Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Wishlist..

Sebelum tu... yahooooo... aku dah hantar LNPT.. banyak kali gak aku hantar.. dah hantar.. ubah balik.. hehehhehe... tak pasal2 kena marah ngan penyelia karang.. nasib laaa... bertungkus lumus ngan kawan2 nak siapkan dengan line yang very the slow...

Esok hari terakhir bagi tahun 2011.. esok kan cuti.. so, aku nan ado maso nak ngadap PC.. so, maybe ini adalah n3 terakhir aku bagi tahun ni..

Dan semestinya.. bila berbicara soal kemasukan tahun baru... mesti ada impian, harapan dan cita2 yang ingin dilaksanakan...

Sebelum mengupas isu impian di tahun baru.. jom kita review wishlist aku tahun ni.. (actually aku pun dah tak ingat apa wishlist aku tahun ni.. hehehhe...)



Untuk makluman ya, impian tahun 2011 ni alhamdulillah tercapai semuanya..

Antaranya...

1. Water heater color PINK yo..

2. Lappy VAIO color PINK yo..

3. HP Samsung color PINK yo.. (present from my hubby.. padahal tak ada dalam senarai impian utk 2011.. mungkin tahun2 akan datang tapi dah ada orang nak hadiahkan.. ambik jerlah.. rezeki jangan ditolak..)

4. External Hard Disk color PINK yo..

5. Percutian - destinasi spt Melaka, Swiss Garden Lumut, Teluk Intan, Langkawi, Cameron Highlands, Genting Highlands

6. Gambar sekeluarga masa hari raya dulu.. alhamdulillah.. tercapai juga hasrat nak bergambar ngan anak2 dan disemadikan dalam frame yg besar.. frame yg besar sebelum ni hanya gambar kami berdua..

7. En hubby dapat kerja baru yang lebih berdekatan dengan opis aku.. kalau dah namanya kerja baru.. opis baru.. gaji of courselah gaji baru kan.. yg lebih baik dari dulu.. alhamdulillah rezeki kami sekeluarga..

8. Impian Amiera utk dapatkan basikal baru tertunai sudah..

9. Menukar Astro lama ke Astro Beyond.. huhuhuu.. bleh ke jadi one of wishlist.. hehhehehe.. belasah lah.. saja nak memenuhkan senarai.. tapi kan.. Astro Beyond ni kami ambik yg basic jerk bukannya HD.. so, uols yg nak langgan Beyond ni kena faham betul2 ok.. pastu pulaks yg tak bestnya Beyond ni.. kad tu tak boleh dah nak bawak pi mana2.. dan nak masuk kat decoder lain tu memang tak boleh lor.. kalau nak juga kena angkut sekali ngan decoder tu.. yg dulu lagi bagus.. bawak jerk kad tu pi mana2.. yg penting decoder dia sama..

10. Dan terakhir.. sesuatu yang kami tak rancang.. rasanya hayat barang yg sedia ada dah 9 tahun... barang ni masih baik lagi sebenarnya.. tapi tu lah kan.. memang tak rancang.. last2 beli yg baru gaks.. huhuhu.. apa dia??? syyyyyyyyyy... biarlah rahsia..

Alhamdulillah.. cukuplah 10 perkara ni.. banyak sangat lah pulaks..

Bagaimana pulak dengan tahun 2012??

Impian tu masih belum fikir sepenuhnya.. yg pasti aku nak meningkatkan simpanan utk masa hadapan.. kebajikan anak2 dan percutian tetap ada cuma destinasi tak sure lagi..

Oklah.. apa pun terserah semuanya pada keadaan dan ketentuan Ilahi.. kita mampu merancang.. selebihnya Allah yang menentukannya... semoga perjalanan kehidupan kami pada tahun hadapan sentiasa diredhai-Nya..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah