Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Demam Exam??

Khamis lepas.. sorry lambat wat n3 coz sibuk yg amat kat opis.. pastu blogspot kan ada masalah tempohari.. cuti2 ni ler ada masa nak update.. ni pun ada beberapa n3 aku auto publish.. kat opis sibuk maaa.. ada satu sistem nak kena develop semula.. untung jadi vendor tu.. buat sistem tapi tak leh diguna 100%.. last2 kami yang bodo2 ni ler kena buat balik.. per kes??

Back to story asal.. petang Khamis.. Amiera demam.. walhal after perjumpaan kami ngan guru2 Linus tu.. bukan main aktif dia.. siap kami yg hantar dia ke sekolah agama.. tahu2 petang tu dia dah lembik.. dah takde suara.. panas memang tak hengat!!
 
Nasib baik ada ubat demam Fateh.. so, aku sumbat jerlah kat mulut dia.. tapi kenalah ikut sukatan umur.. esoknya.. demam still tak kebah2.. last2 kami hantar dia ke klinik.. dr bagi MC.. pastu aku bawak dia ke opis.. sian Amiera.. dahlah opis aku ni sejuk.. tapi nak wat camna.. aku ada keje penting.. lagipun Amiera dah besar.. lainlah Fateh.. nak kena fokus lebih..

Lepas 2 hari telan antibiotik.. demam Amiera dah beransur pulih.. cuma batuk ngan selesema jer masih belum sembuh.. tulah dah lah cuaca tak menentu ni.. sedap2 jer dia menelan ais krim ngan air sejuk.. mulalah aku membebel..

Hari ni Amiera ada exam Math dan BM.. hope dia boleh jawab.. aku risau sangat dengan subjek Math.. aku tau benda tu susah.. tapi kalau dia cepat tangkap.. senang jer.. ni tak.. aku ajar.. boleh dia buat keje lain.. mana lah aku tak hangen!!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah