Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Peraduan Mewarna Kelab Nuri

Sabtu lepas ada peraduan mewarna anjuran kelab Nuri Bank Rakyat..

Pada mulanya kami tak tahu menahu pun ada peraduan ni.. tak dapat surat pun.. kebetulan pi bank rakyat kat Nilai nak bank in duit anak2.. nampak iklan.. so, saje nak dedahkan Amiera ngan peraduan2 camni.. alang2 memang nak masuk duit.. automatik layak masuk peraduan..

Seawal jam 8 pagi kami dah sampai kat dewan majlis perbandaran Nilai..

Ramai siot yang datang.. peraduan ada 3 kategori.. umur 4-6 tahun, 7-9 tahun dan 10 - 12 tahun kalau tak silap aku..

Masa mendaftar dapatlah gift berupa beg, T-Shirt, color dan sehelai gambar untuk di warnakan.. di samping tu anak dan ibu bapa dibekalkan makanan tajaan Ayamas..

Selain peraduan mewarna.. ada juga peraduan untuk ibu bapa dan anak2 seperti kuiz, permainan dart, gubahan bunga dan PS2 kalau tak silap.. hubby aku join dart.. aku join jaga anak2.. hehehhe.. sapa nak jaga Fateh kalau aku masuk bertanding..

Masa nak ambil tempat, aku suh Amiera duk tepi sekali sebab aku tahu dia ni pemalu dan penakut sikit.. so, senang aku nak monitor kalau duk tepi sekali.. nasib baik.. sebab ibu bapa tidak dibenarkan duduk sekali ngan anak2..


muka malu2.. debar2 pun ada kot.. aku jauh sikit dari dia jer.. Amiera dah gelabah suh duk sebelah dia..



mascot Ayamas..


mascot Nuri.. suh Amiera salam dan bergambar.. tak mau dia.. penakut sungguh..

Mula2 melukis tu Amiera oklahh.. lama2 dia bosan.. color pun cincai boncai.. skill semua main hantam jer.. aku tegur sikit dia dah marah.. last2 give up..


peraduan bermula..


pelbagai ragam anak2 4 - 6 tahun.. ada jugak yg terus lari ntah ke mana..


macam2 gaya.. Amiera jer maintain duduk.. awatlah malu sangat..


hasil mewarna.. bolehlah.. kena gilap lagi bakat mewarna..


Fateh baik jer duk dalam stroller.. yg penting ada something kat tangan dia..

Hubby pulaks kalah pada pusingan ketiga.. tak fokus lah tu.. dok fikir pekerja warga Indonesia kat rumah.. hiks.. bukan maid aaaa.. tapi orang tengah baiki rumah.. hehehhe..


teka kuiz.. hadiah berupa puzzle.. Amiera beria2 nak puzzle.. mana boleh.. kenalah jawab kuiz baru leh dapat.. ada ke dia suh aku yg jawab.. manyak cantik!!

Belum habis aktiviti kami balik.. hubby ada urusan lain.. lagipun confirm tak menang punya.. hehehhe..


muka tak puas hati sebab tak dapat puzzle.. hehhee..

Keseluruhan program memang menarik di samping cenderahati dan hadiah yg ditawarkan.. kalau ada program lagi memang kami akan turut serta sebab nak bagi pendedahan kepada Amiera.. nak motivate Amiera jadi berani..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah