Iftar 1 Ramadhan ~ Kafe Kayu, Nasi Limau Purut & Perihal Fateh & Sahur

Assalamualaikum..

Alhamdulillah semalam berbuka puasa dengan family kecik aku.. aku cuma masak nasi limau purut.. ada member opis bagi daun limau purut.. so, sebelum daun tu kering baik aku buat sesuatu.. harum semerbak satu rumah bau limau purut.. makan dengan asam pedas daging dan ayam golek.. waaaa... menarik.. tapi beli jer kot... hahahahha.. asalnya nak masak ayam masak hijau tapi ayam lupa nak bawak turun masuk chiller.. so, beli jerlah..

aku takde masa nak hias molek2.. snap nasi dalam periuk jerk.. huhuhu..

Selain menu utama aku beli jugak juadah lain macam roti john, kebab dan bubur kacang.. hmm.. dapnya.. semudah ABC nak order.. taip..taip..taip.. SEND.. haaa.. kul 4 makanan sampai.. senang banget.. tak payah2 nak berpanas berpeluh achem kat Bazar Ramadhan..

Kat mana nak beli?? Kafe Kayu.. family biznes opismate aku.. so, bulan Ramadhan ni diorang tak buka kedai.. just jual di depan kafe.. opismate berbesar hati nak tolong kami2 yg malas nak masak cam aku ni.. hehehehhe.. so, dia ambik order sapa nak beli.. nanti ada orang yg akan hantar.. waaa.. senang gitu.. yg penting kena ada pulus mulus..

macam2 menu ada.. bukan yg ni jerk tau..

Oh ya.. utk pengetahuan uols.. kafe kayu baru beroperasi.. di Dengkil.. konsep Kayu di kafe sangat unik bertemakan desa.. walaupun ada di Indonesia.. tak salah kalau kita perkenalkan di negara kita sendiri.. lain dari yang lain.. semoga biz family Kafe Kayu semakin maju.. InsyaAllah tak lama lagi akan masuk JJCM.. lepas Ramadhan nanti bolehlah uols nak JJCM kat sana.. aku pun tak sampai2 lagi.. nak juga rasa makan kat situ..

Puasa pertama Fateh tewas di tadika.. terpengaruh ngan kawan2.. main tak hengat... bila kawan teguk air dia pun sama teguk air... lupalah tu dia puasa.. aduiiii.. nanges dia bila aku tegur kenapa dia minum..

Pastu sibuk nak candu dia.. per lagi susu lah.. aku tak bagi.. aku nak dia tunggu sampai azan Maghrib.. hehhehehe.. nak tak nak kena ajar jugaks.. manja lebih! kejap2 buka peti ais belek apa yg nak ditelan.. haip!! no! aku sergah dia.. hehehehe.. memberontak! aku buat bodo jerk.. boh layan..

Sampai masa berbuka.. aku dah siap2kan susu botol dia tu.. letak atas meja.. eiii.. susah sungguh nak pisahkan.. bagi dia minum air milo ais.. amboi.. dua tiga kali menambah.. sampai lupa candu dia.. Amiera hangen jerk tengok air milo peberet semakin berkurangan.. ajak makan tak mau.. suap sket nasi ngan ayam.. baru rasa nak makan.. susah tul layan anak laki sorang ni.. kalau dia sendiri yang hadap nasi tu.. sah2 memang susah nak perabihkan.. malam nanti kalau dia rasa lapar dia akan cari roti.. itulah Fateh Azfar.. anak teruna aku nan sorang.. sangat susah bab2 makan ni.. sebab tu cekeding cam mak dia.. huhuhuhu... tapi mak dia makan not bad ok! cuma badan ni jerk tak mau naik2.. acaner?

Alhamdulillah.. selesai hari pertama berpuasa..

Pagi tadi.. kejut Fateh utk bersahur.. tak mau bangun.. pujuk2 pun tak mau jugaks.. masa berlalu.. aku angkat dia letak kat sofa.. bagi minum susu.. tup2 bila aku ke dapur.. hilang dah.. patah balik masuk bilik.. aduiiii.. ajak nengok kartun pun tak mau.. letih gamaknya.. hmmm.. sampai ke sudah tak bangun2.. tak taulah hari ni macam mana kat sekolah.. kalau di larang tak minum dan makan kang pengsan pulak kat sekolah.. layan jerlah.. risau sebenarnya.. nak tak nak kena latih jugak sebab tahun depan dah sekolah rendah.. tak kan tak puasa kot.. kantin tak buka ok.. ko nak makan apa nak oii.. takkan nak bawak bekal.. malulah dah besar!

Harap2 hari ni dia boleh bertahan dan ingat pesanan aku.. walaupun aku tahu harapan itu sangatlah tipis... uwaaaaaaaaaaa... anyway.. selamat berpuasa dan berbuka puasa ya..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty