Semalam hujan lebat kan..
Aku cam biasa kuar opis.. tengok cuaca 50-50 jer.. sebelah cerah.. sebelah gelap. so, aku pun tak bawaklah payung.. sebab hari sebelum tu cuaca mendung tapi tak hujan pun..
Dapat pulak naik bas terus.. bila sampai jer bulatan kat area rumah aku.. hujan dah mula turun.. lama2 makin lebat.. adoiii laaa... bila tak bawak payung.. time tu ler nak hujan.. tapi aku tak salahkan hujan.. sebab walau dalam apa keadaan sekalipun.. aku kena sentiasa bersiap sedia.. so padan lah muko aku ni!
Sampai kat stesen bas.. dah ramai yang menunggu dalam kesejukan.. termasuklah sedara2 kita dari seberang..
Aku terperasan sorang adik ni.. memang cun ler.. free hair lagik.. ala2 chinese look gitu..
Aku kalau hujan dah agak reda sket.. memang aku nak redah jerk.. rumah dah seberang jalan.. tetiba adik tu diri sebelah aku.. dlm firasat aku.. dia pun nak redah sekali kot.. tapi hujan makin lebat.. so, tak jadiklah aku nak redah.. dia pun sama..
Ntah macam mana.. dalam hujan yg lebat tu.. ada satu kereta kancil berenti.. aku ingatkan member dia ke apa.. sebab tadi asyik ber-calling2.. bila orang tu turunkan tingkap.. dok usha2 adik tu.. ajak naik kereta.. konon2 dia nak hantarkan lah.. adik tu mungkin perasan orang tu panggil dia.. terus dia geleng2 kepala.. aku gelak jer.. kelakar siot.. standard lah kan.. orang dah lawa.. sesapa jer sanggup berenti menolong.. tapi pada aku.. tak kira sapalah kan.. cantik ke tidak.. kalau aku memang aku tak akan naik.. cari na'as ler namanya.. dari basah kesejukan hujan dan jadi basah lain pulak kang... hwa..hwa..hwa.. no..no..no..
Bagus tindakan adik tu.. walau susah macam mana sekali pun.. jangan terlalu mudah percaya dengan orang.. sebab dalam dunia ni macam2 orang.. kita tak tahu hati masing2..
Bila hujan semakin lebat dengan tempias2 bagai.. aku pun masuk ke dalam sket.. adik tu pun ikut sekali.. hehehhehe.. dia pun naik risau gaks sebab sedara2 kita seberang jalan tu pun dok perhati dia.. sian jugak kan jadik orang cantik ni.. tak selamat di mana2 sahaja.. itulah sebab Islam suruh kita bertudung dan berpurdah jika kecantikan kita boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini..
pics dari iluvislam.com
Alhamdulillah.. hampir 20 minit aku menunggu.. hujan reda sedikit.. so cepat2 aku toleh kanan.. toleh kiri.. lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... si adik tu pun follow aku dari belakang... hehehhehhehhe.. kelakar lah adik ni.. dia macam tak confident sendiri.. agak2nya kalau aku redah gak time hujan lebat giler tu.. dia pun redah sekali..
Nasib baik sepanjang nak ke rumah aku tu.. ada bangunan2 lain.. so, aku menyelinap di sebalik parking2 kereta.. sampai kat parking kereta kawasan rumah aku.. tetiba aku terdengar bunyi... PON.. PON.. PON.. PON..PON.. PON.. PON.. pastu berenti.. aiiitt.. kereta sapa yerk.. bunyi cam kenal jer.. cepat2 aku pakai spek.. lor... kereta aku rupanya yg berbunyi.. ni mesti kes petir yang kuat berdentum..
Cepat2 aku lari2 anak.. bukak kereta ambik payung.. nak pi ambik Fateh.. happy Fateh nengok aku sampai.. bila nak redah hujan tu.. Fateh punyalah takut.. di peluknya aku kuat2.. mungkin bunyi hujan tu menakutkan dia..
Moral of the story.. sediakan payung sebelum hujan!
Comments
betul.. betul.. betul..