Uols mesti faham kan makna peribahasa ni..
Itu lah yang terjadi pada Fateh.. kesian dia.. rasa bersalah yang amat.. maafkan mama yer sayang... huhuhu..
Pukul 12.30 malam semalam.. Fateh start meragam.. bagi susu tak mahu.. menangis jer.. bila aku check perut dia.. rasanya dia kembung.. so, aku dukung dia bagi dia rasa selesa.. tapi still merengek.. kejut hubby minta ambikkan minyak yuyi.. lepas sapu.. still tak berebti nangis.. kami bergilir2 dukung dia.. then bila dia batuk2.. aku rasa something.. macam ada benda kat tekak dia yang buat dia tak selesa... aku tepuk belakang Fateh.. masih tak kurang2... bagi ubat batuk berkahak pulaks.. cam biasa.. bila dah tak selesa ni memang susah sikit nak telan ubat... bila dia masih menangis.. aku bagi dia ubat kembung perut... aku dah rasa lain macam bila Fateh memandang kat satu tempat.. then dia menangis lagi.. aku dah seriau.. mintak hubby laung azan or something yang sepatutnya.. lama2 dia lena..
Pukul 2 lebih dia menjerit balik... aaaa.. sudah.. aku rasa badan dia dah panas... sah demam!! kelam kabut aku pi ambik ubat demam.. lepas bagi ubat.. minum susu sikit.. alhamdulillah lena balik sampai kul 6 lebih.. nasib baik hari ni cuti.. kalau tak terpaksa aku EL..
Kali ni dia tak merengek sangat.. mungkin panas dia dah kurang.. bagi susu tidur balik.. tapi aku masih rasa panas kat badan dia..
Malang lagi... dah lah dalam keadaan yang tak sihat.. masa aku nak mandi kan dia.. aku nak siapkan air mandian dia.. aku minta Amiera tolong jaga adik dia.. takut jatuh.. yelah dah 5 bulan ni lasak sikit.. tak sampai 2 minit.. dia dah menjerit.. Ya Allah... dah jatuh katil... menggigil aku siot.. tengok si kakak tgh khusyuk main berpaling ke arah lain.. bila aku tanya.. dia kata bukan Amiera buat.. memang lah aku tak tuduh dia.. aku cuma mintak dia tolong jaga adik sekejap aja.. kelam kabut aku dukung Fateh tenteramkan dia.. sambil panggil hubby yang nak baru nak kuar rumah.. memang gamat giler.. si Amiera kena marah ngan hubby... kalau ikutkan bukan salah Amiera.. dia masih budak lagi.. bukannya tahu apa pun.. kami sebagai ibu bapa yang bersalah sebenarnya dalam hal ni.. jgn terlalu harapkan anak lain menjadi adik mereka.. memang aku rasa bersalah sangat..
Masa Amiera dulu.. langsung tak pernah jatuh katil.. aku memang seboleh2nya jaga mereka betul2.. tapi tu lah kan... dah ketentuan Ilahi.. Fateh akan jatuh katil pada usia 5 bulan..
Pengajaran dari kisah ni.. jagalah anak anda walau di mana dia berada.. especially di atas katil.. banyak sangat kes jatuh katil ni berlaku..
Di sebabkan risau yang amat.. aku search kat cik google tentang kesan ke atas bayi yang jatuh katil.. dan aku terjumpa satu blog ni.. terima kasih kepada ibu runsing yang tanya soalan ni..
Doktor,Baru-baru ini anak saya yang berusia lima bulan terjatuh dari katil yang agak tinggi dalam keadaan terlentang di lantai papan. Apabila terjatuh bayi saya itu hanya menangis sekejap dan sedikit terkejut. Saya khuatir berlakunya gegaran otak atau kecederaan dalam otaknya.Setakat ini, bayi saya tidak mengalami muntah atau menangis tidak berhenti, malah keadaan bayi saya seperti biasa. Adakah kemungkinan bayi saya akan mengalami keadaan fizikal dan mental pada masa akan datang?Perlukah saya membawanya berjumpa doktor pakar. Apakah amalan pengambilan zat kalsium dapat mengurangkan risiko gegaran dan kecederaan pada otak? Soalan saya apa yang boleh menyebabkan gegaran dan kecederaan pada otak bayi? Adakah semestinya setiap kali kepala terhentak akan menyebabkan perkara tersebut?– Ibu Runsinguntuk jawapan leh klik kat blog ni ya..
http://serikasih.blogspot.com/2008/07/bayi-terjatuh-katil.htmlsatu lagi laman blog yang menarik ialah.. ada juga isu berkaitan jatuh katil ni.. selain tu ada jugak informasi2 menarik untuk pengetahun ibu bapa.. sgt bagus..
http://drsaiful.blogspot.com/
Comments
tu lah harap2 fateh takde apa2.. terima kasih atas semua nasihat uols..