3rd Pregnancy ~ Cuti CNY : shopPINK barang baby

Assalamualaikum..

Cuti tahun baru Cina baru2 ni kami tak balik ke mana2.. sebab ada agenda yg perlu aku utamakan dahulu.. usia kandungan dah 6 bulan.. so, kena prepare barang2 keperluan baby dan keperluan berpantang.. aku tak suka shopPINK last minute.. di samping tu nak kena cuci baju baby dan lain2 keperluan yang nak diguna semula.. after 5 years.. fuhhh!! semangat nak sambut baby baru..

Jumaat ~ 31 Jan 2014

Pergi Manjaku Bangi.. sebab dekat.. so, pergi lepas Asar.. bila dah tau jantina.. memang lajus jerk nak membeli..

shopPINK kan! 

alhamdulillah.. apa yg aku impikan Allah tunaikan.. syukur ya Allah.. Amiera pun seronok bila dapat tau baby girl.. dia banyak tolong aku memilih baju.. dia pulaks yg terlebih excited..

p/s: bakul merah tu takde kaitan ok! tu turun temurun since Amiera lagi.. dah pudar warnanya.. lain2 keperluan cam baby wipes, pencuci, body syampo, losyen etc.. aku dah beli masa ekspo kat MidValley tempohari..

Hasil pembelian ni.. kiranya dah 70% barang keperluan yang nak dibeli..


Ahad ~ 2 Feb 2014

ShopPINK seterusnya.. GM Klang..

Memang aku nak pi kat sini utk cari romper dan baby tight.. tak nak beli online.. tak puas hati.. aku nak belek2 sendiri.. memandangkan CNY.. so, GM Klang tutup sampai hari Sabtu.. hari terbaik nak pi adalah hari Ahad.. Isnin aku tak mau pi mana2.. byk nak uruskan sebelum nak gi keje keesokannya..

Konsep pembelian di GM Klang lebih kepada borong.. kalau beli selai dua.. memang tak dapatlah murah giler.. murah cukup makan jerk.. kalau murah kat kedai2 online pun.. tapi campur kos pos.. bih kurang jerk regenya.. tapi kalau online susah nak dapatkan design yg cantik2.. kalau ada pun dah kena rembat! tapi kat GM Klang bleh pilih2 gitew.. syokkkk.. sampai lupa masa yg berlalu.. en hubby lah bosan.. hehehhehehe.. aku ok jerk.. cergas.. sihat.. pompuan.. kalau shopPINK.. lupa sakit bagai..


sweet tak?? kasi borong.. beli siap2 utk raya.. hehehhe..

Tapi.. nak raya sok.. confirm kami pergi lagi.. shopping utk raya laks.. hehehhee..

Oklah.. rasanya cukup dah pakaian utk menyambut kelahiran baby.. keperluan yg lain2 aku dah tempah.. insyaAllah.. awal Mac semua dah ready.. lepas baby kuar nak beli keperluan lain laks..

Semua keperluan yang perlu di cuci dan diuruskan.. katil pun dah siap pasang..

Ada masa nanti aku update post senarai keperluan sebelum bersalin.. insyaAllah..


6 omelan:

syalinda johari said...

kak iena, kat GM klang tu ada jual brg baby jugak ek?
wah..in shaa allah kalau Allah izinkan nanti nak pi shoppink brg baby kat GM tu gak lah...macam best ja...

Faina Arisya said...

syalinda.. memang banyak kedai jual baju2 baby dan kanak2.. rambang mata.. kebanyakan peniaga yg jual baju baby kat opis ni semuanya ambik kat sana..

Hijab Valley said...

Kedai yg jual brg baby kat gm klang mmg x tutup hari ahad kan kak? Ingat nak pegi hari ni

Faina Arisya said...

Hijab Valley..

sorry lewat reply.. hari minggu tak tutup.. buka dari pukul 10am-7pm kalau tak silap..

Privilege RE said...

salam sis, murah x brg2 baby kat gm klang? hehe

Faina Arisya said...

Privelege RE..

murah kalau kita beli borong..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty