Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Aktiviti Cuti Sekolah

Assalamualaikum..

Lamanya aku tak update blog.. malas gamaknya.. hujung2 tahun ni makin banyak pulaks keje2 coding.. walhal SKT dah hantar.. markah pun dah dapat.. tapi camtu jugaks markahnya.. kalau beza pun tang perpuluhan jerk.. ingat senang ke nak buat keje coding ni.. team lain yg sama level ngan aku pun tak berani nak join team aku ni sebab kena hadap coding 8 jam x 5 hari bekerja.. yg buat aku hangen.. sistem yang sama.. modul yang sama.. kena buat banyak kali perubahan sebab tak finalised ngan user.. grrr... maun tak stress.. macam ni setahun pun belum tentu sistem tu siap.. huh!

Berbalik pada topik.. sepanjang Dis ni.. kami tak pi cuti mana2 lagi.. sebab cuti aku pun dah tinggal berapa hari jerk lagi ni.. awal tahun depan nak kena cuti lagi.. anak2 nak sekolah..

Lagipun kami dah cuti2 Malaysia sebelum ni ke Langkawi dan Penang.. cukuplah kot.. nak jauh2 tu susah sket.. pulus kena banyak maaa..

Aktiviti utama utk Amiera.. aku nak dia habiskan buku aktiviti yang pihak sekolah suruh beli.. ni satu hal lagi.. paksa budak2 beli buku tapi berapa muka surat jerk yang dibuat kat sekolah.. aduhai.. baik tak yah beli.. tapi nasib baik buku tu menarik.. boleh suruh Amiera buat latihan sambil buat nota untuk menghadapi exam UPSR tahun depan.. daripada membazir masa.. baik dia buat benda yang berfaedah.. buat revision balik 4 subjek utama.. aku nak dia faham.. sepanjang dengan aku.. banyak kelehaman yang aku nampak pada Amiera.. Amiera kena bekerja keras kalau nak cemerlang dalam UPSR..

Fateh masih dengan dunia dia.. nak suruh dia membaca dan buat latihan kat buku aktiviti.. memang tak lah.. macam2 alasan dia bagi.. tapi kalau hadap TV 24 jam tak pulak letihnya.. aduhhh.. camno nak buat ni.. aku risau dia nak masuk Tahun 1 ni.. membaca masih merangkak2.. nak hadap exam masa orientasi tu aku tak tahulah dia faham ke tidak nak buat.. pening ooo.. aku dah cuba push cara baik dia masih tak mahu.. kalau push cara kasar lagi dia tak mahu.. menangis2 tak nak buat.. baik tok sah.. bila nak matang ni Fateh oiiii..

Untuk aktiviti riadah.. bawa anak2 pi main bowling dan tengok wayang..

layan permintaan Fateh nak main bowling kat Warta Bangi.. murah kat sini kata en hubby.. ntahlah aku bukan reti pun.. aku kan kaki bangku.. apa game pun aku tak minat..

  
Layan Star Wars 3D kat Alamanda hari pertama pembukaan.. ni pun lepas pi beli buku sekolah.. pergh.. ingatkan sekejap jerk.. lama beb kat kedai buku.. punyalah ramai orang dtg nak membeli buku.. 

  
kat ruang legar depan bowling Alamanda.. keluar masuk dinasour ni dari telur dia.. takut2 Amiera nak bergambar..

  
Fateh naik dinasour ni.. ingatkan ada aksi mengerikan ke.. tapi alahai.. asyik dok ngangguk dan gerakkan ekor.. apa kes.. sian Fateh.. huhuhu..

  
Jumaat malam layan pulaks citer ni kat IOI City Mall..

first time bawa Arissa tgk wayang.. kemain ko yer.. tak duk diam.. lari sana sini..
masuk panggung dah pukul 10.. wayangnya tak start2 lagi.. 1/2 jam asyik dengan iklan.. last2 citer nak start minah kecik ni boleh tidur.. aduhai.. sampai lah habis cerita.. sabor jerlah..

Malam ni.. nak bawak sekali lagi Arissa tengok wayang.. tak taulah camna dia nanti ni.. dahlah tengok cerita yang sangat tak sesuai utk kanak2.. aduhhh...

Cerita apa?? semestinya kesukaan aku.. hindi film.. Dilwale.. 

3 jam beb.. hahahahah.. kalau Arissa tak buat hal.. mesti Fateh yg akan buat hal.. satu apa pun diorang tak faham dan tak berminat nak layan.. hanya Amiera yang berminat sebab dia nampaknya dah suka citer2 bollywood ni.. ngeh3..


Selain aktiviti riadah.. aktiviti kemas mengemas semestinya wajib tiap2 hujung tahun.. kemas barang2 sekolah... alhamdulillah semua dah beli.. buku pun dah beli.. so, keje2 membalut, tulis nama dll dah settle.. minggu depan Fateh ada orientasi tahun 1.. huwaaaa.. anak bujang den dah bosar.. cam tak cayo yo!!

tengah excited mengapur kasut..

permintaan Fateh nak makan brownies.. layan jerlah hujung2 minggu.. 

Oklah.. setakat ni dulu aktiviti cuti sekolah.. kalau ada aktiviti2 sebelum tamat tahun ni.. akan aku update kemudian.. see ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah