Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Raya Gift Set

Baru2 ni baca fb.. ada member opis promote tupperware.. alang2 stok ada.. aku pulak malas nak pi beli kat kedai Tupperware walaupun aku ni ahli gaks... so, beli jerlah.. aku berhasrat nak bagi ibu2 sedara belah mak aku kat kampung.. yelah kan..diorang tu pernah jaga aku since aku kecik lagi.. biasanya time2 nak raya ni aku belikan tudung.. kali ni nak kasi lain sket.. mak2 sedara aku tu bukannya orang2 berado!..

Aku ni jenis jarang nak bertandang ke rumah orang kalau takde urusan.. ntahlah memang peel aku camtu.. pak sedara yang dekat sesangat ni pun aku malas nak pi.. segan pun yer.. hehehhehe... time raya baru sibuk nak pi.. apa punya anak sedara daaaaaa... luku kepala sendiri..

Aku bukannya tak ingat diorang.. tetap ingat.. since kecik bersama mereka.. susah senang.. buat biskut raya sama2.. bersahur.. berhari raya bersama2.. kenangan tu tak akan aku lupakan sampai mati.. banyak pengalaman pahit manis.. huhuhuhu.. sob..sob..sob.. sedih ni..

Walaupun aku jarang jengah diorang.. at least kalau aku bagi sesuatu ni.. aku nak diorang tau yang aku tetap ingat kat diorang.. bukannya aku nak menunjuk.. tapi itu salah satu cara aku mengingati diorang..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah