Menangis..

Petang semalam ambik Fateh macam biasa..

Tiba2 salah seorang cikgu kata Fateh ngan sorang budak lagi selalu nanges2... dari pagi sampai petang... lepas Asar dia ok.. dia macam takut2.. kalau cikgu tinggalkan dia.. mesti dia nanges.. nak ikut.. asyik melekat ngan cikgu jerk.. tidur tengahari pun tak nak.. asyik nanges jerk..

Bila cikgu tanya perihal dia kat rumah.. aku cakap.. so far takde pulak nanges2.. kalau kita tinggalkan dia sorang2 memanglah dia nanges.. tapi kalau ada orang.. ok jerk dia..

Biasanya pun en hubby hantar pi taska pagi2.. takde lah pulaks dia nanges2 ke apa.. hmmm...

Korang rasa kenapa eh?? nak kena pi jumpa pakar kanak-kanak or perubatan Islam??



Bila aku dengar cikgu kata dia macam takut2.. naik bulu roma aku.. hehehhehe.. sebab sebelum ni pun aku ada gak perasan.. dulu kalau aku ambik dia.. then sampai rumah bagi dia minum susu.. ngadap citer kartun.. aku leh mandi ngan tenang.. tapi sekarang.. memang susah.. kalau aku mandi.. dia ketuk bilik air tu menangis2.. macam takut tinggal sorang2.. huhuhuhuuhu..

Dan jugaks aku pernah dengar bunyi kuat mcm pintu bilik kena tepuk.. masa tu aku ngan Fateh dalam bilik.. en hubby ngan Amiera takde.. aku ingatkan pintu bilik tertutup dek angin.. tapi pintu ok jerk tak bertutup..aku tengok luar bilik.. takde apa pun.. mungkin khayalan aku.. tapi memang aku curiga.. lepastu dah tak dengar apa dah.. mungkin perasan aku jerk kot..

Selain tu jugaks.. (eiiiiii.. seram gaklah kan... )...

Nak tanya korang2.. rasanya ramai gak mengalaminya.. since aku duk kuarters lama dulu.. pindah kuarters yg baru ni pun sama gak kesnya..

Guli... pernah tak dengar bunyi guli.. sebelum2 ni pernah gak aku dengar bunyi guli.. biasanya dengar waktu malam atau senja.. pernah sekali tu aku dengar lewat tengah malam.. atas bilik rumah aku.. apa kejadahnyalah budak2 main guli tengah2 malam..
  
pics from google..

Dan sekali tu (kalau tak silap aku dlm bulan ni lah..) masa tu dah nak maghrib.. bunyi tu kuat sangat.. bunyi guli melantun2 banyak kali.. aku tak puas hati.. aku slow kan TV.. aku pi jengah kat yard.. nak tengok rumah atas.. ada ke budak main guli kat balkoni.. takde orang pun.. masa aku jengah tu.. bunyi tu kuat dari dalam rumah aku.. hmmmm.. peliks... lagi aku mencari.. lagi kuat bunyinya.. last2 maleh nak layan.. bila aku geram sebab bunyi tak henti2.. aku cakap kat en hubby.. tlg azan sket bang.. en hubby malas nak layan aku.. tak lama kemudian.. azan maghrib pun berkumandang dari surau.. lepas tu bunyi guli tu dah takde dah..

Kemudian baru2 ni.. aku ada nengok citer Flat3A secara online... dalam cerita tu ada kisah budak mati kena bunuh.. dan dalam masa yg sama kalau ada orang terserempak ngan budak tu.. dia tengah main guli.. melantun2 guli tu.. eiiiiiiiiiiiiiiiiii... seramnya...

Untuk pengetahun uols jugak.. aku pernah nonton WHI kalau tak silap aku perihal 'pagar rumah' oleh seorang Ustaz.. dah lama dah.. katanya salah satu tanda ada sesuatu dalam rumah kita adalah bunyi guli.. walaupun katanya bunyi tu seolah2 dari rumah atas.. tapi sebenarnya bunyi tu datangnya dari rumah kita.. wallahualam..

Untuk menguatkan lagi kisah2 tentang guli.. yg pernah dilalui oleh orang lain.. uols bleh search kat google..


4 omelan:

Suraya Baharun said...

sebelum ni umah su pun ade bunyi org main guli padahal umah su atas sekali..ermm..pelik memang pelik tapi pasal guli ni rasanye suma umah ada alami kot...kak ina cuba la ambik air kat darulsyifa untuk pagar umah..su dah try buat alhamdulillah..tak ade la benda2 pelik2 lagi...

Faina Arisya said...

su..

tulah.. byk rumah yg pernah dengar bunyi tu.. mmm.. plan memang nak gi sana jer.. tapi tak tau bila..

emyda said...

umah aku hari2 gak la aku dgr bunyi guli2 ni...kesian afy nak tido susah nyenyak sbb bising...malam2 la aku dgr..entahla,...macam2hal..nak percaya ke tak pun kita buat tak tau jer...on of on of bunyi tue...tak tau la dari umah aku ke umah atas..tapi yg pasti mmg selalu na dgr..

makcik yg jaga afy tu ckp..tanda itu ialah mmg betul ada benda2 tue..aku pun seram gak bila makcik tu ckp betul..

skrg bila dgr jer..aku tak ambik port..siap aku ckp bising la wei!!hahahha..subhanaAllah...

Faina Arisya said...

emyda..

tu aa.. mungkin anak2 dia tgh main kot.. orang kata jangan tegur.. wat derk jerk.. hehhehehe.. seram siot..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (114) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty