Genting Strawberry Leisure Farm ~ Strawberry Farm

Assalamualaikum..

Semalam aku cuti.. bawak anak2 gi jalan2.. kesian pulaks aku nengok anak2 aku.. time cuti2 ni takde ke mana2.. yerlah kan.. aku ni ibu prihatin.. huhuhuhu... dengar dek Amiera ni mau dia buat action muntah2 depan aku... grrrr..

So, tempat yang dekat dan seronok untuk anak2.. kebetulan pulaks tempat ni kami tak pernah pergi.. tersangatlah sesuai ok..

Genting Strawberry Leisure Farm.. aku baru tau masa aku google pasal strawberry farm.. rupa2nya dah lama ada strawberry farm kat genting nun.. selalu gaks lalu masa nak gi stesen cable car.. ada jugaks aku perasan.. tapi tak tau lah pulaks tempat tu rupa2nya strawberry farm.. huhuhuhu...

Perjalanan yang tak sampai sejam dari Putrajaya ni.. tapi makan masa 2 jam gaks.. maklumlah kan.. nak singgah makan2 dulu.. kami ni kalau keluar mesti nak makan.. dengan terlepas simpang bagai... hahahhahaha.. lawak betul.. dok borak2 dalam kereta sampai terlupa nak masuk simpang.. tau2 dah lalu Genting Sempah.. pastu ntah ke mana haluannya.. last2 kami stop.. google maps ler.. sib baik ada 1 bar.. terpaksa patah balik..

Akhirnya sampai jua.. kat sini bukannya ada strawberry farm sajork.. macam2 ada.. tu nanti aku story mory kat n3 lain kay..

Layan dulu gambar2 kami di strawberry farm..

parking memang banyak.. lagipun hari tu kan weekday.. takdelah ramai sangat orang..

wajib posing kat patung strawberry ni..

sib baik air sajork.. kalau coklat yg melimpah2.. confirm ada yang tadah mulut kat sini..

pejabat pun kreatif.. diorang memang gunakan hasil dari buluh dan rumbia.. korang akan perasan sepanjang perjalanan melalui setiap kawasan..

puas hati ler tew dapat petik strawberry.. kat sini bayaran dikenakan.. rm8 utk 100gm buah strawberry..

si kecik ni senyum sokmo.. yg kelakarnya.. bila aku suh dia gunting tangkai strawberry tu dia posing senyum siap2.. ingat aku nak ambik gambar dia jerk memanjang.. adoiiiiiiii... fateh.. fateh..

ni nak petik ke nak buat audit buah cik abang.. lain macam jerk gayanya.. 

muka kakak dah cebik.. sebab kena marah ngan aku... hwa3... tu ler sapa suruh tak hati2.. excited gamaknya nak petik buah sampai terjatuh2 buah tu... haishhh...

kat sini memang best nak petik.. sebabnya.. buah tengah banyak dan ranum2.. compare masa aku petik kat Cameron dulu.. 

posing ngan mama laks.. asyik gambar korang jerk..

amboi... adik.. awat kembang2 hidung tu.. dah tak sabar nak makan ke??

muka kelat jerk ni.. tak puas hati ler tew.. nak pi petik banyak2.. amboiiii.. ko ingat ladang ni mak ko punya.. pengsan aku nak membayornya nak oiii. 

petikan buah terakhir.. baru senyum..

upah untuk anak2 tersayang.. gula2 strawberry.. besar siot..

satu bekas ni dah cecah rm30.. kalau yg dah siap packing tu bleh beli dalam harga rm15.. 

ok.. nanti aku sambung story tempat2 lain yg menarik dalam Genting Strawberry Leisure Farm ni ya.. daaa..


3 omelan:

syalinda johari said...

teras amcm lama dah tak pi petik2 strawberyy...nak kena gi jugak neh..kekeke

❤Kamsiah❤ said...

salam
akak pernah sampai sekali kat sini...
byk gerai cenderamata kat situ..kan.

Faina Arisya said...

syalinda.. pi lah bawak anak2.. mesti diorang seronok..

kak kamsiah..

banyak sangat kak gerai2.. sambil memetik sambil membeli.. huhuhu...

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty