Geng Terjah

JJCM : Projek Ber-6 @ Warung Bunian

Alhamdulillah..

Lunch tadi kami ber-6 pergi ke Restoran Bunian aka Restoran Tapak Sulaiman di area Sg Merab Kajang.. spesifik tempat Kampung Desa Putra.. tq Mrs.K atas info.. restoran yang dah famous dan pernah keluar JJCM..


Nak makan kat sini kena buat tempahan awal2 ya adik2.. kakak2.. abang2.. tak bleh nak walk-in.. nanti takde tempat dan 'lauk dah habis kak/bang' bakal didengar.. so, call dulu kay..

 SILA CONTACT ALANG @ 017-3812246
WAKTU OPERASI : 
  • CUTI UMUM LUNCH OFF
  • BREAKFAST : 7.00 am - 10.00 am
  • LUNCH  : 12.30 pm - 2.30 pm / selagi makanan masih ada

Perjalanan kami yang berpengkalan di Kompleks Pejabat Kerajaan Putrajaya ni memakan masa tak sampai 10 minit.. dokek yo!


Kami masuk laluan highway Persiaran Timur.. laluan bertentangan dengan tempat arwah kemalangan... kemudian masuk ke simpang menghala ke Kajang...

siapakah kami??

teruskan perjalanan anda di laluan kampung tu..

  
uols akan jumpa gelanggang futsal di belah kiri.. kemudian belok ke kiri..

 teruskan perjalanan lagi.. dan akan jumpa dua simpang.. tapi jangan masuk mana2.. teruskan.. kemudian.. masuk simpang di belah kiri yang mana laluannya adalah menurun..  warung tu berada di sebelah kanan.. kalau nak parking better turun ke bawah sket.. nun atap biru tu lah dia Warung Bunian..

tertarik dengan bendera2 yang megah berkibar..

warung yang so simple..
jom tengok menu pulaks.. menu utk hari Selasa..
  • Nasi Putih
  • Udang galah masak lemak cili api
  • Ayam goreng kunyit
  • Ikan goreng
  • Sayur kubis
  • Timun dan sambal belacan
  • Air laici/sirap limau etc.. we choose air laici..


Juadah yang menarik hati aku ialah udang galah masak lemak cili api.. tapi tak pedas ok.. kalau yg suka pedas2 tu blehlah top-up ngan sambal belacan banyak2.. memang kaw! lauk2 lain biasa sajork.. bila makan macam ni rasa macam makan kat kenduri laks.. semua orang makan menu yg sama cuma air berbeza.. dengan udara dan pemandangan kampung... hmmmm.. nyaman.. cuma tang lalat tu aku mencik sungguh.. aku tak suka ngan LALAT!

US..

su aka blogger Bonda Zahra.. congrate Su for second baby.. dan Yan selaku driver utk hari ni.. hehehhe..

blogger Faina Arisya.. ecehceh.. promote diri pulaks.. dan Wawa oh wawa.. mak buyung yang menunggu masa untuk deliver her first baby.. ohhhhh.. pulun makan sblm berpantang eh... huhuhuhuhu...

dannnn.. setengah jam kemudian.. alhamdulillah... licin.. huhuhuh.. tinggal seketul ayam jerk.. masing2 dah kekenyangan..

So, uols dah faham kan kenapa n3 aku bertajuk projek ber-6.. ngeeee...

Harga?? total RM52..

Sorang RM13.00 sahaja.. pada aku oklah daripada aku makan kat Anjung sini.. mana nak dapat harga macam tu kalau ko makan Udang Galah, ayam dan ikan.. air laici lagi tu..


4 omelan:

MRS. K said...

kampung desa putra kak. kampung incik suami den tu.. hehehe

syalinda johari said...

sedapnya..terliur..
wawa dah nak due ek...
kekekeke...kim salam dorang semua..

Liyana Lunia. said...

memang mengidam nak pergi sini tapi terbaca pasal lalat alamak terus jatuh semnagat itu T_T

Hafiz Hassim said...

thanks for the info! google2 jumpa sini. igt nak dtg pagi ni breakfast!

My Family

My Family