Assalamualaikum..
Haii.. mcm2 cara diorg nak block post n3 kat blogspot.. sib baik lunch hour boleh post.. lagi korang block lagilah aku cuba cari jalan lain.. eleh nak post blog korang sekat.. berapa keraplah kami nak post n3.. nak komen langsung tak boleh.. tapi kalau korang online fb sepanjang masa boleh pulaks.. manyak cantik.. ingat aku tak tau ke?
Malas aku nak gado2 ngan org yg terlalu ikut protokol.. protokol lah sangat khannnn..
Actually aku nak share info berkaitan khairat kematian.. tapi hat yg berkaitan ngan aku jelah.. sbg rujukan aku mahupun keluarga aku sendiri.. sekurang2nya mereka tau adanya khairat kematian if anything happen to me.
ASB
1. Bayaran tunai serta merta sebanyak RM200 sekiranya simati telah mendaftar dalam salah satu unit amanah ASNB dan
2. Bayaran tambahan sebanyak RM800 akan dibayar dengan cek melalui pos sekiranya si mati memenuhi syarat-syarat berikut :
(i) Mempunyai baki nilai pelaburan diantara RM5,000.00 sehingga RM9,999.99 di dalam salah satu unit amanah ASNB selama 12 bulan sebelum tarikh meninggal dunia
(ii) Telah berdaftar dalam unit amanah ASNB berkenaan sekurangkurangnya selama tiga tahun; atau
3. Bayaran tambahan sebanyak RM1,800 akan dibayar dengan cek melalui pos sekiranya si mati memenuhi syarat-syarat berikut :
(i) Mempunyai baki jumlah nilai pelaburan sebanyak RM10,000 dan ke atas di dalam salah satu unit amanah ASNB selama 12 bulan sebelum tarikh meninggal dunia
(ii) Telah berdaftar dalam unit amanah ASNB berkenaan sekurangkurangnya selama tiga tahun
Sumber :
http://ibnrajab.wordpress.com/2009/01/22/khairat-kematian-asb/
http://www.pnb.com.my/search_business.cfm?id=364E87E7-1F1C-4B4E-83C9600988F78EDF
Nota : Dalam website ASNB takde pulaks dalam menu atau soalan lazim.. tapi bila aku search ada info tentang khairat kematian.. so, aku tak sure.. masih valid atau tidak.. ada wakil ASNB bleh tolong jawabkan?
SSPN
1. Pendeposit - rm2000.00
2. Penerima manfaat - rm500.00
Sumber :
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan/insurans
Smartlink Prudential BSN Takaful
1. Orang yang dilindungi - rm2000.00
Sumber : Agen insurans aku.. ngeh3.
Hmmm... uols tau dak info tentang khairat kematian yang disediakan oleh pihak bank atau mana2 agensi kewangan di Malaysia atau syarikat2 insurans.. kalau ada share lah yerk..
Comments