Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

JJCM Mee Bandung Muar & Jeti Tanjung Emas

Assalamualaikum..

Jumaat lepas.. kami ke Muar.. ada urusan di sana..

Selesai urusan di sana.. kami pun jalan2 sekitar Muar.. memandangkan kami sampai pun dah tengahari.. kononnya nak pekena mee bandung Muar lah.. so, tanyalah mak guard kat situ.. katanya kat Tanjung Agas.. tapi yang aku google namanya lain.. Mee Bandung Abu Bakar Hanipah.. so, malas nak cari.. dahlah hp aku problem.. malas dah nak waze bagai.. so, jumpa kat Tanjung Agas.. nama kedai Mee Bandung Muar.. kalau time perut tengah kosong.. hanya nasi jerk aku balun dulu.. pastu baru nak rasa kesedapan Mee Bandung Muar.. memang sedap.. pelanggan tak putus2 datang.. disebabkan terlalu lapar.. sampai lupa nak snap gambar kedai dan mee bandung tu.. huhuhu.. sorry yerk..

Kat kedai tu juga ada jual paste mee bandung muar.. so, kalau kempunan nak makan lagi.. bolehlah beli paste.. masaklah sendiri ikut arahan yang diberi... totap sodap!.. tu komen pengasuh Arissa.. hehehehe.. aku pun tak sempat nak masak lagi..

Perut dah kenyang baru boleh jalan2 sekitar Muar.. so, kami ke Bandar Muar.. nak cari Tanjung Emas.. otw ke Tanjung Emas.. baru jumpa kedai Mee Bandung Abu Bakar Hanipah kat Jalan Abdullah.. tapi kedai tutup daa.. mungkin sebab hari Jumaat..

Kami singgah dulu di Masjid Sultan Ibrahim..

cantik masjid ni..

banyak sungguh burung merpati.. Arissa suka sangat tengok burung banyak2 ni.. 

Kemudian tak jauh dari masjid.. akan jumpa jeti Tanjung Emas..

Memang aku plan nak naik cruise menyusuri sungai Muar.. alang2 dah sampai ke Muar kan.. rugilah tak naik.. nak datang ke sini lagi tu tak tahulah lagi bilanya.. walhal aku ada jerk sedara belah arwah ayah aku kat sini.. 

 


jeti ni macam masih dalam proses penyelenggaraan.. kaunter pun takde lagi.. ada sorang brother jerk duduk di sebuah meja kecil sambil menanti pengunjung yang nak naik cruise..

macam2 pattern anak2 aku ni..

besar jaket dari orangnya.. ahaks..

my mucuk.. senyum aja ya.. suka ya gi jalan2..

si abang yang sangat sporting bila bergambar.. mood baik oklah..

sepanjang sungai Muar.. besar gaks sungai Muar ni..

serupa tapi tak sama.. aku pun confuse.. yg atas Masjid Sultan Ismail.. yg bawah Masjid Jamek Sultan Ibrahim..

Hampir sampai di bawah jambatan.. hujan turun.. lebat gak lah.. asalnya cruise nak patah balik.. tapi semua penumpang takde masalah dengan hujan yang lebat.. yerlah kan.. diorang kena maklumkan kot2 ada penumpang yang takut dengan keadaan hujan yg lebat.. 

Sebelum nak ke destinasi seterusnya iaitu Don Hu Jurassic Park.. kami singgah semula kat Tanjung Agas utk minum petang.. pekena murtabak Singapore..

rasa ok.. tapi tak sesedap murtabak Malaysia.. ahaks..

Sekian.. tunggu next n3 pasal Don Hu Jurassic Park.. see ya!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah