Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Mak Incik Dah Tuo!

Assalamualaikum..

Semalam tarikh ulang tahun kelahiran aku.. syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang utk bernafas di dunia ini.. umur dah nak cecah 40-an.. aduhai.. risau jerk.. bak kata pepatah orang dolu2.. rumah kata pergi.. kubur kata mari.. cukupkah amalan ku? huhuhu..

pic credit to www.arabchurch.com

Seperti tahun2 yang lalu... since aku kecil lagi.. aku memang tak pernah celebrate birthday ni.. yerlah kehidupan kecil dan remajaku.. kehidupan yang susah.. penuh ranjau dan duri.. tiada ibu dan ayah di sisi utk meraikannya.. hanya menumpang kasih pada saudara mara.. dan tiada istilah ulang tahun kelahiran dalam diari aku..

Bila dah menginjak dewasa.. baru aku tahu akan kewujudan sambutan ni.. dan bila dah beranak pinak.. rasa seronok nak menyambut ulang tahun kelahiran anak2 dan en suami.. yeah.. aku tak pernah merasa masa aku kecil.. dan kalau boleh aku tak nak anak2 aku pun mengalaminya.. aku nak mereka dihargai kerana mereka amanah dari Allah..

Dan semalam.. bila en hubby belikan aku kek..  aku rasa janggal nak celebrate ni.. dah tuo kot.. aku lebih suka tengok orang lain yg sambut compare dengan diri aku sendiri.. hahahaha.. anyway thanks my dear lovely husband yang tak pernah lupa birthday aku..


Actually.. tak ramai pun yang tau birthday aku semalam.. aku ni jenis low profile.. tak suka nak show off sangat pasal diri aku sendiri.. esp. kat facebook.. sebab tu fb aku suram jerk dari ucapan2 ni... huhuhuu.. tapi my dear en suami dah wish awal2.. huhuhu.. sib baik ramai yg tak perasan..

luv u ketat2 abang!

Harapan dan impian aku??

Semoga hubungan kekeluargaan kami sentiasa mekar hingga ke Jannah..

Semoga rezeki aku sekeluarga melimpah ruah dan dikurniakan anak2 yang soleh solehah..

Semoga Allah panjangkan usia aku dan en suami supaya dapat membesarkan anak2 kami hingga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..

Semoga Allah kuatkan dan teguhkan iman ku untuk lebih beristiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab dan tergolong dalam khusnul khotimah..


Aminn.. aminn.. ya rabbal alaminnn..

pic credit to www.netanimations.net

Hadiah birthday???

Hmmm.. hadiah pertama yang aku dapat.. cek weiii dari Etiqa... waaaa.. tau2 jerk tengah2 bulan ni kan.. tau2 jerk aku nak kena renew lesen memandu.. huhuhuuhu... 



dan kebetulan jugaks.. van jpj ada kat opis aku ni.. waaaa.. cantik sangat2.. tak yahlah aku nak menapak ke alamanda gi pejabat pos..

pic credit to fb KKM.. abam JPJ sedia menanti hari Khamis minggu pertama setiap bulan..

antara perkhidmatan yang ditawarkan..

first time dapat kad memandu comel ni.. huhuhuhu.. biasanya dapat hat yg di laminate tu jerk kat pej pos..

Hadiah kedua dalam proses penghantaran.. hadiah utk diri sendiri.. Jubah Bella Ammara.. diorang buat sale minggu lepas.. tapi sayang.. lain yang aku nak lain yg aku beli.. padan muka.. terkedek2 dok nak usha jubah.. ko tak tau.. hampir 5K orang dok serbu website Bella Ammara.. sampai jem website tu.. sehari jerk buat sale kaw2.. terus sold out semua size S... uwaaaaaaa...

special from Amiera.. tq sayang..

Lain2 hadiah akan dituntut kemudian.. lalalallala...

Comments

Unknown said…
Happy belated birthday ya....Semoga berbahagia dan success selalu...aminn

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah