Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Jalan2 @ Penang Hill aka Bukit Bendera

Cuti baru2 ni.. alang2 cuti sempena Hari Buruh.. so, kami pun cuti hari Isnin.. Amiera.. hmmm.. standardlah kan.. syyyyyyyy..

Asalnya cuma nak balik umah MIL.. pastu en hubby ajak aku pi umah my SIL utk jalan2.. alang2 dah arah ke utara sana.. aku plan pulaks untuk ke Penang.. ke Bukit Bendera.. kami tak pernah pergi pun.. en hubby pun setuju.. so, plan asalnya kami akan ke rumah SIL petang Ahad dan akan ke Bukit Bendera keesokan harinya..

Bertolak dari Putrajaya agak lewat sebab nak cuci2 apa yg patut.. sampai kat umah MIL dah malam..

Planning bertukar sebab family adik en hubby pun nak pergi jugaks.. termasuk FIL & MIL.. so, tak jadiklah kami pi rumah SIL.. so, kami ke Penang terus dari Ipoh..

@ Penang Bridge.. lama dah tak ke sini..

pemandangan yang cantik.. panas terik..


Sampai di Bukit Bendera dah lewat tengahari... sebab ada masalah teknikal sebelum perjalanan.. panas terik.. berkilat2 muka aku yang memang dah penuh ngan minyak2 jerawat... kui..kui..kui..


ummakaiiiii... sayup jerk..dah lebih 45 darjah ni..

pemandangan sekitar pintu masuk Bukit Bendera..


Kalau uols naik kereta make sure turunkan keluarga anda di pintu masuk terlebih dahulu sebelum pi parking kereta.. kalau tak jenuh uols anak beranak menapak..

Tiket utk naik keretapi ke Bukit Bendera... dewasa RM8, kanak2 dan warga emas RM4.. make sure uols tunjuk MyKad / MyKid okay!! kalau tak sila lah berlagak macam pelancong luar yo! konolah bayar lobih! nak detail bleh rujuk kat website Penang Hill ni ya..

sepupu sepapat

  
kaum2 isteri ada sesi bergambar..  kaum2 suami ada sesi beratur beli tiket.. 


my encem boy tak bleh duk diam.. panas terik pun sanggup berkejar2an..

  
kasi besar sket gambar tuan tanah.. kui..kui..kui..
Sekarang ni keretapi nak naik ke Bukit Bendera ni dah canggih.. dah lajus macam LRT... pergh!! tak macam dulu2..

muka seronok nak naik keretapi walaupun muka dah peluh2.. aku?? ergggg.. debor2.. nak aircond!

train dah baru.. color biru u..

sesak train tu.. 

Tak sampai 5 minit dah sampai ke puncak.. erkkk.. ngeri siot.. nak2 pulak masa dalam train tu kami kena berdiri.. lagilah terasa kesengetannya.. tapi tak syiok sebab sekejap sangat.. tak merasai pengalaman orang2 dulu naik keretapi version lama.. mesti lagi ngeri..

Sampai di atas.. cam biasalah kan.. posing sana sini dulu.. pastu cari kedai makan.. perut dah berombak2 nak kuar angin kus2.. dan.. kalau dah nama pun kedai atas bukit yg tinggi.. harganya pun makinlah tinggi..

Amiera ketakutan..

SIL wt family

MIL & SIL

my en hubby..

kat mana2 tempat ada orang ambik gambar.. aku pun sibuk nak ambik gambar kat situ gaks.. huhuhuhuuh..

meh tengok pemandangan bawah dari atas Bukit Bendera..


kasi zoom sket..

jom teropong.. kalau nak tengok kena masukkan 2 keping 50 sen.. takde duit pecah?? dun worry.. ada sorang petugas kat situ pegang duit syiling 50 sen banyak sangat..

apa teruk benor ni! ngalah pengkaji bulan..

Fateh pun semangat nak tengok.. nampak ke tew??

kemudian kami meneruskan perjalanan untuk mencari kedai makan.. bila lama2 berjalan.. Fateh dah start meragam.. dia nak suh aku dukung dia.. erk!! dahlah jalan tu agak berbukit sket.. nak dukung dia lagi.. alahai.. bleh patah pinggang mak ko ni tau!

disebabkan permintaan dia tak dilayan.. dia menangis tak hengat kat tengah2 jalan tu.. semua orang tengok.. huhuuhuu.. mesti diorang bermonolog sendiri.. 'apa punya mak da!'.. ada aku kesah?? aku tak larat ok!.. last2 dari dia meraung kat situ lama2.. gagah jugaks lah aku dukung dia.. baru sonyap! ngades..

pada mulanya aku ingat nak masuk museum ni.. rupa2nya kat sebelah tu ada kedai makan..

kedai makan ni peliks.. tingkat atas hanya jual makanan.. dan tingkat bawah hanya jual minuman..  ada jugaks diorang selitkan kedai2 cenderahati.. harga?? memang tak hengat.. tapi reasonable lah sebab dah duk atas bukit.. dari segi rasa tu kureng sangat2..

Then kami turun semula.. malas nak round2 sangat sebab takde yang menarik.. kalau utk couple2 (yang sah sajork ok.. kalau tak sah tu sila bersedia untuk dibasahkan!)  atau yg nak honeymoon tu sesuai lah duk lama2 atas nun.. hehehehe..

nak balik.. dapatlah duk kat gerabak hujung sekali.. bleh lah snap gambar.. uiii... sayup jerk.. mulalah aku terfikir ala2 Final Destination.. ngeri!

Amiera takut2 lagi.. Fateh relax jerk.. Mia yang cool..

jelas kegembiraan di wajah putra putri ku tersayang..

Ok.. overall.. pada aku ke Bukit Bendera ni.. sedang2 jerk.. (yang sedang2 aja.. yang sedang2 aja.. ewah.. kasi dangdut sket).. takde lah best sangat.. apa pun pengalaman tu ada.. at least aku pernah jejak kaki ke Bukit Bendera.. next Bukit my en hubby??

Nanti aku sambung story kat Penang.. banyak sangat pulaks dalam satu n3 ni..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah