Menu Penyejuk Tekak ~ Resepi Aiskrim Oreo

Assalamualaikum..

Dah lama tak buat aiskrim kan... macam lah aku ni makan sangat.. aku agak kureng ngan aiskrim ni sebab takut sakit tekak.. kalau dah teringin sangat baru aku makan.. tapi nak suka2 makan tu memang taklah.. buat pun untuk anak2 dan en suami.. anak2 pun aku tak galakkan hadap selalu.. siksa menanggung kalau sakit tekak ni..

So, semalam lepas dinner.. Arissa pulaks tidur awal.. ngantuk sangat gamaknya.. tak sempat nak bagi dia makan.. mesti siang kat rumah pengasuh dia tak tidur seharian..

Buat aiskrim ni tak lah susah mana.. yang penting ada bahan.. bila dah ada mixer ni lagi senang keje aku..

Bahan2 :

2 cawan susu segar *aku guna Dutch Lady Full Cream
1/2 tin susu pekat krim *aku guna F&N
1 biji telur
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla

Biskut oreo *aku guna stok yang tinggal kat rumah.. asingkan krim.. kemudian hancurkan..
Strawberry paste *Fateh nak aiskrim strawberry katanya
Chocolate rice sebagai hiasan

Cara2 :

1. Putar susu segar, susu pekat, telur, ovalette dan esen vanilla sehingga betul2 kembang.. aku putar dalam 20 minit agaknya.. tekstur akan jadi lembut sangat.. uols bleh rasa.. sgt lembut berkrim gitu..
2. Aku asingkan kepada 3 adunan.. satu aku campur dengan strawberry paste.. satu lagi aku biarkan plain.. satu lagi aku campur dengan biskut oreo yang dah dihancur tu.. gaul rata..
3. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai.. pastu korang taburlah aksesori yg korang suka..
4. Simpan dalam freezer.. esoknya dah boleh makan... 

Hasilnya..

aiskrim Oreo siap!.. 

aku guna bekas kit kat ni.. pic credit to spallanpunya.blogspot.com

selepas seharian dibekukan.. balik keje terus ngap!! nyum3.. dah tinggal separuh bekas.. kalau tak control si Amiera tu.. memang habis sebekas dia kerjakan..

ni aiskrim Fateh.. senang dia nak makan..  


S E L A M A T   M E N C U B A!!


2 omelan:

AMIIZAA said...

oooh senang buatnya yer...

Faina Arisya said...

amiizaa..

memang senang.. cubalah yer.. anak2 pastu suka..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (267) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (48) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (72) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (191) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (109) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (9) Juadah (110) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (14) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (21) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (1) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty