Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Cuti2 Melaka 3H 2M ~ Day 1 & Day 2

2 hari yg lalu.. kami bercuti di Melaka.. kebetulan en hubby ada meeting bajet opis dia.. destinasi pilihan Mahkota Hotel.. so, sambil nyelam minum air.. kami tumpang sekaki ler.. hotel di sponsor.. bawak duit utk belanja sajork.. jimat2..

Kami gerak dari Putrajaya hari Jumaat malam.. sampai di hotel dalam pukul 11 lebih.. tu pun berpusing2 cari hotel.. guna GPS pun asyik salah ikut arahan sajork.. hahahhaha.. kes tak reti baca GPS.. nasib baik en hubby ingat2 lupa jalan.. kali terakhir kami menginap di hotel kat Melaka masa aku kerja opis lama dulu.. lama gaks tu.. adalah lebih 6 tahun.. last sekali pi Melaka balik hari tahun lepas kalau tak silap..

Orang yang paling excited.. of course anak2 aku.. nak2 pulak kalau dapat mandi kolam.. suka banget!

Oklah.. tengok gambar sambil aku story mory yerk..


pemandangan sekitar bilik Hotel..

pemandangan luar dari balkoni.. kelihatan masjid terapung..

pemandangan bawah hotel.. ngadap laut dan kolam.. memang best!

aku bawak budak2 ni mandi kolam agak lewat.. sebab awal pagi ramai sangat.. see.. diorang jerk yg mandi manda.. baru puas hati..

happy ler tew..

si kakak dalam percubaan untuk berenang.. ececehhh... awat punggung ke atas tu kak oiii.. hahahhaha.. lawaklah..

tapi yg tak bestnya hotel ni.. kalau nak mandi kena pakai swimming suit..

pemandangan di waktu malam..

ingatkan nak berjalan2 waktu malam lepas en hubby habis meeting.. tup2 dia habis lewat.. aku pun dah ngantuk.. last2 cancel.. terus tidur... sweat dream..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah