Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

SOLD OUT!!

Ingat tak story semalam pasal sekolah Amiera ada wat jualan2..

Balik sekolah terus Amiera menerpa kat aku.. macam2 yang dia cerita.. pastu dia tunjuk duit RM1 ada 5 keping.. soft toys yang dijual semuanya sold out.. mana tak lakunya.. soft toys tu harganya cuma antara 70 sen - 80 sen sajork.. memang lah laku we heii...

Kata Amiera.. kakak2 yang beli.. ada jugak cikgu yang nak beli (aiitttt... cikgu pun nak ambik kesempatan beli soft toy yang murah.. tak aci.. tak aci.. hehhehe..).. tapi malangnya Amiera takde duit kecik nak dipulangkan sebab cikgu tu bagi dia RM10.. mana aku tau cikgu nak beli.. aku ingatkan just budak2 sekolah jerk jual-beli.. that's why aku sediakan duit syiling sebagai duit pulangan.. hehehhe.. memang bukan rezeki cikgu tu nak bagi kat anak dia.. hehhehehe... last2 cikgu tu pergi kat gerai budak2 lain..

Katanya lagi.. ada kawan2 dia jual gula2.. Amiera pun beli.. 10 sen jerk katanya.. ada yang jual mainan.. makanan2.. dan macam2 lagi..

Pastu Amiera beli beg tangan color PINK (pandai juga dia memilih)..


50 sen jerk katanya.. oklah kan.. pastu baki duit yang aku bagi sebagai duit membeli belah.. di belinya kad mainan kat Kedai Buku sekolah dan selebihnya di beli makanan.. habis duit yang aku bagi.. nampak gayanya Amiera ni kuat shopPINK gaks ni.. ikut sapa lah yerk..

klip ni 10 sen jerk..

Katanya lagi.. ada budak2 lelaki mengejek dia sebab jual anak patung.. aku cakaplah.. 'lain kali cakap ngan budak tu.. suka hati saya lah nak jual apa.. yang penting ada orang beli.. sibuk jerk..' .. tapi tulah kan.. mulut Amiera ni ada emas.. 

Tengah layan TV malamnya.. Amiera cakap kat aku.. katanya nak jadi jual-jual.. aku balas balik.. kalau nak meniaga ni mesti kena pandai Matematik.. kena pandai kira-kira.. tambah.. tolak.. seronoklah Mama.. balasnya..

Overall.. aktiviti ni memang bagus sangat dianjurkan oleh sekolah.. dapat memupuk minat anak2 menjadi usahawan.. selain mengenali dunia matawang.. anak2 juga boleh belajar berdikari..

Disamping tu dapatlah kami mengurangkan stok mainan2 yang ada kat rumah... hehehhehehe..

Gambar lupa nak snap.. lepas aku snap nanti.. aku update balik post ni.. tak best lah n3 takde gambar.. tak berseri jerk rasanya..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah