Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Pendaftaran MAFIST

Ahad lepas.. kami ke MAFIST semula sebab nak daftar masuk Amiera bagi sesi persekolah tahun depan.. Yuran keseluruhan termasuk yuran tahunan, bulan Jan, transit Jan, buku dan uniform sebanyak RM465.00. Bagi pelajar2 baru lagi tinggi kosnya kerana melibatkan yuran pendaftaran, deposit dan lain2 yuran yang berkenaan.. kalau tak silap aku masa Amiera mula2 daftar dulu pun dah melebihi RM600..

banner kat depan sekolah..

close-up wajah2 student MAFIST.. Amiera nun terselit kat belakang.. comel budak2nya..

Pada mulanya aku ingatkan just nak daftar jerk.. tapi..



bila aku dengar ada parents yang jumpa cikgu sebab nak ambik report card.. cepat2 aku tanya staff yang bertugas.. memang ada aktiviti pengambilan report card.. macam mana kami tak tau.. dalam surat pendaftaran hanya bagitau tentang aktiviti pendaftaran jerk.. tapi nasib baiklah kan.. at least dapat gak tau apa perkembangan pelajaran Amiera di MAFIST ni..

Memandangkan Ustaz yang jadi guru kelas Amiera tu takde.. so, Ustazah yang gantikan.. tak bestlah sebab Ustazah tu bukan guru kelas Amiera.. dia tak tau perkembangan keseluruhan Amiera.. cuma Ustazah tu puji Amiera sebab suara Amiera kuat masa nasyid semalam.. sempat lagi Ustazah berseloroh.. pasni katanya blehlah dia nak masukkan Amiera dalam kumpulan nasyid.. huuuhhuuu.. kalau yer.. aku setuju sangat2.. sebab aku nak Amiera ada perasaan self-confident..

Bila aku tengok report card Amiera.. agak terkejut jugaks dari segi kedudukan dalam kelas.. sesuatu yang membanggakan kami.. peningkatan yang ketara.. takde satu pun yang dapat C.. cuma dapat A dan B sahaja.. ada 11 subjek iaitu Aqidah - B, Akhlak - A, Sirah - B, Ibadat - B, Jawi - A, Bahasa Arab - B, Math - A, English - A, Amali Solat - A, Kesenian Islam - A, Muqaddam - B.. alhamdulillah.. ada peningkatan compare ngan exam pertengahan tahun.. dapat no 4 dalam kelas.. lagi sket jerk.. kalau tak boleh terima hadiah semalam.. takpe.. usaha lagi tahun depan.. subjek2 yg dapat B tu kena usaha kuat lagi sebab tu subjek core utk UPKK dan UPSRA..

Aku pernah promised ngan Amiera sebelum ni..  kalau exam sekolah Agama ada peningkatan.. akan aku belikan basikal.. huhuhuuuhu.. so, janji kena tunai ok! aku tak ambik kira exam kat sekolah rendah sebab takde peratusan yang khusus..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah