereka menerima ijazah.. aku ngan SIL lepak jer kat luar.. ingatkan leh tengok acara kat luar tapi sayang.. satu skrin pun takde.. apa daaa.. masa aku kat Uitm dulu.. adalah jugak skrin besar disediakan untuk tetamu yang tidak masuk ke dalam dewan..

Oklah.. aku pun tak nak citer banyak.. mata sudah ngantuk.. esok mau kerja.. layan gambar jelah yer..




berdebar2 ni wei..


posing dulu sebelum masuk dewan..


bersama ayahanda..


bersama bonda..


bersama aku ngan Amiera..


bersama adik..


kad jemputan untuk masuk ke dewan..

Lepas para graduan masuk ke dewan.. aku ngan SIL dan anak2 masing2.. pi cari bunga.. bunga yang dijual kat dalam PWTC.. mahal nak mampos.. sejambak tu RM40 - RM80.. yang RM30 pun.. alahai.. ciput jer bunga dia.. teddy bear yang kecil2 pun takde.. bunga semata2.. aku kalau boleh nak lah beli yang ada bear tu.. adalah gak kenangan sampai bila2.. kalau setakat bunga jer.. esok lusa layu ler tu.. nak tak nak terpaksalah tanya kat sorang brother ni.. rupa2nya kat luar bangunan tu punyalah ramai orang menjual.. cantik2 dan murah2 laks tu.. aku ngan Amiera pi beli bunga.. SIL ngan anak2 jaga barang.. tengah nak melintas tu.. hujan renyai lah pulaks.. nak tak nak.. redah je lah.. tak leh memilih lama2.. hujan makin lebat..


ni hadiah aku ler yang bagi.. utk hubby terchenta lah kan.. 3 kuntum red rose.. ada makna tu!! bungkusan tu kenalah cari warna yg sesuai ngan jiwa lelaki.. kang beli merah ke pink.. maunnya hubby aku reject!!


ni hadiah dari kak Tanty.. kakak hubby aku.. dia tak dapat hadir.. so, aku mewakilkan dia untuk cari hadiah ni.. cantik tak kak Ty.. siap ada kad tau.. comel jerk..

Lepas tu.. kami pi The Mall pi cari kedai makan.. lapo siot.. kesian hubby, MIL ngan FIL.. diorang tak sempat lunch pun.. mesti lapar kat dalam tu.. so, aku tapau kan diorang burger McD..

Sambil menunggu sampai majlis tu tamat.. kami lepak2 kat ruang legar.. Amiera ngan sepupu dia main2 jelah keje nya..


Amiera, Along dan Damia..

Sebelum majlis tamat.. MIL dan FIL aku pun kuar dulu.. tak larat nunggu lama2 dalam dewan.. dahlah sejuk ngan laparnya.. setengah jam selepas diorang kuar.. majlis pun tamat..

Bila dapat jer bunga.. hubby aku terkejut gak ler.. malu pun ada.. bunga untuk pompuan sesuai lah katanya.. kot yer nak beli.. satu udahlah katanya.. hehehhe... nak tak nak kenalah terima.. dah orang nak bagi... lepas tu kami pi Bilik Selangor untuk ambik gambar studio.. ada promosi.. gambar saiz 11R dan 8R dan 4 kpg 4R.. penghantaran percuma.. pakej RM160.. harga asal RM250.. oklah dari takde.. lagipun bila lagi nak bergambar dengan family time konvo ni.. duit leh cari.. kenangan??

Sambil menunggu.. hubby aku isi perut dahulu.. sian dia..


posing dulu kat luar bilik..

Lepas habis tangkap gambar kat studio.. kami pi kat pintu masuk ke dewan untuk ambik gambar kenangan.. layan jelah yer..





cuba cari perbezaan dan persamaan antara dua gambar ni..


buku senarai nama graduan..


buku untuk tetamu dalam dewan..


2 omelan:

Kebod's Family said...

Setinggi2 tahniah tuk hubby kak ina + kak ina sekeluarga....

berbaloi pengorbanan selama 4 tahun...:)

sanibagus said...

Congratulation Bro..

Fr : Sani 190

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (49) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty