Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

7 - 8 Ramadhan & Iftar

Assalamualaikum...

Bulan2 puasa ni tak tau nak update apa selain juadah berbuka.. hehhehehe... mood nak mengarang citer2 lain tu ntah ler.. maleh!

Alhamdulillah.. Amiera masih mengekalkan prestasi cemerlang... harap2 Amiera berjaya hingga ke penghujung Ramadhan..

Kejap jerk dah seminggu kan kita berpuasa.. sungguh cepat masa berlalu..

Teringat aku zaman masa kecik2.. zaman baya2 Amiera... teruk ok masa berpuasa.. dahlah pergi balik sekolah tu menapak punyalah jauh.. dengan panasnya.. letih ok!! sampai rumah pi terjun sungai.. huhuhuhuhuu.. baru lega.. best2 mandi sungai.. bila dah petang menjelma.. badan pun dah lepai.. rasa masa tu tersangatlah lama nak berbuka.. tersadailah aku kat tangga.. hahahhahaha... letih gamaknya... bila berbuka.. air yg arwah nenek aku selalu buat.. sirap selasih... huhhuhu.. time tu.. tu jerlah yang sedap..

kalau lepas berbuka.. tak sah kalau tak main mercun kat laman rumah kampung arwah nenek aku.. dah kawan baik aku time tu cuma abang aku jerk.. berdua jerlah kami.. jiran2 jauh..

bih kurang cenggini lah mercun yg kami pernah main.. tapi sekarang ni dah macam2 mercun yg ada.. naik takut aku dibuatnya.. apatah lagi nak bagi anak2 aku main.. sorry the morry ok!.. pic credit to google..

yang best bila dah masuk 27 Ramadhan.. tiap2 malam dok pasang pelita keliling rumah.. meriah sungguh ngan cahaya2 lampu.. dan yang paling tak seronok bila nak kena bangun sahur.. awal pagi siot.. rasa2 aku dalam kul 3 cenggitu kot.. dahlah sejuk banget!..

waa.. tetiba mood raya pulaks..

bila nak raya pulaks.. awal2 pagi kena bangun.. mandi air perigi pagi2.. sejuk siot... pakai baju raya.. makan ketupat dan rendang buatan arwah nenek aku... mabeles ok!.. dapat duit raya dari makcik2 aku... pastu gi beraya ngan kawan2 keliling kampung... sampai penuh perut ngan air.. dah tak larat rasanya nak menelan air apatah lagi nak makan biskut2 raya.. tapi collect duit raya semestinya nak... yang kelakar bila masing2 dah tak larat.. muka kelat jerk nak menelan air.. yang buat2 minum pun ya... haahahahha.. tak sampai 5 minit dah nak bla... pastu bi beratur salam tuan rumah collect duit raya.. paling best bila pergi rumah besar2.. dapatlah 50 sen ke rm1 ke.. hat rumah2 biasa ni.. dapat 20 sen jerk.. tak dapat pun ada.. time tu masing2 merungut tak dapat apa2... hahhahahah... tapi tu dulu.. masa tu rm1 kira besar gaks tau.. bestnya raya zaman kanak2 di kampung kan??...uols pernah tak??

zaman sekarang ni pun suasana beraya tu mungkin masih ada tapi kebanyakannya di kampung2... di bandar2 agak susah sket.. almaklumlah.. mak ayah tak benarkan anak2 keluar sesuka hati atas dasar keselamatan.. tul tak?? kalau aku pun tak bagi Amiera kuar ngan kawan2 dia..

dan setiap tahun jugaks arwah nenek aku akan bawak kami ke Johor jumpa arwah tok ban (gelaran arwah nenek belah arwah ayah aku).. naik bas lompat ok.. semua tu kenangan indah yang memang susah nak dilupakan..

cehcehceh.. kata takde mood nak ngarang.. tetiba panjang lebar ni apa kes! hahahahhahahha... aku ni pantang.. kalau dah start menaip dan timbul satu idea.. berjela2 lah..

oklah... ni jerk juadah berbuka kami yang sederhana..

juadah berbuka hari ke-7..

  
juadah berbuka hari ke-8.. nasi ayam dan mee goreng.. alhamdulillah...

Salam Ramadhan al-Mubaraq..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah