Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Riadah @ Melaka Wonderlands

Seperti yang dirancangkan... kami sekeluarga bersama-sama mak abah aku menghabiskan cuti minggu di Melaka...

Bukan senang tau nak bawak mak aku pi jalan2.. dia bukannya gemar sesangat.. nak2 pulaks kalau pi bermalam.. confirm dia akan reject awal2.. abang aku pernah ajak gi jalan2 ke Sabah bah.. tak maunnya dia.. sebab tu kalau nak ajak dia.. ajaklah ke tempat yang dekat2 sajork! InsyaAllah.. kalau takde aral dia akan ikut.. satu kepuasan pada aku bila mak aku nak pergi.. bolehlah jugak dia nak release tension dia..

Tempat yang mula2 dituju semestinya Melaka Wonderlands.. dokek yo!! kalau dari Nilai boleh sampai sana dalam sejam setengah.. itupun kalau bawak 100km sejam.. kalau pecut boleh sampai lagi awal.. sepanjang perjalanan ke Melaka.. ada 5 kemalangan setiap 100 - 200 meter.. satu kemalangan tu adalah melibatkan 4 - 5 kereta.. pergh.. risau gaks.. lagipun time tu sekejap hujan lebat.. sekejap berenti..

Alhamdulillah.. kami sampai jua ke Melaka Wonderlands.. simpang ke kanan sebelum ke zoo Melaka.. besar jugaks kawasan dia.. aku rasa baru diteroka.. tengok sekeliling masih hutan dan ada pembinaan masih dilakukan..

Tiket nak masuk kalau time cuti.. dewasa RM30, kanak2 RM25, warga emas RM15.. oklah kot.. sebab mainan air yang disediakan memang banyak.. yang rugi aku ler sebab aku takut nak main yg extrem2 ni..

Oklah.. kita layan gambar sambil aku berstory-mory..

sampai2 harus ambik gambar dulu.. cuaca dah gelap.. hujan akan turun bila2 masa jer..

nasib baik tak ramai sangat orang yg datang.. tapi kalau time cuti sekolah ni confirm sesak..

apa ke ntah nama maskot.. see.. mana ada Amiera bergambar sekali.. takut nak mampos!

Amiera cakap maskot tu pakai pampers!

view yang cantik..

seronoknya dia dapat mandi..

takut sebab ombak dah mengganas.. hehehhe..

cam real jerk gambar ombak kat belakang tu.. 

ini budak tak mau mandi lama2.. bila aku dukung jer.. terus melekat.. 

menahan sejuk.. 

ni permainan kat atas.. kat atas lagi pun ada.. tapi aku tak pi.. maleh laaa..

pas makan duk lah dia kat kerusi ni.. ajak mandi tak mau! 
oh ya.. sebut pasal makan ni.. kami makanlah kat kedai yang berhampiran.. kalau uols nak makan.. better ler order set nugget ngan french fries tu.. nasi ayam dia kureng.. ikut tekak aku ler!! tak berbaloi ngan harga yang di jual.. makanan dari luar tidak dibenarkan ya..

kami keluar dalam kul 2 lebih.. hujan turun sekejap lebat sekejap gerimis.. so, kami tak mau nanti demam pulaks.. so, decide keluar awal.. dalam kul 2 lebih kami keluar..

 mak abah bergambar kenangan dalam gerimis ni..

uols nak tau ke mana kami selepas ni.. tunggu next n3 ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah